Semua berlari ke papan kenyataan untuk melihat keputusan kedudukan dalam tingkatan. Apabila melihat nama Chaeyoung berada atas sekali. Semua masih tidak boleh terima dengan kenyataan ini.
Kedudukan dalam tingkatan juga Chaeyoung dapat nombor satu. Dia dapat mengalahkan pelajar yang cerdik pandai. Pelajar tersebut yang melihat keputusan itu tidak percaya.
Chaeyoung tak payah melihatnya dia sudah dapat tahu keputusannya. Dia hanya mendengar orang bercerita.
"Hoi! Budak!"
Panggilan paling teruk Chaeyoung mendengarnya. Dia malas hendak melayan mereka. Langkahnya diatur. Pelajar tadi terus menghalangnya pergi.
"Apa ni~?!" soal Chaeyoung.
"Macam mana kau dapat keputusan yang cemerlang?!" tanya pelajar itu dengan garang.
"Just.. Study?" jawab Chaeyoung.
Kerek. Perangai Chaeyoung itu paling di benci semua orang. Belanggak nak mampus!
"Study?! Entah-entah kau tu meniru! Curi jawapan periksa."
Begitu cetek fikiran mereka ini. Kalau dia sudah bersungguh-sungguh untuk mengulangkaji, takkan dia nak meniru pula. Chaeyoung malas betul hendak melayan kerenah orang yang tidak matang.
"Jadi betul lah kau meniru!?"
Kuat suara pelajar perempuan itu menjerit. Dia seolah-olah mahu semua pelajar yang lalu-lalang di situ mendengar perbualan mereka. Chaeyoung melihat semua orang. Mulut mereka sudah mula riuh bercerita mengenainya.
"Wow! Bodohnya kau. Dan... Perangai macam... kebudak-budakan.." Chaeyoung mengangguk mengiyakan katanya. Saja dia hendak memancing kemarahan pelajar itu.
"MWORAGOO!?!?"
"Auch! Sakitnya telinga. Memang orang bodoh macam ni ye? Suka buruk-burukkan orang. Hm?" Chaeyoung bertanya pada orang sekeliling. Sebenarnya dia mahu memerli pelajar itu. Tetapi kalau ada orang lain terasa, lantak kau lah!
Pelajar itu geram terus menolak Chaeyoung. Sakit hatinya dengan cacian itu. Chaeyoung mengangkat kening. Dia paling tak suka kalau orang menyentuhnya. Chaeyoung bangun dan menyapu bajunya dari kotoran. Matanya tajam memandang ke arah pelajar itu.
"Apa!" tanya pelajar itu dengan kasar.
"Chit!" Chaeyoung benci dia dengan budak yang kacaunya.
"Apa?! Tak puas hati! Ha!? Ha!?" pelajar menolak bahu Chaeyoung berkali-kali.
Chaeyoung mengeluh panjang. Aish! Nak cari gaduh nampak. Chaeyoung mengambil jari telunjuk pelajar itu lalu membengkok jarinya. Terjerit kesakitan pelajar itu
"Siapa suruh kacau aku~ Aku tak kacau kau pun kan?! Kalau nak marah pasal keputusan periksa.. Baik kau pergi belajar sampai mata kau bengkak! Fahamkan maksud aku?" Chaeyoung memberi pesan pada pelajar itu sebelum melepaskannya.
Chaeyoung terus berlalu pergi. Pelajar itu memandang dengan tidak puas hati. Kes dia dengan Chaeyoung masih belum tamat lagi.
"Kita jumpa dekat bumbung sekolah." pelajar itu mengingatkan Chaeyoung.
Perempuan. Selalu ada yang tidak puas hati. Chaeyoung tersenyum sinis. Dia hanya pergi tanpa memberikan kata putus.
Pelajar itu tersenyum apabila terlihat kelibat Chaeyoung di atas bumbung sekolah. Siap bawa geng pula tu. Nak gaduh pun, diri sendiri tu cukup.
"Ingatkan tak datang."
"Kau nak apa?" tanya Chaeyoung yang malas hendak berlama di situ.
"Kau dah buat tangan aku sakit. Kau tanya nak apa?!" marah betul pelajar itu.
"Oo.. Ok.." Chaeyoung sudah bersiap sedia untuk membelasah pelajar itu. Tangannya sudah di gengam naik ke atas seperti orang peninju.
Pelajar itu menyuruh kawannya mula dulu. Ha! Nampak sangat takut. Mereka terus menyerang Chaeyoung. Melayangkan satu tumbukan dan tendangan tapi Chaeyoung mengelak dengan cepat. Chaeyoung menyerang mereka di bahagian kaki. Mereka terjatuh.
Mereka cuba menyerang lagi. Chaeyoung cepat menepisnya dan membalasnya balik. Pelajar itu hanya melihat dari jauh. Wajahnya jelas kerisauan apabila melihat gengnya di tumpaskan oleh Chaeyoung. Chaeyoung menggeliat setelah selesai menghabiskan mangkuk ini.
"Hah! Kau pulak! Cepat lah." panggil Chaeyoung. Dia seperti tidak sabar hendak belasah pelajar itu pula.
Belum sempat Chaeyoung hendak menyerang pelajar itu. Pintu bumbung sekolah itu di buka oleh seseorang. Chaeyoung dan pelajar itu memandang ke arah pintu itu.
Kelihatan seorang pelajar perempuan hanya berdiri di hadapan pintu itu. Chaeyoung terus menunjuk ke arah pelajar tersebut.
"Kau! Buat apa dekat sini!?" tanya Chaeyoung.
Tiba-tiba sesorang guru berdiri di sebelah pelajar itu. Alamak! Mampus aku! Chaeyoung dan geng cari gaduh itu di tangkap bergaduh di atas bumbung sekolah. Nasib tak baik betul!
YOU ARE READING
[C] Fake Liars
FanfictionKisah seorang gadis periang yang bernama Seo Chae Young. Disebabkan perangainya yang di anggap kebudak-budakan, dia dipulaukan dan dicaci oleh rakannya tanpa disedari. Suatu hari perangai Chaeyoung terus berubah 180°. Apa yang menyebabkan dia beruba...