Bab 5

1.9K 231 4
                                    

Chaeyoung berjalan dengan senang hati. Perangainya pagi ini seperti kanak-kanak yang baru dapat gula-gula. Semua orang yang lalu pasti dia tegur dengan mengucapkan selamat pagi. Mungkin orang melihatnya pasti menganggap dia tidak siuman. Apabila ternampak Jaemin, Chaeyoung mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Jaemin.

"Annyeonghaseyo~! Jaemin-a~" tegurnya dengan begitu ceria sekali.

Jaemin hanya tersenyum dengan tegurannya. Dia seperti hendak tertawa dengan perangai Chaeyoung pagi ini. Habis semua kawannya dia tegur.

"Jaemin-a! Nae maeum soge... Jeojang! Jang! Jang! jang!" Chaeyoung mengikut trademark comel penyanyi terkenal Wanna One, Jihoon.

Terkejut Jaemin dengan kejutan yang di berikan oleh Chaeyoung itu. Dia tidak henti tersenyum dengan telatah comel kawannya itu.

"Ok! Annyeong! Saranghaeyo Jaemin-a~! La la la la~" Chaeyoung membuat bentuk hati untuk Jaemin sebelum berlalu pergi.

Apabila terserempak dengan pelajar lain, dia mengucapkan selamat pagi. Jaemin tersenyum dengan menampakkan barisan giginya sambil menggeleng kepalanya.

"Ah~ Jinjja~ Comelnya~" salah seorang kawan Jaemin memuji Chaeyoung.

"Ya! Jaemin. Dia tu kekasih kau ke?" tanya kawannya.

"Aniyo~" Jaemin tergelak dengan pertanyaan kawannya itu.

"Ye lah~ Pagi-pagi dah bagi panahan cinta dekat kau." 

"Aniyo~" Jaemin menidakkan kata kawannya itu.

Mereka terus berlalu pergi ke arah kelas mereka. Jaemin mula teringatkan Chaeyoung.  Apa yang membuat dia begitu gembira pagi ini? Pasti ada sesuatu yang berlaku. Itu yang terkena virus kegembiraan.























Chaeyoung tidak henti tersenyum. Dia rasa gembira sangat sehingga tak terkata. Orang nak kata apa mengenainya, dia langsung tidak kesah. Janji hatinya senang. Dia mula teringat kejadian malam semalam.

"Ya~ Marahkan Oppa lagi ke?" tegur Youngho apabila melihat wajah Chaeyoung yang masam mencuka.

Chaeyoung buat tidak endah dengan teguran abangnya itu. Lantak dia lah. Pujuk lah aku sampai kau mengalah. 

"Ok! I'm Sorry.. for what happened earlier?"

"Nampak sangat tak ikhlas." Chaeyoung masih memeluk tubuhnya memandang keluar tingkap.

"Ah~ Jinjja ottokhae?" Youngho tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk memujuk adiknya yang seorang ini. Kemain manjanya.

"Haih! OK! I have something to give." Youngho sudah seperti mengalah dengan adiknya dan mendapat idea untuk memberikan sesuatu pada adiknya.

"Apa dia?" kata Youngho berjaya menarik perhatian Chaeyoung. Dia kelihatan tidak sabar untuk mengetahuinya.

"Forgive me, first"

"Ok! Saya dah maafkan oppa. Ha~ Apa dia?" tanya Chaeyoung yang sudah tidak sabar untuk menunggu.

"Jelojoh. Hmm.. Oppa akan bawa ke Taman tema. Kalau kamu mahu lah." ujar Youngho dengan rela hati. Tetapi di dalam hati sudah menangis, duit akan habis banyak semata-mata membawa adiknya ke taman tema.

"Taman tema? Lotte World!? Ouh?! WAhhhhh!!!! Jeongmal?" Chaeyoung seperti tidak percaya yang abangnya akan bawa ke tempat yang teringin dia hendak pergi.

"ak.. Hmm.. hmm.." Youngho mengangguk. Entah mulutnya berat untuk mengatakan "ya".

Chaeyoung sudah pun tersenyum hingga ke telinga. Abangnya pandai mengambil hatinya apabila dia sedang merajuk. Tidak sangka abangnya akan bawanya ke Lotte World. Kalau boleh, dia mahu pergi ke Disneyland. Tetapi taman tema di negara sendiri pun tak pernah pergi lagi.

"Gomawo Oppa!!! Boleh tak saya nak bawa kawan saya?" 

"Hm.. Siapa? Tapi jangan ramai sangat."

"Hurmm... Hayoung, Sunhye, Aera, Misoo..." Chaeyoung cuba mengingat lagi seorang. Entah siapa lagi sorang dia terlupa namanya.

Youngho hanya mengangguk tanda mengerti. Nasib baik hanya empat orang sahaja dia nak ajak. Kalau lagi ramai, mahu kopak duit dia.

"Ha! Jaemin." Dia baru teringat nama Jaemin. Boleh pula dia terlupa nama lelaki itu.

"APAA!?" Tak! Tak boleh!" abangnya terus membantah apabila nama Jaemin di sebut.

"Ala~ Boleh la~ Lagi pun kami 5 orang perempuan. Oppa pula sorang je lelaki. Kalau ajak Jaemin, dia boleh teman Oppa. Tak ada lah Oppa rasa kekok, kan? Boleh la~ Boleh la~" Chaeyoung memujuk abangnya. Dia mahu Jaemin ikut sekali. Walau apa-apapun terjadi, Jaemin tetap kena ikut. Muktamad!

"Haih! Ye la~ Ye la~" akhirnya Younghomengalah. Dia mengikut sahaja kehendak adiknya.

"Ouu~ Gomawoyo Oppa!! Saranghaeyo~" Chaeyoung terus memeluk abangnya apabila Youngho setuju dengan permintaannya.

Youngho tersenyum lalu menggelengkan kepalanya sahaja. Ada saja benda yang dia nak. Kalau tidak turuti, pasti merajuk lagi. Letih dia hendak memujuk adiknya ini. Kalau adiknya lelaki, memang dapat terajang la. Nasib dapat adik perempuan. Layan sahaja la apa permintaannya.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now