Doktor Sihyun melabuhkan pungungnya di atas sofa lembut. Lama juga dia menunggu kehadiran Chaeyoung. Lambat pula dia har ini. Jam di tangan banyak kali dia lihat. Sudah pukul 8 Malam. Kelibat gadis itu masih tidak kelihatan.
"Hmm.. Patut ke aku telefon dia?"
Telefon bimbit di poket seluar di keluarkan lalu mendail nombor telefon gadis itu.
"Yeboseyo! Siapa ni!? Malam-malam kacau aku memang tak sah kan?!"
Berkerut dahi Doktor Sihyun mendengar suara itu memarahinya. Betul ke ni Chaeyoung?
"Yeboseyo? Ini Chaeyoung kan? Saya ni Doktor Sihyun."
Terkaku sekejap. Chaeyoung langsung melihat nama pada skrin. AAhhhh!!! Doktor Sihyun!?
"Ahhh~ Mianhae. Jeongmal mianhae! Saya ingatkan kawan saya telefon~" rasa sebersalah pula dia pergi memarahi doktor itu.
"Aaa~ Gwaenchana. Saya nak tanya kamu tentang.."
Oh! Aku terlupa pasal appointment tu!!! Kepalanya dipukul kerana lupakan perkara itu. Kalau tidak kerana perangai bos Hayoung itu tentu dia tidak lupa appointment itu. Dia cuma risaukan kalau-kalau keluarganya menanyakan mengenai appointment itu pada Doktor Sihyun. Mampos lah aku gini!
"Doktor.. Mianhae~ Saya lupa pasal itu. Saya... Saya.." dia memikirkan ayat. Kalau dia cakap keluar dengan kawan, lain pulak jadinya.
"Awak keluar dengan Jaemin?" tekanya. Suaranya agak sedikit serius.
"Err.. Nae~" bibir bawahnya di gigit. Takut juga kalau tersalah jawab.
"Hum." Senyuman di bibir tidak kelihatan.
"Baiklah. Esok jangan pula. Datang tepat pada waktunya. Faham?"
"Ak.. ha~ Nae~"
Panggilan terus di matikan. Berkerut dahi Chaeyoung.
"Macam marah je? Takkan lah aku tak datang hari ni pun nak marah. Chill lah~ Chit~" Bibirnya di cebik.
Doktor Sihyun melihat skrin telefon itu setelah dia mematikan panggilan. Lama juga dia tenung telefon. Hingga lampu skrin itu mati dengan sendiri. Tangannya mengenggam kuat telefon itu lalu baling ke dinding. Pecah berderai. Nafasnya naik turun menahan amarahnya.
"Kau cakap. Dia kawan kau je! Tapi kenapa kau keluar dengan dia?!"
Dia seperti tidak dapat menerima kenyataan apa yang Chaeyoung katakan sebentar tadi. Bukan itu jawapan yang dia mahukan. Kenapa dia harus beri jawapan yang menyakitkan hati? Dia meraut wajahnya dengan kasar.
Chaeyoung melibas patung Hello Kity ke muka Seungmin. Dia nampak tidak suka dengan pemberian lelaki itu. Seungmin kelihatan sedikit terkejut dengannya.
"Ya~" panggil Seungmin.
"Aku tak minat patung. Blah!" Chaeyoung menolak kawan Seungmin memberinya jalan ke sekolah.
Tajam pandangan Seungmin melihat Chaeyoung.
"Kan aku dah cakap. Dia takkan terima punya."
"Diam kau!" tengking Seungmin.
Kawannya terkejut apabila di marah Seungmin. Apa-apa pun dia takkan sesekali mengalah. DIa cuba untuk memenangi gadis itu.
"Hai~ Pagi-pagi dah kacau aku! Semak je!" gomelnya.
Langkahnya di henti sebaik terlihat kelibat seseorang di hadapannya. Walaupun dari jauh, dia boleh lihat dengan jelas wajah itu. Senyuman manis lekat di bibir lelaki itu paling menghiasi hari-harinya. Tapi dia hanya membalas dengan wajahnya masam.
"Annyeong~" tegur Jaemin.
Chaeyoung buat tidak endahkan kehadirannya. Jaemin mengikut Chaeyoung dan berjalan di sebelah gadis itu. Senyumannya tidak mati. Lama-lama jadi menyampah pula Chaeyoung dengannya.
Seungmin yang memerhatikan mereka dari jauh. Tangan perlahan di genggam menahan geramnya pada Jaemin. Benci dia dengan senyuman itu. Ia seolah-olah seperti mengejeknya.
YOU ARE READING
[C] Fake Liars
FanfictionKisah seorang gadis periang yang bernama Seo Chae Young. Disebabkan perangainya yang di anggap kebudak-budakan, dia dipulaukan dan dicaci oleh rakannya tanpa disedari. Suatu hari perangai Chaeyoung terus berubah 180°. Apa yang menyebabkan dia beruba...