"Tak! Bukan kami yang mula dulu. Dia ajak kami bergaduh."
"Bukan~ Kita yang ajak dia kan?"
"Neo museun soli ya?! (Apa yang kau cakap ni?!)"
Chaeyoung hanya diam memperhatikann mereka yang berperangai seperti budak kecil. Sorang mengaku, sorang lagi tak mengaku bersalah.
"Haish~ Bila nak berakhir ni?" Chaeyoung mengeluh kecil.
"Huh?! Neo JEUGELLAEE?! (Kau NAK MATII?!)"
"YAAHH!! Apa yang kamu buat ni!? HUH?!" Cikgu Choi yang hanya memerhatikan pertelingkahan mereka terus marah.
Semua terdiam.
"Ya! Chaeyoung! Kenapa asyik diam sahaja!? Jadi betul, kamu yang mulakan pergaduhan ni!?" tanya Cikgu Choi.
"Takkan lah pelajar cemerlang seperti saya nak pukul orang pulak?" Chaeyoung tersenyum membuat muka comel di hadapan Cikgu Choi bila di soal.
"Chit! Jinjja! AAHHHH!!!!! Appaa! (sakitnya!)" Cikgu Choi memukul dadanya terasa sakit apabila hendak melayan karenah pelajarnya.
Pelajar tadi bergaduh sesama sendiri bila Cikgu Choi pusing memandang ke arah tingkap. Chaeyoung hanya buat tidak tahu dengan mereka. Salah seorang daripada mereka, mahu memukul Chaeyoung tapi kawannya menghalangnya. Apabila Cikgu Choi pusing memandang mereka, masing-masing terus buat seperti biasa.
"Sebabkan halyang kamu semua buat ini. Saya terpaksa panggil ibu bapa kamu." Ujar Cikgu Choi.
"MWOO!? ANIYOOO!!!" semua terkejut. Mereka tak mahu perkara ini di ketahui ibu bapa mereka. Takut nanti ibu bapa mereka akan menyekat duit belanja mereka jika mereka membuat hal di sekolah.
"Aniyo! Jebal saem (Tolong, Cikgu). Aniyo, jebal~ Seonsaengnim (Cikgu~)." mereka merayu pada Cikgu Choi.
"Haish jinjja~" Chaeyoung paling tak suka kalau hal remeh ini di beritahu ibu bapa. Bukan ada luka teruk pun sampai ada yang masuk hospital.
Chaeyoung hanya memasamkan muka sahaja membuat muncung sedepa. Apabila ternampak salah seorang pelajar keluar dari bilik guru. Matanya tajam memandang ke arah pelajar. Kalau budak itu tidak membuka cerita, pasti hal ini sudah selamat. Pelajar itu terpandang Chaeyoung. Pandangan maut membuatkan pelajar itu takut. Laju sahaja dia berlalu pergi tanpa memandang semula wajah Chaeyoung.
"Ish! Kalau aku dapat budak tu.... Masuk ICU kau nanti!" Chaeyoung mengetap giginya menahan amarahnya.
"Ah~ Maafkan Chaeyoung. Maaf sebab dia buat hal di sekolah." Tertunduk-tunduk Youngho memohon maaf pada Cikgu Choi.
Chaeyoung memandang kosong pada abangnya. Youngho yang perasaan Chaeyoung hanya memandangnya tanpa memohon maaf pada cikgunya. Terus tangannya memukul kepala Chaeyoung.
"Akkk!" Chaeyoung mengadu kesakitan. Dia menjeling ke arah abangnya itu.
"Kamu harus meminta maaf jika buat salah." bisik Youngho.
"Ya wae~"
Chaeyoung memandang ke arah Cikgu Choi dan langsung memohon maaf. Youngho pun turut memohon maaf pada Cikgu Choi.
"Aniyo~ Gwaenchana~ err... Saya pergi dulu ya?" ujar Cikgu Choi.
"Ah! Nae." Youngho menunduk hormat pada Cikgu Choi dan di ikuti dengan Chaeyoung apabila Cikgu itu beransur pergi.
Youngho menghela nafas lega. Nasib baik Cikgu Choi tidak menurunkan hukuman pada Chaeyoung. Takut juga dia kalau adiknya di gantung atau di buang sekolah.Langsung dia memandang Chaeyoung di sebelahnya.
"Wae?" tanya Chaeyoung.
"Neo jeugellae (Kau nak mati)!?" geram Youngho.
"Museun soli ya?"
"Pergi bergaduh, bertumbuk dengan budak-budak tadi tu buat apa!? huh!?" terjegil bijik mata Youngho melihat adiknya. Marah betul dia pada adiknya itu.
"Just like you. Fighting with people who love to find wrong. Chit!" jawab Chaeyoung bersaja lalu meninggalkan abangnya terpinga-pinga di belakang.
Berkerut dahi Youngho. Chaeyoung ingat tentang dirinya. Tapi..? Dia mengikut langkah Chaeyoung sambil memikirkan kata adiknya itu. Adakah dia sudah mengingati semuanya?

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Fake Liars
FanfictionKisah seorang gadis periang yang bernama Seo Chae Young. Disebabkan perangainya yang di anggap kebudak-budakan, dia dipulaukan dan dicaci oleh rakannya tanpa disedari. Suatu hari perangai Chaeyoung terus berubah 180°. Apa yang menyebabkan dia beruba...