Bab 11

1.6K 228 0
                                    

Ibu bapa Chaeyoung perlahan-lahan masuk ke dalam bilik pesakit itu. Kelihatan Chaeyoung hanya membuang pandangan keluar tingkap. Apabila dia perasan dengan kehadiran Ibu bapanya, langsung dia tersenyum manis.

"Omma. Appa."

Ibunya terus memeluk Chaeyoung dengan tangisan yang masih bersisa. Chaeyoung langsung leraikan pelukkan ibunya. Dia tahu Ibunya menangis dari esakan kecil itu.

"Omma, kenapa menangis? Chaeyoung tak apa-apa. Tengok ni." dia terus menunjuk pada dirinya dengan senyuman dibibir.

Youngho perlahan mendekati adiknya dengan senyum yang dibuat. Dia tak mahu Chaeyoung perasan yang dia sedang bersedih.

"Oh?! Oppa. Bila Oppa balik? Kenapa tak beritahu Chaeyoung?" dia terus menanya apabila terlihat kelibat abangnya.

Youngho hanya tersenyum kelat. Tidak tahu apa yang harus dia katakan pada adik. Jaemin yang dari tadi hanya berdiri jauh dari keluarga Chaeyoung. Dengan asyik dia gembira, Chaeyoung terlihat wajah seseorang yang tidak dia kenali.

"Nuguseyo? (Siapa awak?)" tanya Chaeyoung.

Jaemin terkejut dengan pertanyaan Chaeyoung itu. Dia kelihatan benar-benar tidak mengenali dirinya.

"Chaeyoung-a~ Kamu.. Tak ingat kawan kamu? Dia ni Jaemin. Kawan kamu." ujar Ibu Chaeyoung yang cuba untuk mengingatkannya.

"Saya.. Saya tak ada kawan lelaki."

Kata Chaeyoung itu benar mengejutkan semua yang berada di dalam bilik pesakit itu. Jaemin hanya diam melihat ke arahnya. Dia tidak tahu apa yang harus dia buat untuk mengingat dia tentang dirinya.

"Chaeyoung.. Kamu tak ingat Jaemin? Dia kawan kamu. Kamu mesti kenal dia kan?" Ibu Chaeyoung mencuba lagi.

"Tak! Seumur hidup saya. Saya tak ada kawan. Sama ada lelaki atau perempuan." Chaeyoung bertegas dengan katanya. Dia pasti, dia langsung tidak mempunyai rakan.

"Chaeyoung-a~" mengalir semula air mata Ibunya.

Tak sangka Ibunya begitu sekali dia hilang ingatan. Sampai teman sendiri pun tidak kenali. Chaeyoung memandang Jaemin dengan wajah yang serius. Dia yakin yang dia tiada teman. Siapa pula dia yang mengaku temannya?
















Sudah empat hari berlalu, dia masih tidak dapat mengingati kejadian yang pernah berlaku pada dirinya. Sejak peristiwa itu, Jaemin hanya memerhatikan Chaeyoung dari jauh.

Chaeyoung berjalan perlahan menuju ke sekolah. Dia memerhati di sekelilingnya. Pernah dia melihat tempat yang dia lalui itu.

"Hai~ masih hidup lagi budak terencat akal ni? Ingatkan dah mampus!" kedengaran suara  memerli Chaeyoung.

Chaeyoung memandang mereka dengan penuh tanda tanya. Siapa mereka? Berani dia cakap aku terencat akal?!

"Kau kenapa pandang aku macam tu!?" benci betul dia dengan pandangan Chaeyoung itu.

Dia menyentuh kedua bahu Chaeyoung. Gayanya seperti mahu menolak Chaeyoung. Chaeyoung terus mengambil jari telunjuk gadis itu lalu membengkokkan jari tersebut. Terjerit gadis itu menahan kesakitan.

Jaemin yang dari jauh terkejut apabila melihat Chaeyoung melawan pelajar junior itu. Tak pernah sesekali dia melihat Chaeyoung melawan semula.

"Neo michiseo (Kau gila ke)?!" marah pelajar itu dengan cuba menahan sakit.

Chaeyoung terus mencampak pelajar ke tepi jalan. Rakan-rakan nya berlari mendapat pelajar tadi. Pelajar tadi menangis kerana jarinya sakit.

Chaeyoung tersenyum sinis. Siapa suruh kacau aku lagi. Chaeyoung berlalu pergi. Malas dia hendak melayan budak-budak mentah ini.

"Ya!" panggilan pelajar itu Chaeyoung buat tidak endah.

"YAAAAAHHHHH!!!!!!!" jerit pelajar itu. Sakit hatinya apabila Chaeyoung membuatnya begitu. Jarinya yang sakit dia kibas-kibaskan.

Jaemin masih terkejut dengan perubahan pada Chaeyoung itu. Takkan lah di sebabkan kemalangan itu, dia sudah tidak ingat identitinya sendiri?

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now