Bab 12

1.6K 218 19
                                    

Chaeyoung melangkah masuk ke kawasan sekolah. Pelajar di sekeliling melihatnya dengan hairan sambil itu membuka cerita mengenainya.

"Apa masalah dengan semua orang ni?!"

Chaeyoung pedulikan kata semua orang dan terus berjalan masuk ke dalam bangunan sekolah.

"Eh?! Dia lah yang hampir buat jari Eunji patah tu."

"Ye ke?! Itu bukan ke Chaeyoung?"

"Haah la. Chaeyoung. Tapi sejak bila perangai dia berubah?"

Chaeyoung berjalan hendak ke kelas. Tetapi semua memandang ke arahnya dan tidak henti bercerita mengenainya. Hari ini Chaeyoung di lihat seperti gangster sekolah.

Pintu kelas di buka dengan perlahan. Chaeyoung buat tidak mengendahkan mereka semua. Dia buat seolah-olah rakan sekelasnya tidak wujud. Dia duduk di tempatnya seperti biasa sebelah tingkap di belakang sekali dan hanya dia seorang sahaja yang duduk di situ.

Chaeyoung menyandar dengan kakinya bersilang. Orang yang melihatnya pasti tidak mengenali dirinya. Perangai dia sekarang tidak sama dengan Chaeyoung yang dulu dia suka bermain dengan rakan sekelasnya dan cuba menghiburkan orang sekeliling. Adakah dia ini Chaeyoung yang mereka kenali?

"Apa pandang?! Dah tak ada kerja nak buat ke?!" sergah Chaeyoung.

Semua kecut perut dengan sergahan Chaeyoung itu. Mereka berjalan perlahan pergi ke tempat masing-masing. Hayoung dan Aera terkejut akan perubahan Chaeyoung itu. Sunhye dan Misoo buat tidak endah dengan Chaeyoung itu. Dia beranggapan yang Chaeyoung cuba untuk menarik perhatiannya.

Hayoung dan Aera perlahan mendekati Chaeyoung. Chaeyoung memandang mereka dari atas ke bawah. Chaeyoung tidak berminat dengan mereka. Kalau mahukan dia jadi kawan pun, dia takkan layan.

"Chaeyoung-a~" Hayoung cuba menegurnya.

"Kau siapa panggil aku macam tu!"

Terkejut Hayoung dan Aera termasuk semua orang. Sunhye dan Misoo pun turut terkejut. Chaeyoung ini kenapa?!

"Chaeyoung~ kenapa cakap macam tu?" tanya Aera yang mahu menangis saat itu.

"Kau nyanyuk ke apa? Kawan sendiri kau layan macam tu?!" marah Misoo. Panas pula hatinya apabila melayan Aera dan Hayoung begitu.

"Kau pula siapa nak marah aku!? Dan lagi satu. Sejak bila aku ada kawan yang bodoh macam kau semua?!" pedih dan perit.

Orang yang mendengarnya mesti sakit hati. Misoo menumbuk meja melepaskan geramnya.

"Kau! Asal kau kurang ajar sangat sekarang ni?! Dah pandai melawan cakap aku!" tanya Misoo dengan nada marah.

"Memang dari dulu aku macam ni. Asal?! Oo.. Kalau aku tak melawan, kau semua boleh pijak aku lah. Gitu?"

Semakin berapi Misoo dengan Chaeyoung ini. Dia terus berlari ke arah Chaeyoung itu melepaskan marahnya. Tetapi sempat rakannya menghalang Misoo daripada menyerang Chaeyoung. Chaeyoung tersenyum sinis.

"Orang bodoh. Kalau dah kalah memang macam tu. Mesti nak ajak gaduh." Chaeyoung perlinya lagi.

"SIAPA BODOH?! SIAPA YANG AJAK GADUH HAAA?! TAK GUNA PUNYA BUDAKK!!!" marah Misoo membuak-buak.

Kata-kata perlian Chaeyoung itu betul-betul membuat dia tidak duduk senang dengannya. Hayoung dan Aera membawa Misoo jauh dari Chaeyoung. Dia tak mahu ada pergaduhan antara mereka berdua.

Walaupun dia terasa hati dengan Chaeyoung, dia tahu mesti Chaeyoung jadi begitu sebabkan perkara yang sebelum ini. Jaemin ada cakap pada mereka berdua yang Chaeyoung mengalami amnesia. Tetapi mereka tidak memberitahu perkara ini pada semua orang termasuk guru mereka.

Jaemin memerhatikan dari jauh. Nampak sangat ketara perubahan Chaeyoung itu. Dia seorang yang periang selalu menghiburkan seorang. Sekarang menjadi seorang menyendiri dan tidak suka bergaul dengan orang.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now