Chaeyoung membeli minuman dalam tin di vending machine untuk diberikan kepada rakannya. Perkara tadi memang masih segar di ingatannya. Tetapi buat apa hendak di ingatkan semula perkara yang sudah lepas. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil jernih.
Setiap minuman yang di beli berlainan mengikuti citarasa rakannya. Tangannya penuh dengan tin minuman. Sejuk? Ya! Tapi dia peduli apa. Asalkan di dapat memberitahu rakannya mengenai ajakan abangnya ke taman tema. Masa rehat adalah masa yang sesuai untuk memberitahu khabar ini. Tak sabar dia untuk memberitahu tentang perkara tersebut.
Tin yang berada di tangannya, di bawa berhati-hati. Takut terjatuh. Sampai sahaja di pintu kelas, Chaeyoung terdengar rakannya berbual mengenai dirinya. Tidak jadi untuk dia masuk ke dalam. Dia cuba mendengar apa yang rakannya bualkan.
"Aku benci Chaeyoung!"
Terkejut Chaeyoung apabila mendengar kata Misoo. Misoo memang tidak sukakan aku? Tetapi kenapa? Apa yang buat dia benci sangat pada aku?
"Aku tak suka cara dia. Buat perangai macam budak-budak. Dia ingat, dia comel lah buat macam tu. Dia ingat semua orang akan suka perangai dia tu?!" Misoo meluahkan rasanya yang terpendam di dalam hati di hadapan rakannya.
Chaeyoung hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka. Dia terasa hati dengan kata-kata Misoo itu. Pagi tadi, dia sudah kena. Sekarang pula sama seperti pagi tadi. Tapi ayat dia kali ini betul-betul membuatkannya rasa sedih.
"Kau semua suka dengan perangai dia tu? Yang junior kita cakap terencat akal tu?!" Misoo menanyakan pada rakannya.
Yang lain hanya mendiamkan diri sahaja. Mereka masih lagi berlawan dengan perasaan sendiri mengenai Chaeyoung. Chaeyoung mengetap bibirnya menahan air matanya daripada mengalir. Isu juniornya di kaitkan semula. Kenapa harus Misoo kaitkan apa yang juniornya katakan? Lama rakannya mendiamkan diri, akhir Sunhye membuka mulut untuk bicara.
"Aku rasa... betul cakap Misoo tu." ujar Sunhye.
"Sunhye-ya!" Terkejut Hayoung dan Aera apabila Sunhye setuju dengan kata Misoo itu. Ini benar-benar mengejutkan rakannya termasuk Chaeyoung.
"Aku pun... Tak suka perangai dia. Dia tak pernah melawan bila orang buat dia. Bila di kena marah ke, aku yang selalu pertahankan dia. Tapi kali ini, tak sangka aku kena perli teruk dengan junior sendiri. Malu tahu tak?! Bila junior kutuk aku depan semua orang. Dia?! Dia hanya diam je. Aku yang malu, malu sangat-sangat. Semua orang tengok aku, macam aku ni hina sangat. Aku rasa.. silap sebab terlebih manjakan dia."
Sunhye yang dulu di kenali selalu mempertahankan rakan-rakannya daripada ejekkan orang. Dia labelkan dengan sifat keibuan pada semua rakannya. Ini yang membuatkan Chaeyoung begitu sayang pada Sunhye. Tetapi tidak pada hari ini, dia tidak sanggup lagi untuk membela nasib Chaeyoung lagi. Sudah terlalu lama Chaeyoung di manjakan. Sampai nak betulkan apa yang salah pun dia tidak berani.
"Korang fikirlah. Apa yang Chaeyoung buat tu. Tak semestinya semua orang suka. Dia tunjuk perangai bodoh depan semua orang. Ingat orang suka?! Satu kelas kut tak suka. Sebab tu, mana ada orang nak layan sangat perangai dia. Kita je yang beria layan dia." tambah lagi Misoo.
Air mata Chaeyoung mengalir di pipinya. Kata Sunhye dan Misoo itu betul-betul menyakitkan hatinya. Orang yang dulu dia percaya semua tikamnya dari belakang. Mereka hanya berpura-pura baik di hadapan, tetapi tidak pada yang realiti. Hayoung selalu memberi kata semangat padanya hanya mendiamkan diri. Dia seolah-olah mengiakan sahaja apa yang Misoo dan Sunhye katakan. Aera pun kelihatan tidak banyak bicara. Hanya mendengar sahaja perbualan mereka.
Chaeyoung kecewa apabila di tipu rakannya sendiri. Hilang kepercayaannya pada semua rakan kelas. Dulunya selalu di puji, akhirnya dicaci. Dia mengundur dengan perlahan. Tak mahu rakannya tahu kehadirannya di situ. Dia tak nak rakannya tahu tentang perasaannya sekarang. Kalau boleh, dia mahu pindah sekolah hari ini juga.
Chaeyoung yang asyik mengundur, tidak sedar yang dia terlanggar seseorang. Semua tin minuman yang berapa di tangannya terjatuh. Rakannya semua pandang ke arah pintu kelas apabila terdengar bunyi sesuatu jatuh. Cepat-cepat Chaeyoung meminta maaf pada orang tersebut.
"Jeoseonghamnida! Jeoseonghamnida!"
Chaeyoung tidak sedar. Orang yang di langgar itu ialah Jaemin. Jaemin menundukkan sedikit badannya untuk melihat wajah Chaeyoung. Air matanya yang mengalir dipipi. Mata berkaca seolah-olah sedang menangis. Ini membuatnya tertanya-tanya.
"Ya~ Awak menangis ke?" tanya Jaemin yang sudah mula risau.
Chaeyoung yang hanya menundukkan kepalanya mendonggak melihat ke arah Jamein. Ya! Dia betul-betul menangis. Terkejut Jaemin melihat keadaan Chaeyoung sekarang. Air matanya mengalir begitu deras.
"Chaeyoung!" panggil Hayoung apabila ternampak kelibat rakannya itu.
Ini membuat rakannya semua terkejut dengan kehadiran Chaeyoung. Mereka takut kalau-kalau Chaeyoung terdengar perbualan mereka. Chaeyoung buat tidak endah dengan panggilan itu. Dia melihat wajah Jaemin sebelum berlari meninggalkan tempat itu. Terpinga-pinga Jaemin di buatnya.
"Chaeyoung-a" Panggil Hayoung yang terus bangun pergi ke arah pintu kelasnya.
Jaemin memandang wajah mereka berempat silih berganti. Dia mahukan jawapan daripada mereka dan mahu tahu apa yang sedang berlaku. Dia tak mahu melihat rakannya itu kecewa banyak kali.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Fake Liars
FanficKisah seorang gadis periang yang bernama Seo Chae Young. Disebabkan perangainya yang di anggap kebudak-budakan, dia dipulaukan dan dicaci oleh rakannya tanpa disedari. Suatu hari perangai Chaeyoung terus berubah 180°. Apa yang menyebabkan dia beruba...