Sudah seminggu berlalu pergi. Hari demi hari, hati Chaeyong semakin lembut hendak berkawan dengan Hayoung dan Aera tapi tidak dengan Sunhye dan Misoo. Mereka kelihatan masih dingin dengannya. Chaeyoung peduli apa. Lagi dia menyampah ada lah. Kalau dia tu jantan dah lama dia belasah dua ekor betina tu.
Sombong~
Di sebabkan dia selalu sangat tidak hadir ke hospital. Malah sudah rasa dia tidak perlukan appointment itu. Telefon bimbitnya berdering. Dengan malas dia menjawab
"Yae.."
"Kenapa tak datang appointment? Dah lama awak tak datang? Apa berlaku? Awak sakit ke?" Bertalu-talu soalan yang di beri. Seperti tiada penghujungnya.
"Saya ok je. Eh? Saya tak sihat. Bukan saya. Halmeoni. Dia tak sihat sejak akhir-akhir ni." pipi kirinya di tampar dengan kuat apabila tersalah cakap. Nak menipu macam tak jadi je.
"Baiklah. Petang ni jangan lupa datang."
"Tapi...
"Sila datang petang ini. Jangan nak bagi banyak alasan lagi!" tegas suaranya.
Ish! Paling benci aku di paksa pergi. Pergi sana bukan buat apa-apa pun. Duduk lepas tu boroak kosong. Dah rasa tak ada benda nak cakap pergi bawa makan malam. Boring~
"Nae~" Jawabnya seperti terpaksa. Langsung mematikan panggilan itu.
"Yo!" tegur Jaemin dengan riang.
Tapi dari riak wajah Chaeyoung seperti tidak melayannya. Langkah gadis itu semakin laju pergi meninggalkannya.
"Dia tak dengar ke aku tegur dia?"
Langkah Chaeyoung di ikuti tanpa pengetahuan gadis itu. Chaeyoung menaiki bas apabila sampai sahaja di perhentian bas. Ini yang makin Jaemin hairan. Rumah belah kiri sana. Kenapa nak naik bas bagai?
Jaemin mengambil tempat duduk di belakang sekali sambil itu matanya memerhatikan Chaeyoung. Apabila bas berhenti di stesen yang seterusnya, Chaeyoung langsung bangun dan turun dari bas. Jaemin cepat bangun dan mengikutinya. Takut dia hilang jejak gadis itu.
Laju sahaja langkah Chaeyoung berjalan. Dia kelihatan tergesa-gesa. Apa yang dia terkejarkan sangat? Mata Jaemin terpandang bangunan yang tinggi mencecah langit. Hospital? Ada orang dia nak lawat ke?
Kakinya tidak henti mengikuti Chaeyoung. Sampai ke lif, dia pusing ke belakang. Tak nak Chaeyoung nampaknya di situ. Apabila pintu lif itu sudah tutup, dia melihat tingkat berapa Chaeyoung berhenti lalu dia terus menekan button di tengah tiang dengan harapan ada pintu lif lain terbuka.
Sampai di tingkat 5. Dia cuba mencari kelibat Chaeyoung dengan menanyakan staff yang lalu lalang di situ. Harap dapat dia jumpa dengan Chaeyoung. Entah kenapa hatinya ingin sangat tahu siapa orang Chaeyoung bertemu.
"Takkan.. Tak boleh?! Salah ke apa yang aku buat tu?!"
Suara tu... Jaemin langsung mendekati satu bilik itu. Dengan perlahan pintu bilik itu di buka. Chaeyoung bersama dengan seorang doktor. Mereka kelihatan bertegang urat.
Beg sekolahnya di letak atas sofa. Matanya melihat Doktor Sihyun yang dari berdiri membuang pandangan ke luar tingkap.
"Saya dah sampai~" ujarnya dengan menyilangkan tangannya.
Doktor Sihyun hanya memandang dengan biasa dan melihat di tingkap semula. Rasa geram pula dia dengan laki itu.
"Saya dah datang. Nak apa? Cakap lah~"
"Awak keluar dengan kawan awak sebenarnya, kan?" tanya dengan suara mendatar.
Alamak! Kantoi. Takkan lah Youngho pergi beritahu dia pulak. Abang yang tak boleh di harap betul! Dah cakap awal-awal suruh simpan rahsia. Yang pergi cakap dekat doktor tu apa hal!?
"Nae..."
Doktor Sihyun pusing dengan secara tiba-tiba. Chaeyoung terkejut dengan tingkahnya. Aku salah cakap ke tadi?
"Asal kau keluar dengan budak tu!?" tanyanya suaranya sudah berubah
Tiba-tiba nak marah. apa hal!? Aku pulak rasa nak hangin ni!
"Takkan... Tak boleh?! Salah ke apa yang aku buat tu?!"
"Salah lah! Kau tahukan... Aku..." ayatnya tergantung.
"Kau apa?!" sergah Chaeyoung. Kasar betul dia dengan Doktor itu. Lantak aku lah nak kurang ajar sekalipun. Hidup aku, kau tak boleh nak control.
"Aku tak nak rahsia kau terbongkar! Pasal kau tak hilang ingatan."
Terkejut Chaeyoung apabila Doktor Sihyun berkata mengenai perkara itu. Jaemin yang berada di sebalik pintu itu pun turut terkejut dengan apa yang di sampaikan itu. Dia tipu.. Tapi kenapa?
"Lagi-lagi si budak Jaemin tu! Dia berbahaya. Kalau dia tahu perkara ni, habis hancur semua rancangan kita plan."
"A-aku.. aku.. aku peduli apa!? Dia orang semua kawan aku! Kau siapa nak halang aku?!"
Terdiam Doktor Sihyun apabila soalan itu di tujukan padanya.
"Sebab aku sayangkan kau.."
Tiba-tiba marah Chaeyoung pada doktor hilang. Dia terkejut mendengar kata-kata doktor itu. Adakah dia cuma hendak bergurau dengan aku?
YOU ARE READING
[C] Fake Liars
FanfictionKisah seorang gadis periang yang bernama Seo Chae Young. Disebabkan perangainya yang di anggap kebudak-budakan, dia dipulaukan dan dicaci oleh rakannya tanpa disedari. Suatu hari perangai Chaeyoung terus berubah 180°. Apa yang menyebabkan dia beruba...