Bab 29

1.2K 193 9
                                    

Keadaan di sekolah riuh rendahkan memceritakan isu semasa. Mereka saling menunjukkan berita yang di tulis dalam blog sekolah.

Chaeyoung yang berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah melihat mereka dengan hairan. Semua pelajar sekolah melihatnya dan mula membisikkan sesuatu. Dia buat tidak tahu saja dengan semua pelajar itu dan terus masuk ke bangunan sekolah.

"Eh? Dia kan?"

"Ye lah! Dialah yang tipu pasal dia hilang ingatan."

"Ee.. Tengok muka lah dia tu. Langsung tak ada rasa sebersalah."

"Entah. sombong pulak tu."

Telinganya hanya mendengar saja apa yang mereka katakan. Dalam hatinya sudah menyoal macam mereka semua boleh mengetahui perkara ni. Takkan Jaemin ceritakan pada rakannya.

Sampai di dalam kelas, Chaeyoung langsung duduk di tempatnya sambil tangannya di silangkan. Headphone sudahpun dia pakai. Malas hendak mendengar orang mengumpat mengenainya.

Naik turun dada Misoo melihat ke arah Chaeyoung. Itu yang nak di panggil kawan kalau dah menipu!? Sunhye turut memandangnya dengan tidak puas. Geram dengan Chaeyung menipunya.

Misoo terus berjalan laju ke arah Chaeyoung lalu menyepa kaki meja itu. Sunhye mengikutnya dari belakang. Hayoung dan Aera yang melihat keadaan merisaukannya.

"Woi!" Misoo mencabut headphone yang melekap di kepala Chaeyung.

Chaeyoung menghela nafas geramnya. Dia tidak melihat dua orang di sisinya itu. Apa yang tidak puas hati pun dia tidak tahu. Tiba-tiba sahaja mahu mengamuk.

"WOI! KAU DENGAR TAK AKU PANGGIL NI!?" jeritan Misoo betul-betul menyakitkan telinganya.

"Oo.. Kau panggil aku ke tak?" Chaeyoung saja hendak menyakitkan hati Misoo.

"Yash!" Misoo hampir saja hendak memukul Chaeyoung tapi sempat Sunhye mengalangnya.

"Kenapa kau tipu kami?" tanya Sunhye.

"Tipu apa?"

"Kau ni tak tahu ataupun buat-buat tak tahu, ha!?" meninggi saja suara Misoo ini bercakap.

Chaeyoung tersenyum sinis. Teringat pula dia tentang khabar angin tentang dia tipu mengenai hilang ingatan.

"Oo.. Pasal.. Hiang ingatan tu?"

"Ye lah! Asal kau tipu pasal tu!?" giliran Sunhye pula memarahinya.

"Hmm.. Pasal kau tipu aku tu.. Tak sakit hati lah?" soal Chaeyoung yang menyindirnya balik.

Sunhye terdiam.

"Kau buat aku dulu. Tak hipokrit la pula? Ha?" Chaeyoung mengingkatkan mereka berdua mengenai kisah silamnya.

"Yang dulu mengaku kawan.. Tapi diam-diam kutuk kawan sendiri.. Itu tak menyakitkan lah ye?"

"Yang mengaku.. 'Oh~ Kau lah kawan aku yang tak boleh dipisahkan. Aku tak boleh buat bila kau tak ada. Ah~ Tak mengapa kita boleh usaha lagi. Pedulikan orang tu cakap, pedulikan je.' Tapi! dalam diam.. kutuk aku belakang. Kau ingat aku ni tak sakit hati lah!?"

Misoo dan Suhnye diam seribu bahasa apabila mendengar Chaeyoung meluahkan rasa hatinya. Semua pelajar yang berada di dalam kelas dan di luar kelas pun turut mendengarnya.

"Kau semua tak rasa apa yang aku rasa. Sakitnya hati aku ni. Aku hampir nak mati kena langgar kereta tu. Kau ada rasa risau? Kau ada rasa sebersalah? Sikit pun tak ada! Sebab apa? Kau dah termakan dengan umpatan budak mentah tu! Ataupun kau dah muak dengan perangai aku macam budak terencat akal kan?!"

"Chaeyoung~" Hayoung tak sanggup untuk mendengarnya lagi. Dia tahu mereka bersalah mengenai perkara itu. Mereka terlalu ikutkan rasa hati.

"Dah lah! Aku malas nak cakap benda ni! Lagi sakit hati ada lah! Aku!! Bukan Chaeyoung yang dulu. Chaeyoung yang dulu dah mati!" Chaeyoung terus berlalu pergi dari kelas itu dengan membawa beg sekolahnya sekali. Dia tak mahu duduk di dalam kelas itu lagi. Lagi di ingat perkara lama, agi dia sakit hati.

"Chaeyoung! Seo Chaeyoung!" Panggil Hayoung dan Aera.

Sunhye menekup mulutnya cuba untuk tidak menangis. Dia baru sedar yang dia telah jauh menyakiti hati gadis itu. Misoo hanya diam seribu bahasa semasa Chaeyoung bercakap. Dia yang keras kepala selalu mengikut kata orang sehinggalah di sanggup buang jauh-jauh kawannya yang dulu. Tidak tahu apa yang harus mereka lakukan sekarang.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now