BAB 6

82 9 0
                                    

NURIN POV

Usai solat isyak. Aku pergi ke arah birai katil lalu duduk. Aku membuka laci yang berada di tepi katil lantas mengambil seutas rantai yang terukir nama Niyaz & Afeena. Sampai sekarang aku tertanya yanh rantai ni kepunyaan siapa? Ahh perasaan ingin tahu dalam diri membuak-buak.  Erm mungkin ape yang Mar katakan betul.

FLASHBACK

Sedang kitaorang berada di Kedai Mamak. Fia bertanyakan soalan kepadaku.

"Nurin kau tak nak siasat kenapa Mama dan Papa kau selalu buat macam tu? "

"Entahlah Fia aku pun tak tahu nak buat apa".

Beberapa tika kemudian kitaorang senyap dan hanya menikmati makanan yang terhidang. Mar yang senyap daripada tadi terus memecahkan kesunyian.

"Beb, kalau aku nak cakap ni jangan terasa tau".

"Cakap je Mar".Kataku.

Lantas Mar meletakkan sudunya di atas pinggan lalu berkata dengan serba salah.

"Aku terfikir kenapa parents kau selalu pukul kau tapi ni aku rasa je. MUNGKIN kau ni anak angkat diaorang je".

Mungkin juga kan. Nanti aku balik aku akan siasat apa yang mencurigakan.

"Sorrylah beb, kalau kau terasa.Jangan la senyap cam ni je .Risau aku".Kata Mar dengan nada yang risau.

"Hahaha! Mana ada lah,emm mungkin apa yang kau kata ni betul jugak . Lagipun aku dah serik dengan parents aku. Aku nak benci pun tak boleh, nak sayang pun rasa tak boleh. Hati aku rasa kosong je. Emm cuma aku nak berterima kasih kat diaorang sebab dah jaga aku walaupun dengan kasar".Jawapku.

END FLASHBACK

Haa!aku tahu nak mula cari dari mana, bilik stor bawah tanah. Aku terus menjenguk ke luar pintu bilik aku bagi memastikan mama dan papa tak ada.yes,mesti diorang dah keluar.

Aku terus menuruni tangga rumah. Rumah aku tiga tingkat, bilik aku pula berada di tingkat dua. Bilik stor bawah tanah mesti ada di bawah tanah kan.

Ok,sekarang aku dah ada depan bilik stor ni, lalu aku memulas tombol pintu stor dan KLAK! Pintu dah terbuka.

Terus ku tekan suis lampu yang berada di dinding bilik stor itu, lalu bilik itu terang benderang .

Lalu aku mencari barang yang mencurigakan." Eh! Apa ni?". Bisik hatiku lalu mengambil kertas yang sudah lama kerana nampak kotor. Alamat rumah?.

Emm mungkin boleh bagi petunjuk dekat aku. Terus aku keluar dari bilik stor dan mendaki tangga ke arah bilik tidurku.

kertas alamat rumah tadi ku letakkan dalam laci. Esok aku akan Fia dan Mar cari rumah ni. Terus ku panjat katil dan selimutkan tubuhku. Baik aku tidur dulu lalu ku menutup mata perlahan-lahan.

END NURIN POV

AUTHOR POV

"Carlos,aku nak kau siasat keberadaan orang tua ni". Arah seorang lelaki sambil melemparkan sekeping gambar.

"Allright bos, aku akan buat kerja ni secepat mungkin." Kata Carlos.

"Bagus Carlos. Aku dah tak sabar nak balas apa yang 'dia' dah buat." Kata lelaki itu sambil tersenyum sinis.

"Aku cau dulu. Ingat buat kerja ni secepat mungkin."

"Bos jangan risau, everything perfect nanti."

******

Pukul 9 pagi lagi Nurin sudah ingin keluar dengan Fia dan Mar untuk cari alamat yang dia jumpa semalam.

Pin! Pin!

Tepat jam 9;10 Deya Sofia sudah sampai di rumah Nurin Arya dengan kereta volkswagen merahnya. Usai Nurin masuk ke dalam kereta milik Fia, terus di aju soalan daripada Mar.

"Beb, kau keluar ni parents kau tak marah ke?" Tanya Mar.

"Assalamualaikum, aku keluar ni sebab diaorang tak ada sebab pergi outstation 5 hari. Kalau ada memang tak keluar la aku jawapnya." Kata Nurin dengan nada perli.

"Hehe, waalaikumsalam. Ya tak ya juga kan."kata Mar sambil tersengih-sengih.

"Ha, tulah tak nyempat-nyempat Nurin nak duduk dah tanya soalan macam - macam." Perli Fia.

Mar yang mendengarnya hanya memutarkan bebola matanya sementara itu Nurin hanya tersenyum dengan gelagat rakan - rakanya.

"Ha, kita nak pergi mana ni Cik Nurin, lepas subuh terus call aku ajak pergi Johor, apahal ni." Kata Fia dengan pelik.

"Aku jumpa alamat ni dalam bilik stor rumah aku. Aku rasa macam ada sesuatu je pada alamat rumah ni sebab tu aku ajak kau pergi Johor." Kata Nurin dengan panjang lebar sambil menghulurkan kertas alamat itu kepada Mar, takkan nak bagi dekat Fia yang tengah memandu ye tak?.

"Oh! Tapi kau pasti ke ada sesuatu menarik dekat sini?" Tanya Fia sambil menjongketkan keningnya ala - ala Ziana Zain.

"Aku pasti!"

Tepat jam 12;00 tengah hari mereka sampai ke destinasi mereka iaitu alamat rumah yang Nurin bagi. Lantas mereka keluar dari kereta volkswagen merah Fia.

Nurin yang melihat rumah banglo dua tingkat itu berasa tenang walaupun rumah itu nampak lama kerana tiada orang yang mendudukinya.

"Jom kita masuk, lagipun rumah ni tak berkunci." Ajak Fia.

Nurin yang mendengarnya hanya mengiyakan saja. Lalu Nurin memulas tombol pintu rumah banglo itu. Nurin yang melihat keadaan dalam rumah itu berasa tenang lagi walaupun kebanyakan benda di dalam rumah itu hanya ditutupi kain putih.

Terus mereka bertiga masuk ke dalam rumah itu dan cari apa yang patut.

Sedang Nurin mencari benda, dia ternampak sebingkai gambar yang ditutupi kain putih. Rasa ingin tahu lagi kuat dalam dirinya. Baru ingin menarik kain putih itu, suara garau seorang lelaki menyapa mereka.

"Kauorang siapa hah!" Kata seorang lelaki dengan tegas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Say Hye to LoveWhere stories live. Discover now