BAB 17

86 1 0
                                    

Terkejut.. Tergamam.. Terkelu bila melihat gambar ditangannya kini.

"Awak ke yang polis uruskan pasal kawan saya ni? Tapi haritu kata dah tutup kes", dia pun bingung kenapa polis cepat tutup kes mengenai kehilangan Nurin.

"kes? ",serta merta keretanya diberhentikan ditepi.

"Ha ah awak polis kan? "

"Tak aku bukan polis"

"ta.. Tapi pistol tadi awak punya kan? ", dengan takut Sofia menyoal.

"ye aku punya",dingin saja Naufal menjawap.

"tu kawan kau kan? ", sambil membetulkan kedudukan mengarah Sofia.

"haah tapi ape kaitan dengan awak? "

"Dekat mana dia sekarang? "

Senyap. Tiada balasan dari Sofia, itu menimbulkan kegeraman pada Naufal.

"Aku tanya mana dia sekarang! ", tengking Naufal sehingga mengejutkan gadis itu. Terus dia menghentak stereng kereta dengan kuat

"Sa.. Saya tak tahu",takut gadis itu melihat sisi Naufal ini

Terus Naufal meraup wajanya. Salah dia juga tengking gadis dan buat gadis ditepinya ini takut.

"Sorry", lalu dia menyambung kembali memandu keretanya.

******
Kelihatan seorang remaja perempuan berjalan melalui jalan yang agak sunyi kerana jam pun sudah menginjak ke pukul 10.Terpaksa dia melalui jalan ini untuk beli makanan yang sudah lama dia craving.

Itupun dia sudah keluar dari rumah senyap-senyap dari pengetahuan bodyguardnya. Terasa ada orang mengekorinya menambahkan kegusaran dihati. Makanan yang berada ditangannya diperkemaskan lagi, terus dia memecut laju namun tiba-tiba jalannya disekat oleh dua orang lelaki dewasa.

"Tu chi sei? (Siapa korang? )",tanya gadis itu kepada dua orang lelaki yang memakai baju hitam dihadapannya kini

"Not so fast dear",ucap seorang lelaki yang baru muncul. Gadis itu tidak dapat mengecam muka kerana berada dalam gelap.

" Chi sei tu..tu! (ka.. Kau siap ha!) ",ucapnya lalu mahu mengeluarkan pisau yang berada dalam kot yang labuh itu.

"Prendila (Bawa dia) ",ucap lelaki misteri itu lalu pergi.

Terus si gadis mahu mengacukan pisau kepada dua lelaki tadi namun belum sempat dia mahu melangkah ke depan lagi, seseorang sudah menekup mulutnya dari belakang menyebabkan dirinya pengsan.

"Ti rovinerò Master Dan (aku akan hancurkan kau Master Dan)", ucapnya didalam kereta sambil tersenyum sinis sambil memerhati konconya melakukan kerja di luar.

Sehari suntuk Nurin hanya termenung saja, di.. Dia akan kahwin dengan penculik? Tapi dia mahu seorang suami yang boleh membimbingnya ke jalan yang benar.

Tapi ape dia boleh buat hanya berserah, mungkin ini sudah takdirnya. Kata-kata dari Daniel terngiang-ngiang lagi dalam fikirannya.

'nak atau tak nak memang aku akan kahwin jugak dengan dia', sambil menahan air mata dari keluar.

Sedang enak dia termenung dibalkoni itu tidak sedar kehadiran seseorang dibelakang.

"kejap lagi ada sorang lelaki datang, dia akan tolong kau pilihkan baju pengantin", ucap Daniel. Nurin yang mendengar ucapan Daniel lantas memalingkan mukanya

"lelaki? ",pelik juga lelaki pilihkan baju pengantin.

"lelaki dua alam",cukup ringkas namun boleh membuatkan Nurin berasa geli hati. ' pandai buat lawak jugak',getusnya.

Say Hye to LoveWhere stories live. Discover now