Mata dia terasa berat untuk dibuka. Namun bila dibuka terus saja mahu menjerit dibuatnya dengan mulut yang ditutup , tangannya di ikat di kerusi. Ya Allah apa yang berlaku. Desis hatinya.
Bunyi tombol pintu dipulas dari luar. Terus dia berpura-pura tidak menyedarkan diri.
Bunyi tapak kaki makin dekat. Nurin Arya tidak berhenti berdoa dalam hati. Dia juga terfikir apa salahnya sehingga diculik begini. Adakah mahu wang? Namun mahukah ibu bapanya ingin menyelamatkannya.
"Huh, aku akan perlahan-lahan seksa kau". Kata lelaki misteri itu.
"Kau tak payah nak pura-pura tidur lah perempuan. Baik kau bangun sebelum aku bangunkan kau".
Terus saja matanya dibuka apabila mendengar ugutan dari lelaki itu.
Buka saja mata terpaku sebentar melihat mata lelaki itu. Ya Allah, Nurin apa yang kau buat ni. jaga pandangan kau. Bisik hatinya.Terus dia menundukkan pandangannya. Lantas lelaki misteri itu memegang dagu Nurin Arya dan mengangkatnya. Lalu lelaki itu membuka kain yang ditutup di mulut Nurin Arya.
"Si..siapa kau?". Dengan berani Nurin bertanya.
"Aku? Huh kau tak perlu tahu cuma kau perlu tahu yang kau adalah tawanan aku dan milik aku". Jelas lelaki itu lagi.
"Aku akan balas apa yang korang telah buat pada parents aku!". Katanya dengan tegas lalu menumbuk meja di hadapannya.
"Dan korang yang mulakan jadi koranglah terima balasannya. Huh aku rasa kau sama je macam perempuan yang dekat luar. So tak payah nak berlagak kau suci". Katanya dengan sinis.
"jadi... Kau tak perlu pakai tudung ni" . Dengan kasar dia menarik tudung Nurin.
"Aw..awak tolong jangan. Awak bukan mahram saya.hiks..hiks". Nurin rasa berdosa kerana aurat yang dijaganya telah dilihat oleh bukan mahramnya.
Daniel yang mendengarnya terasa lucu. Baginya perempuan yang dihadapanya ini hanya sebagai perempuan murah yang bajet ALIM.
"Pandai kau berkata bab agama ni ye. Tapi setahu aku perempuan macam kau hanya tahu BERFOYA dengan lelaki". Sinis Daniel.
Nurin mahu membalasnya namun tidak terluah dari bibirnya kerana jika dia membalasnya mungkin lelaki ini lagi marah. Tengok dari percakapan sudah tahu lelaki ini mungkin kejam. Fikir Nurin.
"Kenapa kau senyap? Hahaha jadi betul lah kau ni perempuan murah. Tak hairanlah kau macam ni sebab bapak kau pun jahat". Kata Daniel yang berbisik di tepi telinga Nurin.
"Jadi kau duduklah diam-diam dekat sini . And kau tak payah sakitkan tekak kau dengan menjerit sebab kawasan ni terpencil jadi tak ada orang". Terang Daniel sambil tersenyum sinis. Dia rasa perbuatan menculik Nurin akan mengugatkan kedudukan si 'dia'.
Nurin menganggap lelaki itu misteri kerana dia tidak dapat mengecam wajah kerana kawasan bilik yang didudukinya gelap dan hanya sepasang mata yang cantik terlihat.
Setelah Daniel keluar dari bilik gelap itu. Terus Nurin berasa lega sedikit walaupun dia masih berada dalam tawanan Daniel .
Nurin hanya melihat tudungnya yng sudah dikoyakkan oleh lelaki misteri tadi. Kelopak matanya rasa panas, tunggu masa sahaja untuk tumpah. Hendak diambil namun tangan yang diikat menghalangnya untuk bergerak. Bahunya sudah terhinjut-hinjut menahan esakan bila teringat dia belum lagi menunaikan solat. Mungkin sekarang sudah malam.
Nurin hanya berharap ini hanya mimpi NAMUN ini lah kenyataan yang harus dia terima mulai sekarang. Apakah nasibnya selepas ini. Adakah lelaki misteri tadi akan membunuhnya?.
YOU ARE READING
Say Hye to Love
Romance[ 1 ] First book 📕 "Aku akan balas ape yang korang dah buat pada parents aku", Daniel "si.. Siapa kau? ", Nurin "Adik tunggu abang, abang akan ambil balik adik dari 'dia' ", Naufal ** "Aku akan jaga kau dengan baik sebab kau adalah separuh nyawa...