BAB 9

92 5 0
                                    

"Bos, kerja kita lagi senang sebab orang tua tu tak ada dekat sini sekarang".

"Huh, kalau macam tu hari ni juga kita selesaikan". Sambil tersenyum sinis.

Dia akan perlahan-lahan hancurkan orang tua itu walaupun dengan cara lembut ataupun susah.

******

"Nurin bangun nak. Dah subuh, Nurin mandi lepastu pagi solat ye". Kata Mak Leha dengan lembut.

Nurin Arya hanya mengiyakan saja. Lalu Nurin Arya mengambil tuala mandi lantas pergi ke arah bilik mandi.

Selesai saja Nurin Arya mandi dan solat terus Mak Leha mengajaknya untuk bersarapan.

"Hai Mak Leha. Erm Mak Leha masak ape je ni? Wow bihun goreng". Dengan teruja Nurin arya berkata lalu menarik kerusi untuk duduk.

"Apa yang nak wow nya Nurin oii. Mak Leha masak bihun goreng je bukan masakan western pun". Jawap Mak Leha.

"Apa yang Mak Leha masak semua sedap dan wow. Hehehe".

"Erm Nurin".

"Aah Mak Leha. Kenapa ni". Lantas meletakkan sudu di dalam pinggan yang masih terisi bihun goreng.

"Pasal malam tadi , Nurin..".

"Jangan risaulah Mak Leha. Nurin okay je ni. Ha tengok muka Nurin happy je kan. Nurin tak nak fikir la pasal semalam dan Nurin akan jauh dengan dia bila terserempak dengan dia okay". Sambil memegang tangan Mak Leha.

Mak Leha hanya mengangguk. Sungguh tabah hati Nurin walaupun banyak yang sudah di laluinya. Dia tetap tersenyum. Mak Leha hanya melihat Nurin makan sambil tersenyum. Dia kenal Nurin sejak kecil lagi . Dulu Dato zikri dan Datin Rohani amat sayang akan Nurin namun semuanya berubah seratus peratus semasa Nurin berumur 8 tahun.

Mak Leha tidak tahu apa sebab Nurin dibenci sebegitu oleh ibu bapanya sendiri. Cuma dia dapat rasakan yang Dato Zikri dan Datin Rohani amat tidak menyukai Nurin.

"Mak Leha kenapa termenung je tu. Makan lah". Tegur Nurin Arya.

" Ha ye lah Nurin. Maaflah termenung pula. Hari ni Nurin ada nak pergi mana?". Tanya Mak Leha.

"Nurin ingat nak pergi barang kejap. Kenapa Mak Leha ada nak kirim apa-apa ke?". Kata Nurin Arya sambil menjongketkan keningnya.

"Mak Leha nak kirim ubat la Nurin. Mak Leha rasa tak sedap badan pulak hari ni". Sambil memicit pelipisnya.

"Kenapa Mak Leha tak bagitahu Nurin. Mak Leha sakit apa? Kesian kat Mak Leha". Kata Nurin Arya dengan nada risau.

"Mak Leha okey je. Nanti belikan ubat untuk Mak Leha ye".

Nurin Arya hanya menganggukkan kepalanya. Sungguh dia risau akan orang tua di depanya ini. Jika tiada Mak Leha mungkin dia tidak akan setabah ini.

******

"Okaylah. Nurin pergi dulu ye. Mak Leha jangan buat kerja yang berat dulu, tinggalkan kat Nurin je. Nanti balik Nurin buat okay".Kata Nurin Arya . Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati hari ini. Rasa tidak mahu keluar pun ada namun terpaksa cekalkan hati juga .

"ye lah Nurin oii. Nurin nak pergi dengan siapa ni?".

"Nurin pergi sorang je sebab Fia dengan Mar ada kerja masing - masing sekarang ni. Lagipun Nurin okay je naik teksi. Mak Leha janganlah risau nanti kesihatan Mak Leha pula terjejas". Sambil memegang tangan Mak Leha.

"Mestilah Mak Leha risau kalau jadi apa-apa dekat Nurin. Mak Leha juga susah hati tau. Mak Leha ada Nurin je". Sambil memeluk Nurin Arya. Sungguh berat hati tuanya membenarkn Nurin pergi.

"Alala Mak Leha janganlah nangis. Nurin pun rasa nak nangis juga ni". Kata Nurin Arya.

Selesai Nurin menyalami Mak Leha terus dia menaiki teksi yang sudah menunggunya.

"Bos dia dah jalan".

" kau ikut je dia. Kalau ada peluang kau terus selesaikan . Ingat buat sampai CLEAR". Kata lelaki itu dengan nada tegas.

"Okay bos. Mir kau ikut kereta depan tu". Arahnya.

Lelaki yang bernama Mir itu hanya menganggukkan kepala saja.

"Kau halang kereta dia. Tu perempuan yang Bos nak".

"Okay . Lepastu kau pergi ambil perempuan tu dalam kereta".

Hati dia makin risau. Entah kenapa namun dia hanya berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku.

Skrettt!

Bunyi brek teksi yang dinaik Nurin Arya amat kedengaran di tepi jalan itu. Hati dia semakin risau bila ada kereta jenis Honda Civic hitam menghalang laluan kereta teksi itu.

Bila saja orang yang berada dalam kereta itu keluar terus dia rasa ringan saja kaki untuk melarikan diri. Entah kenapa tapi dia rasa lelaki itu hendak pergi je arahnya.

Belum sempat dia hendak melarikan diri, terua saja pergelangan tangannya di pegang dan ditarik oleh lelaki itu. Ya dia amat takut sekarang, dengan tubuh sasa lelaki itu dan tubuh kecilnya tidak setanding.

"Kau diam sebelum peluru aku masuk dalam kepala kau. Baik kau diam perempuan. Huh Bos aku mungkin suka kau untuk jadikan perempuan simpanan. Hahaha". Kata lelaki itu dengan sinis.

Nurin Arya yang mendengarnya tertanya-tanya. Siapa bos dia itu? Setahu dia tiada kenalan lelaki kerana dia seorang yang agak segan hendak bercakap dengan lelaki.

Namun belum sempat Nurin Arya hendak menanyakan soalan terus lelaki itu menekup mulutnya. Terasa matanya berat dan perlahan-lahan dia menutup matanya dan terua rebah.

Terus lelaki itu mengangkat Nurin Arya dan di masukkan ke dalam keretanya.
Pemandu teksi yang melihatnya tergamam dan terpaku. Kes penculikan kah ini?

Baru hendak capai telefon yang berada di tepinya terus lelaki tadi mengambil telefonnya dan mencampaknya di jalan raya.

"Kau jangan macam-macam. Nah ni duit aku rasa cukup untuk tutup mulut kau". Sambil mencampak duit yang terisi dalam sampul.

Tanpa melengahkan masa terus pemandu teksi itu mengambil duit yang dicampak tadi. Sekarang duitlah segala-galanya hanya kerana duit juga sanggup mati gadaikan nyawa.

******

Lenanya terasa terganggu dengan orang yang mengetuk pintu di luar. Walaupun mereka Mafia namun adab tetap terjaga supaya anak buah mereka tidak akan memijak kepalanya dan menghormati ketua mereka.

"Yes".

"Bos, aku dah jumpa mana orang tua tu duduk tapi sekarang dia tiada di sini".

"Huh, sekarang aku nak kau cari tentang adik aku pula. Hal orang tua tu aku akan selesaikan lepas aku ambil balik adik aku dari tangan 'dia'. Sekarang aku nak kau siasat betul- betul mana adik aku Carlos".

"Okay Bos".

Terus saja Naufal Aryan meninggalkan bilik itu dan masuk ke arah keretanya.
Masuk saja dalam kereta terus dashboard dibuka dan seutas rantai di ambil. Inilah rantai yang akan bolehkan dia berjumpa balik dengan adiknya. Walaupun dia tidak menyukai sangat rantai namun dia tetap menyimpan rantai ini kerana rantai ini amat berharga untuknya.

"Adik tunggu abang. Abang akan ambil balik adik dari 'dia'". Bisik hatinya.

...................

Say Hye to LoveWhere stories live. Discover now