BAB 15

108 1 0
                                    

"emm kenapa kau nak kita kumpul dekat sini? ", tanya Lorenzo memecahkan kesunyian antara mereka.

Yang berada di dalam bilik itu sekarang adalah Daniel,  Naufal, Adrian,  Lorenzo,  Azim dan beberapa anak buah mereka.

"huh korang akan suka ape yang akan aku tunjuk kejap lagi ", dengan sinis Daniel berbicara.

"Eddy!  Bawak orang tu masuk ", laung Daniel dari bilik itu.

Terus bilik mereka dirempuh oleh Eddy sambil membawa seseorang yang sudah berlumuran darah di muka dan tangan. Eddy menolak kasar tubuh lelaki itu di lantai berhadapan dengan mereka semua.

"siapa ni Niel? ", tanya Adrian selepas membuka matanya namun masih lagi duduk di sofa itu. Walaupun hubungannya dengan Daniel tidak agak baik tapi dia cuba sekarang untuk slowtalk dan berbaik dengan Daniel lagi.

"aku dah tahu sape pedajal pasal dadah tu", mendatar saja jawapam Daniel lalu sebungkus dadah yang berwarna merah (lantak je tu)  dilempar di atas meja.

Lalu Lorenzo menghampiri dan mengambil bungkusan itu.

"Crystal red",ujarnya dengan perlahan namun boleh didengari oleh semua orang dalam bilik itu. Sebahagian mereka tercengang, ingat semua mafia tahu ke pasal dadah kalau mereka pun tidak terlibat dengan benda tu. (main hentam je nama dadah tu)

"yes Crystal Red. Dadah yang paling bahaya sekarang sebab dia terus menyerang otak dan boleh buat seseorang jadi gila sehingga otak akan mengalami pendarahan dan akhirnya.. ", terang Daniel namun seseorang menyambung percakapannya.

"mati",sambung Naufal dengan tenang. Semua mata tertumpun ke arahnya. Dia hanya buat muka 'ape'.

"okey jadi ape kaitan laki ni dengan dadah yang kau bawa Niel? ",tukas Adrian lalu semua mata pula tertumpu ke arahnya pula.

"Dia adalah salah sorang konco Deluca di Malaysia. Ye yang sabotaj kita di Itali juga Deluca yang buat dan sekarang bila dia tahu kita di sini, mereka nak kenakan kita lagi",ujar Daniel dengan tegas.

"Aku dah agak", ujar Lorenzo dengan keras sambil menggepal tanganya.

"Tapi dadah ni sangat bahaya dan kenapa dia orang nak hasilkan jugak? ",soal Eddy yang ingin tahu.

"dadah ni khas untuk hospital sakit jiwa sebab ramai orang gila dekat sana sebenarnya masih waras tapi sebab kekejaman mereka dan keuntungan mereka naklah jadi macam ni. Jadi dah banyak hospital luar negara sudah guna maybe dadah ni pun dah sampai dekat Malaysia", terang Lorenzo dengan panjang lebar.

"Jadi ape yang kita nak buat dengan laki ni? ", tanya Naufal sambil menunjuk ke arah lelaki yang sudah terbaring di lantai dengan lemah.

Daniel yang mendengarnya terus tersenyum sinis begitu juga dengan yang lain.

Selesai saja urusan mereka dengan lelaki itu,  terus semua bersurai. Mayat lelaki itu pula diuruskan oleh anak buah Daniel.

Masing-masing membersihkan diri dan yang tinggal sekarang dalam bilik ini hanyalah Daniel dan Adrian.

"Niel",panggilnya dengan perlahan.

"perempuan tu ada kaitan ke dengan pembunuh parents kau? ", terpancul saja soalan itu terus Daniel menghentikan kerjanya sebentar.

Pisau dan pistol yang berada di tangannya diletakkan perlahan-lahan di rak,  agak tersentak dengan soalan dari Adrian tadi.

"bukan urusan kau", jawap Daniel dengan dingin.

"hey kau cousin aku mesti lah aku kena ambil tahu jugak"

"Tapi ni urusan aku,  jadi kau tak payah masuk campur"

"tak Niel,  aku kena masuk campur,  mana perempuan tu sekarang? Kau simpan dekat mana? "

"Aku sayang kau Niel sebab tu aku ambil berat pasal kau"

"dan aku tak nak kau menyesal di kemudian hari",perlahan saja ucapan Adrian itu.

"Takpe,  aku tahu mana yang betul",mendatar saja jawapannya.

"Tapi boleh aku tahu dekat mana kau simpan perempuan tu? ",soal Adrian.

"dekat rumah ni",ringkas saja jawapan Daniel.

'laa simpan dekat sini je ingatkan kena kurung dekat mana', bisik hati Adrian.

Seseorang yang mendengar perbualan mereka sudah tahu kenapa terjadinya pergaduhan antara mereka.

'tchh pasal perempuan rupanya korang bergaduh',gelak Naufal dalam hati.

Jadi betulah tekaannya tadi dia tengok ada beberapa helai baju perempuan dalam mesin basuh, dia tanya pembantu tadi katanya dia tidak tahu tapi sudah banyak dirinya disuruh basuh baju perempuan tapi batang hidung tak pernah tengok.

Tapi kenapa Niel nak kurung perempuan tu pulak. Fikir Naufal lagi.

"weh kau dah bagi dia makan ke? ", tanya Eddy kepada Azim semasa melintasi Naufal.

"Tak bukan aku yang bagi,  Master sendiri yang bagi tadi",jawap Azim. Hilang saja mereka dari pandangan Naufal terus mata Naufal memerhati sekeliling rumah milik Daniel.

'Betulke ada perempuan dekat sini? ',bisik hatinya.

"Eh kenapa aku pulak yang susah nk fikir ni,  aku pun ada misi nak buat lagi",ucapnya dan terus berlalu keluar dari rumah yang agak terpencil dari orang lain.

******
Bau hanyir darah pada bajunya sangat menusuk di hidung sehinggakan gadis yang sedang tidur atas katil itu turut bangun.

"Sa.. Sape tu.. Eh awak? ",kalut saja Nurin mencari sesuatu untuk menutup kepalanya.

Daniel membuang baju yang sudah dibasahi darah orang tadi dan membuangnya dalam bakul kain. Persoalan dari gadis itu dibiarkan saja bagai angin berlalu.

Siap saja Daniel mandi dan keluar dari bilik itu menambahkan ketakutan pada diri Nurin.

'kenapa dia nak masuk dalam bilik ni? Selalunya tak pernah kecuali ada sesuatu.. Jap sesuatu', terus pucat muka Nurin bila memikirkan perkara itu.

"Kau jangan fikir bukan-bukanlah",lalu melemparkan tuala yang digunakan selepas mandi tadi ke muka Nurin.

"kurang asam",ucapnya perlahan namun Daniel boleh mendengarnya lagi.

"Ape kau cakap tadi",ucap Daniel sambil mendekatkan diri dengan Nurin di atas katil. Rambut yang masih basah lagi menambahkan kekacakan pada Daniel.

"ta.. Tak saya tak cakap ape-ape pun",lalu menundukkan kepalanya.

'macam mana kau boleh terlepas cakap ni Nurin', getus hatinya.

"Aku datang sini sebab aku malas nak naik bilik aku lagipun baju aku masih ada dalam bilik ni",terangnya.

'eh pandai pulak kau bercakap siap bagi jawapan penuh lagi Niel,  ahh persetankan semua ',perang hati Daniel.

"emm,  okey then boleh awak keluar",pintanya dengan lembut. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni Daniel selalu baik dengan dia tak macam dulu dan kenapa dia masih dikurung pun dia belum tahu lagi kenapa.

"Kenapa aku nak keluar kalau ni bilik aku jugak",ucapnya dengan menggoda.

"lagipun hukuman untuk kau,  aku tak bagi lagi,  apa kata kau... "belum sempat Daniel menghabiskan bicaranya terdengar esakan gadis itu.

"Maafkan saya sebab hiks.. Hikss tak dengar cakap awak hari tu tapi jangan hiks.. Hikss buat saya macam ni",ucapnya sambil menangis.

Taulah Daniel mesti gadis ini fikir bukan-bukan.

'ah,  tapi memang tu salah satu hukuman kau kena bagi dekat dia, ingat Niel dia ni anak pembunuh parents kau', bisik hatinya, seakan-akan ada sisi jahat yang menghasutnya untuk berbuat jahat kepada gadis ini.

~~~~~~

Tak terlalu awal kan untuk mereka berjumpa dan rahsia terbongkar kan?

Say Hye to LoveWhere stories live. Discover now