"Kau berangan ape tu budak?". Tanya Daniel.Pertemuan kali kedua dia dan Daniel. Nurin hanya menundukkan kepala,tidak berani dia bertentang mata dengan Daniel.
"Aku tanya lagi sekali. Kau berangan ape?".Bisik Daniel ditepi telinga Arya. Terdengar sangat dekat desahan nafas milik Daniel ditelinga Nurin .
"Ta..tak ada ape-ape".
"Ni aku bawakkan makanan untuk kau". Aku tak kejam lagilah nak bagi perempuan ni kebulur, tak puas nak sakitkan lagi.
"Emm, kenapa awak tengok saya macam tu". Dengan takut Nurin bertanya.
Sepi. Hanya itu balasan yang dia dapat, Nurin merasakan aura pada lelaki ini lebih menakutkan dari yang lain.
"Eh, apa yang awak nak buat ni". Kalut Nurin mengatakan sambil menjauhkan kepalanya dari disentuh oleh Daniel, makanan pun belum habis dimakan lagi.
"Kau lagi cantik kalau tak bertudung". Katanya dengan suara yang menakutkan sambil menggosok kepala Nurin yang berlapik tudung itu.
Hari itu rasanye dia sudah buang tudung dikepala Nurin, hari ini dia elok bertudung pula.
Reaksi Nurin pada ketika itu hanyalah menundukkan kepala sambil menggigit bibir bawahnya itu. Takut dan gerun untuk menatap wajah Lelaki itu yang memandangnya dengan tajam walaupun wajah itu tampan dan boleh mencairkan hati mana-mana wanita.
Tanpa berkata apa-apa terus Daniel keluar dari bilik itu. Belum sempat dia memulas tombol pintu , percakapan Nurin menyentakkan dirinya.
"Walau apa pun alasan awak culik saya, saya harap hidup saya tak berakhir disini se.. Sebab saya.." .Malas dia hendak mendengarnya lagi terus dia keluar tanpa menoleh ke belakang.
".. nak tahu siapa diri saya sebenarnya" Sambung Nurin lagi walaupun dia tahu lelaki itu tidak mendengarnya.
******
"Non muoverti! altrimenti sto sprando ( Jangan bergerak! Jika tidak aku tembak) ", ujar seorang lelaki Itali yang memakai hooddie dan mask di muka." Chi Sei? Come osi voglio spararmi (kau siapa? Berani kau nak tembak aku) ", balas Adrian dengan sinis walaupun lelaki itu sedang mengacukan pistol di kepalanya dia tidak berasa gentar langsung.
Cuma dia pelik macam mana Lelaki yang berbicara dalam Bahasa Itali ini boleh berada dirumah daddynya sekarang. Mahu kata orang Malaysia tetapi dari segi percakapannya memang pekat dengan bahasa Itali itu. Mungkin musuhnya?
Bang!
Terus Adrian dan lelaki misteri itu melihat ke arah gerangan yang menembak pasu dihadapan mereka.
" lascia cadere la tua arma! O io non esitare rompi la testa (turunkan senjata kau! Atau aku tak teragak-agak pecahkan kepala kau", dengan tegas dia berkata.
"Niel"
"Master Dan"
Ujar mereka serentak. Terus Adrian mengunci tangan lelaki misteri itu sementara dia terleka sebentar.
"auchhh, lepaslah, aku ni Lorenzo", ujar lelaki Itali itu yang dikenali sebagai Lorenzo sambil membuang mask dimukanya.
"Lorenzo? "
Ujar Daniel dan Adrian serentak.
******
"Eh, Lorenzo! Kau buat ape dekat sini bro? ", Dengan pantas Naufal berlari ke arah Lorenzo yang berada di sofa rumah Tuan Mike William.
"Emm, aku ada tugas dekat sini mungkin berkaitan dengan korang jugak", Ujar Lorenzo yang juga fasih berbahasa Melayu. Setelah mengenali mereka bertiga, Lorenzo mula belajar bahasa Melayu walaupun dia seorang polis Itali yang agak terkenal namun bersahabat dengan mafia terkenal tidak salah kan?
"Berkaitan dengan kitaorang? ", Tanya Adrian dengan pelik.
"Aku terima laporan dekat Itali yang korang ada satu tempat pembuatan dadah dan dadah tu sangat bahaya terumatanya untuk kanak-kanak sebab kesan dia sangat cepat berbanding dengan dadah lain", dengan tegas Lorenzo berbicara.
"Tapi aku tahu, ini mungkin perangkap Lucas", sambung Lorenzo lagi. Ye Lorenzo sudah mengenali mereka bertiga mafia yang tidak membekalkan dadah tapi bukan pada Lucas.
"Kenapa Lucas bukan macam kau. Kata kembar tapi perangai lain-lain", dengan selamba Adrian berkata.
"Itu hidup dia. Dia yang pilih nak jadi mafia, aku tak suka lagipun dia mafia yang bekalkan dadah ikut sangat arahan papa aku"
Mereka yang mendengar hanya mampu mengeluh. Lucas adik kembar Lorenzo juga musuh utama mereka tapi si abang pula kawan rapat dengan diaorang. Sudah banyak kali Lorenzo ingin menangkap Lucas tapi tidak berjaya. Sudah banyak tahun mereka tidak bersua muka.
"Jadi sekarang kau nak tinggal dekat mana", Ujar Daniel menghembus asap rokok.
"Master Dan tidak berubah ye? Masih merokok lagi", Dengan sinis Lorenzo berbicara.
"Em, apa kata aku tinggal dengan kau je Master Dan? ", sambil menjongketkan keningnya.
Kenapa Master Dan? Daniel dikenali di dunia mafia dengan panggilan Master Dan.
"Kau tinggal dekat sini boleh je, tak salah pun", Ujar Adrian dengan mendatar terus dia keluar dari rumah itu.
Seterusnya Daniel pula keluar dari rumah itu. Suasana ketegangan tadi sudah mulai hilang.
"Nampaknya korang masih tak berbaik", dengan perlahan Naufal berbicara.
" Cosa Intendi Master Ryan? (ape maksud kau Master Ryan?) " celah Lorenzo.
"em tak ada apelah",
"Eh bukan ke ni first time kau datang sini. Jom kita ronda-ronda dekat sini", ajak Naufal sambil menukar topik.
"Mafia macam kau pun nak ronda-ronda jugak ye. Tak ade kerja ke kau ni"
"Ha ah, memang aku takde kerja jadi kau ikut aku. Aku nak bawak kau ke suatu tempat", terus Naufal keluar dari rumah itu. Lorenzo pula hanya mengikut di belakang.
******
"Jadi ni la tempat kau nak bawa aku sangat ni, tapi apa yang best dengan rumah kosong ni ?", Matanya asyik memerhati segenapa kawasan rumah itu.
"Lorenzo Deluca, hurm kalau kau nak tahu ini la rumah aku dulu. Rumah yang dulu penuh gelak ketawa dari keluarga yang sangat bahagia ta.. Tapi",Sambil mengepal tanganya menahan amarah. Matanya juga menahan dari air mata keluar.
"Ma cosa? (tapi apa?) ", tanya Lorenzo sambil menyilang tangannya dan menyandarkan badannya di kepala kereta Audi R8 hitam
" Dia musnahkan kebagiaan kami. Aku tak akan maafkan 'dia'. Sebab 'dia' juga aku terpisah dengan adik aku", matanya kini penuh dengan dendam. Dia tak akan lepaskan orang yang sudah buat hidup mereka sekeluarga merana.
Lorenzo yang mendengarnya hanya menjongketkan kening tapi dia sudah agak siapa yang dimaksudkan oleh Naufal.
~~~~~~~~~~
YOU ARE READING
Say Hye to Love
Romance[ 1 ] First book 📕 "Aku akan balas ape yang korang dah buat pada parents aku", Daniel "si.. Siapa kau? ", Nurin "Adik tunggu abang, abang akan ambil balik adik dari 'dia' ", Naufal ** "Aku akan jaga kau dengan baik sebab kau adalah separuh nyawa...