BAB 21

122 3 0
                                    

"Macam mana dia boleh ade dekat situ ha! ", Ucapnya dengan tegas dan tajam saja mata helang dia memandang semua anak buahnya yang tertunduk.

Ini la salah satu sebabnya Sam tidak mahu memberitahu location last Bella semasa ketua mereka di Malaysia.

" Scusate Master ( maaf Master)", hanya itu saja terungkap dari mulut Sam.

"Dia keluar senyap-senyap lagi kan",teka Daniel.

Haih salahnya juga sebab terlalu melindungi adik angkatnya sampaikan gadis tu nak keluar pun dia tak izinkan.

"Ni memang salah aku kan Sam", terus dia duduk semula dikerusi.

Sam menghantar pandangan ke arah konco-konco lain untuk meninggalkan mereka berdua saja.

"Tak Master tak pernah salah, tu untuk kebaikan Cik Bella juga", ucap Sam.

"Kalau aku tak ambil dia masuk dalam keluarga William memang dia tak akan terima nasib cam ni ", ucap Daniel dengan penuh kesal.

"Aku tak setuju. Master kena ingat yang Master dah selamatkan dia dari manusia-manusia durjana tu. Kalau Master tak ambil dia maybe dia sekarang dah jadi...", Ujar Sam yang tidak dapat menyambung lagi ayatnya.

"Tapi ape yang pasti, kami akan usaha lebih lagi nak cari location Cik Bella"

"ASAP Sam", tegas Daniel.

Sam yang mendengar ucapan Daniel terus menganggukkan kepala.

******
"Lim, kau kena jual budak ni jugak", ujar seorang perempuan yang berumur 30-an sambil memperkemaskan sanggulan rambutnya.

"Tapi dia anak aku, aku tak boleh"

"hey kau kena ingat hutang kau dengan aku banyak lagi. Satu je jalan penyelesaian yang terbaik adalah jual anak kau", tengking perempuan itu.

Budak perempuan yang berumur 10 tahun yang berada disamping bapanya terkejut dengan suara perempuan itu lantas memeluk kemas tubuh bapanya.

"Tolonglah anak aku kecik lagi, kau nak dia buat kerja terkutuk tu ke",Ucap Encik Lim atau nama Islamnya Muhammad Rizwan.

Dia adalah seorang mualaf yang setelah bertemu jodoh dengan Baizura seorang wanita melayu tulen.

Namun kebahagiaan mereka tidak kekal lama apabila isterinya telah meninggal dunia minggu lepas dan perkara yang dia menyesal adalah dia telah meminjam duit daripada seorang perempuan yang bernama Mei.

Fikirnya perempuan itu baik namum sangkaannya meleset perempuan itu adalah Bos dari salah satu rumah pelacuran.

Dia pinjam duit pun untuk merawat pembedahan isterinya namun tidak berjaya dan sekarang perempuan itu sudah mahu mengutip hutangnya.

"Ak.. Aku akan bayar duit kau tapi tolong jangan ambil anak aku",rintih Encik Lim lalu melutut dihadapan perempuan itu.

"Kau tak perlu susah-susah Lim,  serahkan anak kau dan kau hidup senang tanpa gangguan kami lagi",ucapnya lalu mendekati budak perempuan itu, diusap kepala budak itu dengan perlahan.

"Anak kau cantik jadi mesti lepas ni dia boleh tolong kau",ujar Mei.

"Tak aku tak bagi, kau kena langkah mayat aku dulu", lalu badan anaknya ditarik ke belakang.

"Haishh kau degil kan. Korang settelkan lelaki ni",arahnya kepada beberapa konconya lalu ditarik kasar lengan budak perempuan tu.

"No Bella",jerit Encik Lim sebelum dibelasah teruk oleh tiga lelaki .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Say Hye to LoveWhere stories live. Discover now