◇ 1 ◇

66 5 0
                                    

Suasana di Cafe Serdia tenang apabila pelanggan-pelanggan di kafe tersebut hanya terdapat beberapa orang sahaja Jam baru menunjukkan pukul 8 pagi. Masih awal lagi. Keadaan yang tenang dan aman itu musnah dengan jeritan seseorang secara tiba-tiba.

"Hai sayang-sayangku sekalian. I MISS YOU GUYS SO MUCH!!," jerit Puteri sebaik sahaja melangkah masuk ke kafe moden tersebut. Di bibirnya tersungging senyuman manis.

Rata-rata pelanggan yang dapat dikira dengan tangan memandang ke arahnya. Puteri hanya membuat muka selamba. Tidak dipeduli dengan pandangan-pandangan sinis mereka. Dia berjalan menuju ke arah sekumpulan manusia yang memandangnya tajam. Sebaik dia melabuhkan punggungnya di kerusi, hinggap satu cubitan kuat daripada insan di sebelahnya.

"Hey!! Asal kau cubit aku?!, " tanya Puteri sambil menggosok lengannya yang dicubit. Puteri menjeling Nadzirah dengan tajam sekali.

"Kau tau tak yang kau dah memalukan kitorang?? Datang dengan jeritan. Kan dah kena dengan aku," balas Nadzirah. Langsung tidak dipeduli sakit yang ditanggung sahabatnya itu.

"Fine," balas Puteri perlahan beserta muncung yang agak panjang.

"Hoi!! Kau merajuk ke wei?? Hok aloh...Hodoh siak muka kau aku tengok," Izzah menegur apabila melihat muncung Puteri. Mungkin bukan teguran tapi sindiran!

"Eiii..Aku benci kau, Ijah," Puteri berkata sambil tersenyum.

"Bencilah benci. Lama-lama jadi sayang. HAHAHA," Izzah membalas dengan ketawa yang kuat. Lantas itu, kepalanya ditolak ke tepi oleh seseorang.

"Kau pun sama je. Memalukan," Aisyah yang sedari tadi mendiamkan diri membuka mulutnya.

Mereka berempat memang begitu sejak dahulu lagi. Setiap pertemuan mereka pasti akan ada pergaduhan kecil. Tidak dapat dipisahkan lagi apabila perangai masing-masing tidak matang. Oleh sebab itu, masing-masing masih tidak mempunyai kekasih hati. Siapa sahaja yang mampu melekat dengan mereka?? Mahu pekak telinga mendengar jeritan mereka lagi-lagi jeritan daripada Puteri.

"Sampai bila korang nak bergaduh ni??," sampuk Hafiz apabila bosan melihat pertelingkahan mereka daripada tadi.

"Betul tu. Kami bukan tunggul ye kawan-kawan sekalian," Amriy pula bersuara melampiaskan ketidakpuasan hatinya.

"Hmm..yelah yelah. Sorry," Puteri pantas sahaja meminta maaf bagi pihak mereka berempat. Tidak tahan mendengar bebelan daripada lelaki-lelaki tidak cukup umur itu.

"Uuuu...Put kalau dengan Amriy laju je dengar kata dia. Cuba kalau kita Hafiz ?? Haram sampai sudah dia buat bodoh je," Fauzi mula mengeluarkan tanduk di kepalanya.

"Dah-dah. Kalau kita still bercakap je dari tadi, bila kita nak tengok wayang ni ??," pantas saja Amriy bersuara mengelakkan gosip-gosip panas daripada tercetus.

Apabila melihat Amriy yang sudah berlalu meninggalkan Cafe Serdia, pantas mereka yang lain membontotinya. Tidak mahu ditinggalkan.

Setibanya di panggung wayang, si gadis menyerahkan tanggungjawab membeli tiket kepada si jejaka manakala mereka berempat membeli snek ringan untuk mereka nikmati semasa menonton cerita nanti.

Setelah selesai, mereka mula bergerak ke bilik yang telah ditetapkan. Masing-masing mula mengambil tempat. Keadaan mula bertukar sepi apabila cerita mula ditayangkan.

◇◇◇

"Hanna... Tu bukan Put dengan kawan-kawan dia ke?? Dorang buat apa dekat sini??," tanya Narra yang sedang menikmati keenakan Cool Blog di tangannya.

"Eii kau ni. Mana lah aku tahu. Pergi ah tanya kalau nak tahu," Hanna membalas tidak acuh sahaja.

" Jomlah " pantas Narra menarik lengan Hanna untuk mengikutinya. Cool Blog di tangan dibuang ke dalam tong sampah. Tidak mahu bergaduh bersama Cool Blog di tangannya.

"Wei!! Korang buat apa dekat sini??," laju kata-kata meluncur keluar dari mulut Hanna. Sungguh tidak sopan menegur orang sebegitu.

"Eh!! Haii korang. Dah lama tak nampak. Tak sangka jumpa dekat sini," Puteri menegur kembali mereka tetapi dengan suara yang lebih ceria dah bersama senyuman di bibirnya.

"Betul tu!! Ada jodoh lah kita ni," Izzah menyampuk sambil tersenyum suka.

Nadzirah dan Aisyah hanya memerhati tetapi sempat mereka memberikan senyuman yang manis kepada Hanna dan Narra.

"Tolonglah!! Kitorang ni tak ada masa nak bermesra alam dengan korang. Korang ni tak layak nak berbaik dengan kitorang. Ingat balik apa yang korang buat dekat aku dengan Hanna. Dah lah. Kitorang blah dulu. Tak nak lama-lama. Semak!!," setelah puas menghamburkan kemarahannya, Narra menarik tangan Hanna meninggalkan Puteri dan yang lain dalam keadaan terpinga-pinga.

"Hanna dengan Narra masih ingat apa yang jadi tu salah kita ke??," Puteri membuka mulutnya bertanya apabila masing-masing mengambil keputusan untuk berdiam diri.

"Kenapa dorang berdua tak pernah nak tanya kita apa yang jadi?? Kenapa kena percaya apa yang orang lain cakap??," Nadzirah pula bertanya tanpa menjawab soalan Puteri. Nadanya kedengaran sedih sekali.

"Dah lah tak payah kita nak fikir sangat. Nanti bila dorang dah tahu apa yang jadi sebenarnya, aku hope dorang berubahlah. Dah jom, cari Amriy, Hafiz dengan Fauzi," Aisyah pantas berkata. Tidak mahu masing-masing mengikut perasaan yang sedih. Lebih baik mereka mencari Amriy, Hafiz dengan Fauzi. Mereka berpisah apabila selesai menonton wayang sebentar tadi.

"Jomlah!! Lepas tu kita makan. Aku lapar," Izzah berkata sambil menggosok perutnya. Menunjukkan bahawa dia benar-benar memaksudkan apa yang diperkatakan.

"Better kita pergi cepat. Nanti ada monster yang mengamuk," Nadzirah dan Puteri tergelak mendengar bicara Aisyah.

Puteri mengeluarkan handphone nya dan menghantar pesanan ringkas kepada Fauzi mengatakan bahawa mereka menunggu di Pizza Hut. Mereka mengambil tempat yang sedikit terselindung di dalam Pizza Hut. Pesanan telah dibuat. Sementara menunggu pesanan mereka siap, mereka membawang tentang beberapa perkara. Maklumlah sudah sebulan lebih tidak berjumpa.

Sedang mereka bergelak ketawa mendengar cerita Izzah, terdengar satu jeritan dari belakang.

"WOI!! AKU BENCI KORANG BEREMPAT!!"

Puteri, Nadzirah, Aisyah dan Izzah terpinga-pinga apabila kata-kata itu ditujukan kepada mereka.

○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○

☆Just that for first chapter.
☆Sorry kalau ada typo and ayat tunggang langgang🐒
☆VOTE TAU SAYANG-SAYANG SEMUA

OUR CLASS LOVE STORY [ H ]Where stories live. Discover now