◇ 10 ◇

20 3 0
                                    

Setelah semua kumpulan tiba di check point yang terakhir, abang-abang daka kakak-kakak fasi sedang mengira markah bagi menentukan pemenang.

Puteri dan Nadzirah sedang tercungap-cungap di bahagian hujung Kompleks Sukan iaitu check point terakhir mereka. Bukan main lagi tadi mereka berlari untuk sampai ke check point terakhir itu.

Apabila sampai, hanya kumpulan Amriy yang sudah tiba. Mereka menghembus nafas lega. Ingatkan sudah ramai yang tiba, rupa-rupanya baru seketul sahaja yang tiba.

"Punyalah laju kita marathon tadi sebab ingatkan dah nak kalah, rupa-rupanya baru satu kumpulan je yang dah sampai. Aku rasa dipermainkan," ujar Nadzirah secara tiba-tiba.

Mukanya jelas dengan raut wajah yang tidak berpuas hati. Sudahlah dia ini bukannya jenis orang yang suka bersukan, dipaksa pula berlari tadi oleh Puteri.

Sudahnya mereka berdua sudah ibarat golongan-golongan yang tidak pernah bersukan. Bukan main lagi mengahnya. Mereka berdua seperti baru sahaja menghabiskan larian sejauh 1000 meter.

Walhal jarak check point mereka yang sebelum ini tidak sampai 200 meter pun dari check point terakhir. Sungguh mereka ini golongan penternak lemak.

"Kau fikir kau seorang je rasa dipermainkan? Aku punlah! Even aku yang paksa kau lari tapi aku pun kecewa dan penat," bersama-sama dengan helaan nafas yang laju Puteri jelaskan.

"Tak sekarang ni yang aku tak faham, kenapa diorang semua ni tak penat langsung?," rujuk Nadzirah kepada rakan-rakan sepasukannya yang lain. Mereka yang lain sedang elok bergembira gelak ketawa sedangkan mereka...hampir separuh nyawa sudah hilang akibat kepenatan.

"Jangan tanya aku. Aku pun tak faham," balas Puteri dengan matanya yang tertutup rapat.

Seketika kemudian, muncullah kelibat Aisyah dan Izzah. Bukan main lagi mereka ketawa dan senyum. Bahagia sahaja kelihatannya.

Puteri yang ternampak mereka terus sahaja memanggil mereka berdua. Suaranya yang kuat itu bukan sahaja mampu menarik perhatian Aisyah dan Izzah malah hampir kesemua pelajar di Kompleks Sukan itu memandang ke arahnya.

Nadzirah yang berada di sebelahnya itu sudah menutup mukanya. Sebal sungguh dia dengan sifat tidak tahu malu kawannya itu. Mana perginya sifat malu si Puteri ini? Masuk gaung bunuh diri ke apa?

"Yo kawan," sapa Izzah sebaik sahaja tiba di hadapan Puteri dan Nadzirah.

Puteri dan Nadzirah sudah memandang antara satu sama lain. Mereka kemudian tersenyum sesama mereka. Ibarat ada telepati sahaja mereka berdua ini.

"Assalamualaikum saudari Izzah," perli Puteri dan Nadzirah serentak.

Izzah hanya mampu tersengih menunjukkan giginya sahaja.

"Tulah kau melulu lagi. Kau ingat apa nak main yow yow dekat sini," Aisyah pula membalas. Ternyata Aisyah juga berada dalam kumpulan yang sama dengan mereka. Sudah beberapa kali mereka bekerjasama untuk mejatuhkan Izzah.

Mereka bertiga kemudian membalas senyuman. Nampaknya kali ini juga mereka berjaya mengenakan Izzah.

"Korang ni tak adillah! Mana aci tiga lawan satu!," protes Izzah apabila dia sering sahaja dikenakan. Wajahnya mula mempamerkan riak yang tudak berpuas hati.

"Aci tak aci ada aku kesah?," selamba sahaja Nadzirah membalas.

Izzah sudah mula mempamerkan wajah menyampah. Berlagak sungguh!

"Dah lah wei...Nak menangis aku ni, jom kita pergi kantin jap. Aku haus nak beli air," pelawa Puteri lalu terus sahaja dia menarik lengan Aisyah untuk berjalan bersamanya. Biarkan Izzah dan Nadzirah jalan bersama. Biar lebih akrab.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 25, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OUR CLASS LOVE STORY [ H ]Where stories live. Discover now