◇ 7 ◇

19 4 0
                                    



"Awak semua ingat kalau awak pandai awak boleh buat macam-macamlah?!" Zuhra sudah mencapai limitnya. Ada sahaja masalah yang dibuat oleh junior mereka walhal baru sahaja masuk ke sini semalam.

Lesha sudah memutarkan matanya. Tidak tahan apabila dirinya dibebel. Kesalahan yang dibuat tidaklah besar mana. Hanya lambat bangun.

"Apa tah dia ni. Lambat bangun je pun. Apa ingat tidur pukul 12.00 malam pukul 4.00 pagi boleh bangun. Fikirlah!" Rungut Hanna kepada Deena dalam nada suara perlahan tidak mahu didengari oleh Zuhra. Tidak mahu dia dileteri dengan lebih lama.

"Kenapa awak berlima buat perangai bila baru sehari je dekat sekolah ni?? Nak kata awak semua penat, aktiviti semalam cuma suai kenal sahaja! Kawan-kawan awak yang lain boleh je bangun awal. Kenapa awak tak boleh??!" Umairah melampiaskan kemarahannya. Nasib mereka berada jauh daripada kawasan dewan, kalau tidak pasti ada yang datang melihat.

Hanna, Narra, Deena, Lesha dan Qaila hanya menundukkan wajah masing-masing. Tiada seorang pun yang menjawab pertanyaan Umairah itu. Mereka berlima lebih memilih untuk berdiam diri daripada bersuara.

"Saya nak lepas ni dah tak ada dah perangai macam ini yang awak buat. Jaga sikit nama masing-masing. Jangan sampai kami, fasi-fasi awak semua cop awak macam-macam sepanjang program orientasi ni." Umairah memberikan sedikit nasihat.

"Dah awak semua boleh pergi dewan. Ambil roti. Buat alas perut awak semua. Jangan tak makan pula, hari ini aktiviti kita lasak jadi awak semua kena ada tenaga." Zuhra menghulurkan mereka sebuku roti seorang seusai menghabiskan kata-katanya.

Mereka berlima berlalu menuju ke dewan meninggalkan Umairah dan Zuhra.

"Aku sumpah cakap aku tak suka dia orang." Lesha berkata dengan tangannya ligat membuka plastik roti. Setelah berjaya, dia memakannya. Tiada masa untuknya mencari tempat duduk untuk makan walaupun makan sambil berdiri itu bukan amalan yang baik.

"Apa kau ingat kami suka??" Qaila bertanya dalam nada perlian. Merasakan dirinya diperli, Lesha mendiamkan diri dan meneruskan aktiviti menghabiskan rotinya.

"Over sangat lah dia orang tu. Lambat bangun je pon." Deena dengan muka meluatnya meluahkan rasa menyampah.

Mereka berlima merungut sahaja sepanjang perjalanan mereka. Setibanya di dewan, satu kemalangan yang tidak diingini berlaku.

"Aduhh!! Sakitnya!!" Narra mengaduh kesakitan. Dirinya berlanggar dengan seseorang. Itulah dari tadi sahaja bercakap sampai tidak nampak insan di depannya. Kuat juga impak perlanggaran mereka sampai terjatuh tong sampah yang berada di sebelah insan tersebut.

"Tolonglah aku jangan gelak!!" Lelaki di hadapannya ini memarahi rakannya yang baru sahaja keluar daripada pintu dewan.

Narra bangun dengan kadar yang pantas. Dia menepuk-nepuk bahagian belakang seluarnya untuk menghilangkan debu.

"Ermm...saya minta maaf." Sopan sahaja bahasa Narra meminta maaf. Lelaki di hadapannya ini hanya memandang Narra sebelum memberikan senyuman manisnya.

"Ehh...tak apalah. Saya pon salah juga. Korang berlima ni pelajar orientasi eh??" Lelaki itu bertanya.

"Aah." Ringkas sahaja jawapan yang diberikan Qaila.

"Kenapa lambat ni??" Rakan kepada lelaki itu bertanya.

"Bangun lambat tadi." Sekali lagi jawapan ringkas yang diberikan.

"Ouhh...macam tu. Tak apa. Abang ni fasi awak semua. Tadi dah kenalkan diri kat yang lain so sekarang dekat awak semua pula. Nama abang Airel Fareez. Panggil je abang Airel. Yang ni kawan abang. Fasi awak juga. Nama dia Naqib Aisy." Airel memperkenalkan diri mereka secara ringkas.

"Korang semua dah makan ke??" Naqib bertanya sambil melihat wajah kelima-lima gadis di hadapannya. Melihat anggukan daripada mereka, dia menyuruh mereka masuk untuk bersama yang lain.

"Kau kenapa tadi??" Tanya Airel.

"Tak adalah. Budak tu langgar aku. Sakit siak." Naqib mengusap belakangnya yang terasa sengal.

"Halah tu je. Habis tu yang bunyi macam benda jatuh tu apa pula??" Hairan Airel apabila tadi di dalam dewan dia terdengar seperti barangan yang jatuh. Kalau manusia yang jatuh tiadalah kuat seperti itu.

"Eleh kau. Cuba nanti kau rasa sendiri, padan muka! Yang kuat bebenor bunyinya tu tong sampah ni hah." Naqib menunjukkan tong sampah di tepinya yang sudah terkeluar isi perutnya.

"Dah meh tolong aku kemas ni." Naqib menarik tangan Airel untuk membantunya mengemaskan tong sampah tersebut. Sampah-sampah yang tumpah itu dimasukkan semula ke dalam tong sampah. Pelajar yang berada di dalam dewan sudah diambil alih oleh orang lain.

                           ◇◇◇

"Disebabkan fasi awak yang berdua tu ada kerja part time jadi cleaner, jadi saya yang akan terangkan aktiviti awak semua untuk hari ini." Halimatul mula menerangkan aktiviti mereka pada hari itu.

"Okey...aktiviti hari ni nama dia 'Mencari Buah Hati Saya'. Kenapa nama dia macam tu?? Nanti awak tahulah bila dah dengar penjelasan saya.. Sekarang ni saya nak terangkan apa sebenarnya game ni. Setiap kumpulan telah dipasangkan secara dua-dua. Awak semua kena cari pasangan kumpulan masing-masing. Sekarang awak semua ada 20 kumpulan, so nanti di akhir permainan ni, hanya akan ada 10 kumpulan sahaja. Awak semua akan berhenti di checkpoint yang ada dan buat soalan ataupun arahan yang disediakan. Awak juga akan dibekalkan dengan sebuah kotak yang bermanga. Setiap kumpulan akan diberikan satu kunci yang sepadan dengan pasangan masing-masing. Setakat ni semua faham?? Ada soalan??" Halimatul melihat wajah-wajah di hadapannya. Ada yang ceria, ada yang lesu.

"10 kumpulan tu kekal sampai habis orientasi ke??" Haqiem bertanya apabila didesak oleh rakannya. Masing-masing takut bertanya. Memang dia lah mangsanya.

"Ouhh tak. Untuk hari ini sahaja." Terang Halimatul.

"Dan awak punya manga dan kunci tersebut tidak sepadan ye." Sambung Halimatul lagi.

"Setiap ketua kumpulan sila datang ke depan ye." Umairah memanggil ketua ke hadapan untuk memberikan mereka barang-barang mereka.

Umairah dan Zuhra memberikan mereka sepucuk surat seorang. Di dalam surat tersebut mempunyai arah checkpoint yabg harus mereka tujui. Turut disertakan peta di dalam sampul surat tersebut. Mereka juga diberikan sebuah kotak bersaiz sederhana yang mempunyai lambang kumpulan masing-masing di atasnya.

Dalam kiraan tiga, mereka semua telah dibenarkan untuk membuka sampul mereka dan bergerak ke destinasi masing-masing.

"Ingat tak dulu time kita orientasi tingkatan 6 tak ada pon aktiviti macam ni." Airel bersuara apabila keadaan menjadi sunyi.

"Aah. Dulu kita duduk dalam dewan je. Kena ceramah dengan taklimat je tiap-tiap hari." Halimatul mengiakan pernyataan Airel. Sungguh dia cemburu dengan pelajar tingkatan 6 yang baru masuk ini.

"Setiap hari wei kita dalam dewan. Tepu otak aku." Naqib dengan wajahnya yang memainkan peranan berkata.

"Itulah. Last day orientasi je kita ada aktiviti. Itu pun just sukaneka yang budak-budak tadika selalu main." Zuhra mengimbas kembali aktiviti yang pernah mereka lakukan tahun lepas.

"Haih...untungnya budak-budak tahun ni." Keluh Naqib.

"Eh! Dahlah jom kita gerak pergi ronda dia orang semua. Fasi-fasi yang jaga checkpoint pon check juga ye. Tengok fia orang bertugas ke tak. Kalau ada yang ponteng catat nama ye." Airel selaku ketua fasi menggantikan Shin yang tidak dapat hadir pada hari itu memberikan arahan. Masing-masing dengan taat hanya mengikut arahan yang diberikan. Lampu serta kipas di dalam dewan ditutup oleh Airel sebelum mereka berpecah untuk membuat rondaan.

○○○○○○○○○○○○

♡♡




OUR CLASS LOVE STORY [ H ]Where stories live. Discover now