"Okey...baiklah. Awak semua sudah makan atau belum??" Zuhra bertanya kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah.
"Sudah!!" Bergema dewan tersebut dengan suara mereka semua.
"Malam ni awak semua akan diagihkan kepada beberapa kumpulan. Selama dua minggu orientasi awak semua, ahli kumpulan awak adalah tetap dan tak akan diubah. Faham??" Zuhra memandang pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah tersebut. Melihat muka masing-masing yang seperti tidak rela bermalam di sekolah sepanjang orientasi mereka membuatnya menahan gelak.
"Faham." Lemau sahaja balasan yang diberikan. Muka setiap seorang memang nampak terpaksanya.
"Kami tak akan menentukan ahli kumpulan kamu semua. Kamu sendiri yang akan menentukannya." Shin pula yang menerangkan.
"Jangan nak happy sangat. Dengar dulu." Zuhra pula menyampuk apabila ada yang berbisik-bisik. Bahagia lah tu dia orang tak tentukan group masing-masing.
"Dekat sekitar kawasan sekolah ini, kami semua telah menyembunyikan kotak sebanyak 100 yang di dalamnya terisi nama kumpulan. Nama kumpulan tersebut adalah daripada jenis bunga." Melihat muka masing-masing yang seakan faham, Shin menerangkan lagi.
"Saya nak awak semua berjalan dalam kumpulan. Sekarang sudah malam, jangan berjalan sendirian. Dan lagi satu jangan buka kotak tersebut. Awak semua hanya boleh membukanya setelah tiba di dewan."
"Awak semua akan dibekalkan dengan satu torch light setiap seorang. Saya harap tidak ada yang sesat ye." Faid, fasi yang paling peramah bersuara. Kesemua torch light tersebut telah di sponsor oleh pihak kokurikulum sekolah.
Shin, Zuhra, Faid dan Iwan selaku fasi yang bertugas malam itu mengagihkan torch light. Setelah selesai mereka melepaskan anak buah mereka itu.
◇◇◇
"Wei!! Mana siak nak jumpa kotak-kotak ni semua??" Keluh Izzah apabila sudah dua bangunan mereka terokai tetapi tidak menjumpai apa-apa lagi.
"Lek ah Ijah. Tak sampai 15 minit kita cari. Kejap lagi jumpalah tu." Nadzirah dengan malas berkata. Baru dua bangunan, sekolah ini sudah lah bangunannya banyak masakan mahu jumpa walau baru dua bangunan yang mereka geledah.
Aisyah dan Puteri tidak mempedulikan langsung perbualan Izzah dan Nadzirah. Mereka lebih fokus untuk mencari kotak tersebut. Langkah kaki mereka dibawa ke arah tandas perempuan. Mungkin kotak itu disorokkan di situ. Izzah dan Nadzirah hanya membuntuti mereka.
"WEIII!! Aku dah jumpa!!" Izzah menjerit kegembiraan. Tidak perlu dia mencelikkan lagi matanya itu. Sakit matanya melihat dalam keadaan gelap.
"Eii...apa siak. Yang kuat mengeluh ni lah yang jumpa dulu." Puteri memandang Izzah menyampah.
"Aku tahulah kau jealous. Jangan marah-marah Put." Izzah makin menambahkan api kemarahan Puteri yang tidaklah banyak mana itu.
"Mana kau jumpa??" Nadzirah dengan pantas menukar topik perbualan mereka. Tidak mahu lergaduhan manja terjadi di sini.
"Dekat tepi tong sampah tu." Izzah memuncungkan mulutnya ke arah sebuah tong sampah di luar tandas perempuan.
"Sesuai ah kau dengan tong sampah tu." Nadzirah berkata sambil tergelak kuat. Aisyah dan Puteri turut mengetawakan Izzah.
"Dahlah jom. Nanti lambat pula kita." Selepas berkata itu, Aisyah terus mendahului mereka bertiga. Dingin sungguh!
Mereka berempat meneruskan lagi perjalanan mereka. Setelah berpenat lelah berjalan selama hampir kurang satu jam, mereka menjumpai kotak masing-masing. Aisyah menjumpainya di dalam makmal biologi, Nadzirah di pondok pengawal manakala Puteri di Taman Sains sekolah.

YOU ARE READING
OUR CLASS LOVE STORY [ H ]
Teen Fiction"Biarlah apa yang dia orang nak kata. Kita lupa kawan ke kita jahat ke kita pengkhianat sekalipun. Biarkan je lah. I'm done. Nanti makin lama makin sakit hati kita. Bukan dia orang." -Puteri Maisarah "Kalau kau sakit aku pon sakit. Janji yang kita...