Suasana pejabat itu sunyi sepi. Tiada seorangpun yang berani membuka mulut walaupun untuk batuk. Tidak pernah bos mereka yang seorang itu mengamuk sakan sebegini.
"Kenapa semua senyap je ni??" Affendy yang baru tiba ke department Idiyean terkedu dengan suasana ruang tersebut yang sunyi. Macam masa jawab peperiksaan pula rasanya.
"Ermm...Encik Idiyean mengamuk tadi. Tak pernah-pernah dia mengamuk. Habis semua benda dia lempar." Fahmy, PA Idiyean memberitahu.
"Betul tu Encik Affendy. Takut kami semua nak bercakap." Qyra pula berkata.
"Ouh. Tak apalah biar saya pergi tengok. Awak semua buat je kerja masing-masing." Affendy berkata seraya bergerak menuju ke bilik Idiyean.
Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, Affendy terus melangkah masuk. Bukan main terkejut dia apabila melihat keadaan bilik itu yang seperti di landa ribut taufan sahaja. Fail-fail berteraburan di atas lantai. Kertas juga banyak yang bersepah di sana sini.
Affendy melilaukan matanya untuk mencari kelibat Idiyean. Matanya terpaku kepada Idiyean yang berada di hujung bilik yang mempunyai buaian di situ. Sungguh tidak terurus keadaan Idiyean dilihatnya. Dengan tie yang entah ke mana, baju yang dibuka butangnya. Sungguh serabai!
Affendy melangkah maju ke hadapan. Walaupun perasaan takut untuk berdepan dengan Idiyean itu ada, tapi dia abaikan.
"Er...Iyean? Kau okey tak ni?" Affendy menyentuh bahu Idiyean.
"Haih...Aku serabutlah Fendy." Ingin sahaja dia menjerit tika itu tapi memikirkan air mukanya pasti tercemar selepas ini, dia pendamkan perasaannya itu.
"Kau kenapa ni Iyean? Tak pernah-pernah kau mengamuk macam ni. Cuba cerita sedikit apa yang jadi dekat kau."
"Emily...dia curang. Aku nampak dia dengan lelaki lain tadi. Aku tak nak percaya apa yang aku nampak so aku call lah dia. Guess what?? Dia tipu aku." Idiyean meraup mukanya sekali. Sungguh dia tidak sangka bahawa kekasih yang dia sayangi selama ini sanggup berlaku curang terhadapnya.
"What the hell?! Dia what?! Whoa Emily curang? Budak yang nampak ayu tu curang?" Bagai tidak percaya sahaja Affendy. Emily yang sopan, Emily yang penyayang, Emily yang hormat orang tua tu curang terhadap Idiyean.
"Ya Fendy. Aku tak sangka dia sanggup tipu aku. Dia cakap yang dia ada dekat rumah time tu, tapi dah terang-terang aku nampak dia kan. Aku pergilah kat dia. Muka dia memang terkejut lah time tu. Bila aku suruh dia terangkan dia diam je. Lelaki yang dengan dia tu pun senyap je. Dasar jebon masing-masing. When dah lama tunggu, aku pon blah lah." Sambung Idiyean.
"Kau dengan dia dah putus tunang ke?" Ingin sekali dia tahu status sahabatnya itu sekarang.
Idiyean senyap untuk seketika sebelum membalas.
"Dah. Dekat What's App. Dia message aku minta break." Perlahan sahaja suara Idiyean.
Affendy yang mendengarnya semakin menyirap. Perempuan jenis apalah si Emily ni??
"Dahlah bro. Tak payah sedih-sedih. Banyak lagi perempuan kat dunia ni. Kau jangan pula jadi macam watak hero dalam drama Melayu, asal putus cinta je dah tak nak percaya perempuan lagi. Memang aku lesing kau kalau kau buat macam tu." Affendy memberi amaran awal. Manalah tahu timbul usul fobia dengan perempuan pula nanti.
"Eh! Tapi bukan kau tak suka ke budak Emily tu?? Asal marah bebenor je kau ni??" Bingung dia dengan Idiyean ni.
"Memanglah tapi kau bayangkan kalau dah setahun aku dengan dia tak kan lah tak timbul perasaan sayang. Memang at first aku rasa menyampah gila dekat dia. Yelah siapa aje yang tak menyampah kalau tiba-tiba je kena jadi tunang orang. Balik dari luar negara ingatkan boleh lah happy-happy sekali kena jadi tunang orang." Idiyean mengeluh perlahan.
YOU ARE READING
OUR CLASS LOVE STORY [ H ]
Genç Kurgu"Biarlah apa yang dia orang nak kata. Kita lupa kawan ke kita jahat ke kita pengkhianat sekalipun. Biarkan je lah. I'm done. Nanti makin lama makin sakit hati kita. Bukan dia orang." -Puteri Maisarah "Kalau kau sakit aku pon sakit. Janji yang kita...