◇ 4 ◇

31 5 11
                                    

Narra dan Hanna berjalan seiringan menuju ke arah padang. Mereka baru sahaja selesai melantak di kantin. Ikutkan hati mereka ingin berlama lagi di kantin tetapi apabila kelibat Shin sudah memunculkan diri di kantin, tidak kuasa mereka. Habis nanti mereka diceramahnya. Sampai sahaja di padang, mereka mendapatkan rakan-rakan mereka.

" Lesha, kau okey tak dengan Eydill?" Hanna bertanya sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Qaila.

" Aku tak fahamlah dia tu. Sejak dua menjak ni dia macam abaikan aku je. Aku ada buat salah ke kat dia?" Lesha bersuara sebelum meneruskan tangisannya. Tidak dipeduli kawasan sekelilingnya yabg dipenuhi pelajar tingkatan 6 yang baru masuk sebentar tadi.

" Kau ada tanya dia tak? Kot-kot kau ada buat salah kat dia tapi kau je yang tak tahu." Deena pula bertanya. Pening memikirkan hubungan rakannya yang bagai dilambung ombak sejak habis SPM ni.

" Dia bluetick kan aku weiii!!" Lesha mengetap giginya. Geram. Paling tidak disukainya apabila makhluk di muka bumi ini membirukan Whatsapp dia tanpa balasan. Apa kau ingat kau retis!?

" Haih " terdengar keluhan perlahan daripada mulut Lesha. Lesha ini ada masalah peremluan mungkin. Cepat sahaja mood dia berubah-ubah.

" Apa salah aku wei!?" Lesha bagai sudah disampuk jin sahaja menggoncang tubuh badan Narra yang berada di sebelahnya.

" Tak. Sekarang ni kau marah kat Eydill tapi jangan lah meroyan dekat aku!!" Narra menepuk perlahan bahu Lesha. Menyedarkan Lesha yang umpama orang gila sahaja perlakuannya.

" Macam ni lah Lesha...Nanti balik ni aku tanya Eydill. Dia kan jiran aku. Senang sikit kalau nak bertumbuk ke apa. Sekarang ni better kita beratur sebab tu hah si Shin tu dah bagi renungan dekat kita." Qaila pula bersuara memberikan kata putus. Dia lalu menarik lengan Lesha dan mengikutnya beratur mengikut barisan. Rakannya yang lain juga mengikuti langkah Qaila.

"Okey semua. Memandangkan awak semua baru dekat sini, hari ni kita just akan buat ice breaking sahaja. Awak semua bebas nak berbual dengan siapa tapi make sure awak berkenalan dengan kawan-kawan baru awak. Hari ni saya dengan abang-abang and kakak-kakak fasi yang lain tak akan kacau awak semua." Shin sebagai ketua fasi memulakan bicaranya. Mereka sepakat membiarkan pelajar tingkatan 6 yang baru masuk ini berkenalan sendiri. Masing-masing sudah besar masakan mahu diajar cara berkenalan.

"Awak semua hanya dibenarkan berkeliaran dekat kawasan padang sahaja tau." Asya pula berkata. Tidak mahu ada yang pergi jauh. Sudah lah masih baru di sini.

"Awak semua faham tak apa yang saya dengan Asya cakap??" Shin mahukan respon daripada mereka. Sebaik mendengar balasan, dia dan yang lain bergerak menuju ke bilik mesyuarat. Masih ada yang perlu dibincangkan tentang orientasi pelahar tingkatan 6.

Setelah ditinggalkan oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi, mereka semua mula berkenalan antara satu sama lain. Bising kawasan padang itu dengan suara mereka.

◇◇◇

"Izzah, cepat lah sambung cerita pagi tadi." Nadzirah memecahkan tembok kebisuan di antara mereka. Setelah selesai berkenalan dengan pelajar tingkatan 6 yang lain, mereka semua bersepakat untuk membuat hal masing-masing. Mereka mengamalkan konsep mengabaikan kata-kata Shin beramai-ramai.

"Alkisahnya begini..." Izzah sudah memulakan ceritanya.

"Aisyah lepas ni kita pergi kantin nak tak?? Aku lapar lah." Izzah sudah mula dengan rutin biasanya. Asal pergi mana-mana sahaja mesti perutnya akan membuat hal. Lapar memanjang.

"Okeylah. Lagipun tadi aku cakap dekat Puteri suruh kumpul dekat kantin kalau dah ambil beg dia." Aisyah memberikan persetujuan. Tidak mahu menghampakan rakannya yang seorang itu.

OUR CLASS LOVE STORY [ H ]Where stories live. Discover now