◇ 2 ◇

53 5 0
                                    

"Wei Idiyean !! Kau ada lupa apa-apa tak before kau datang sini ??," tanya Affendy sambil meneguk habis baki air mineralnya. Sudah tiga pusingan mereka mengelilingi tasik itu. Maklumlah orang yang bekerja di dalam pejabat berpenghawa dingin seperti mereka haruslah rajin bersenam.

"Tak adalah pulak. Kenapa ??," tanya Idiyean bingung.

Idiyean sudah memandang Affendy pelik. Apa pula yang dia lupa kali ini?

"Tu. Adik kesayangan kau tu dah memunculkan diri dia dekat sini. Adalah tu yang dia nak," balas Affendy sambil memuncungkan mulutnya ke satu arah.

Idiyean pantas menoleh ke arah yang ditunjukkan. Terkejut bukan kepalang dia apabila melihat wajah adik lelakinya yang berusia 18 tahun berada disitu. Idiyean melepaskan keluhan kecil. Penat apabila melihat wajah adiknya itu. Dia bukan tidak tahu adiknya, pasti ada sesuatu yang diinginkannya.

"Carl buat apa dekat sini ??," tanya Idiyean lembut. Idiyean memang seorang yang lembut terhadap ahli keluarganya.

"Abang Iyean !! Lama lagi ke ??," tanya Carl dengan suara yang manja dan gedik. Ingin menarik perhatian abangnya yang satu itu.

"Ya Allah Carl. Gedik bebenor engkau ni. Menyampah aku yang mendengar dan melihat ni !!," marah Affendy tetapi dalam nada gurauan.

"Hahaha !!," galak Idiyean mengetawakan adiknya itu.

Merah padam muka Carl apabila dikutuk oleh Affendy sebegitu. Lagi menyebalkan perasaannya apabila mereka berdua ketawa dengan begitu kuat semata-mata ingin menyakitkan hatinya.

"Hish !! Tahulah Abang Fendy jealous kan !!," bentak Carl apabila dirinya digelakkan. Sungguh buruk perangai Carl ketika itu. Dengan kakinya yang dihentakkan ke tanah lagi menunjukkan sisi manjanya.

"Kau fikir aku ni apa nak main jealous-jealous bagai ?? Tidak kuasa beta hendak cemburukan rakyat marhaen biasa seperti kamu," Affendy membalas dengan mukanya yang jelek. Haih sudah keluarlah dia punya bahasa istana itu.

Makin berasap Carl mendengar sindiran tersebut.

"Dah-dah. Jangan gaduh. Ni ada apa Carl cari abang ni ??," soal Idiyean bagi meleraikan pergaduhan kecil antara Carl dan juga Affendy. Mereka berdua ini bukan boleh, kejap lagi kang keluar gelanggang WWE disini.

"Haah lah lupa pulak Carl. Ni...Carl nak keluar, tapi mummy tak bagi kalau Carl drive sendiri. Mummy suruh abang hantar," Carl menerangkan tujuan asalnya berjumpa dengan Idiyean.

"Habis tu, Carl datang sini dengan siapa ??," tanya Idiyean keliru. Rumah mereka dengan taman ini bukan dekat. Jauh .

"Tadi mummy nak pergi market. So sekali jalan je,"

"Carl nak pergi mana ?? Dengan siapa ?,"tanya Idiyean sambil bergerak menuju ke keretanya. Carl dan juga Affendy mengikutinya dari belakang.

"Carl nak keluar dengan kawan. Dah lama tak jumpa. Alang-alang dah keluar tu, Carl nak beli barang sekolah," terang Carl.

Idiyean menganggukan kepalanya tanda faham dengan penjelasan daripada Carl.

"Ouh. Nanti abang hantar. Dekat mana ??," Idiyean memberikan persetujuannya.

"Dekat Paradise Mall je. Nanti abang jemput kawan Carl sekali boleh tak ??," tanya Carl dengan suara perlahan.

Carl gusar Idiyean akan memarahinya kerana sering kali menyusahkannya.

"Boleh je. Berapa orang ??," tanya Idiyean untuk kesekian kalinya. Sudah berapa kali dia bertanya tapi tidak dijawab adiknya.

"Tak ramai. Tiga orang je," Carl berkata sambil tersenyum lebar. Abangnya sering sahaja mendahulukan keluarga daripada hal-hal lain.

"Ouh ok. Fendy aku gerak dululah. Ni nak balik nak mandi dulu baru hantar Carl. Tak apa kan dik ??," tanya Idiyean sambil mengesat peluh di dahinya.

"Tak apa abang. Abang pon berpeluh ni. Busuk," balas Carl selamba. Tidak dipeduli raut abangnya yang geram itu.

"Haa. Nanti apa-apa aku roger kau. Malam ni jangan lupa tau," pesan Affendy.

"Ya. Nanti apa-apa hal aku call kau. Assalamualaikum," Idiyean memberi salam sebelum menggerakkan kenderaannya pulang ke rumah.

                              ◇◇◇

" WOI !! AKU BENCI KORANG BEREMPAT !!,"

Puteri, Nadzirah, Aisyah dan Izzah terpinga-pinga apabila kata-kata itu ditujukan kepada mereka.

Terkejut mereka apabila melihat raut wajah Hafiz, Amriy, dan Fauzi yang merah itu.

"Kau pahal menjerit-jerit ?! Nak jadi kembar Put ke apa ?!," marah Aisyah. Malu apabila mereka menjadi perhatian ramai.

Puteri yang sedang meneguk segelas air tersedak aoabila namanya tiba-tiba diseru. Puteri memabdang Aisyah dengan pandangan membunuh. Geram dia dengan rakannya yang seorang itu.

"Eii !! Tanak aku !!," ujar Hafiz bersama raut wajah yang geli. Puteri hanya membiarkan saja Hafiz itu. Tidak mahu dia melayan.

"Korang lah !! Penat tahu tak kitorang bertiga cari korang tapi tak jumpa. Alih-alih nampak korang berempat dekat sini tengah bergelak ketawa. Bahagia eh korang ??&" panjang lebar Fauzi menerangkan kepada mereka.

"Apa korang ni ?? Nak marah-marah. Aku dah mesej kot Fauzi cakap nak tunggu korang dekat Pizza Hut !!," Puteri memberitahu dengan riak muka yang merah. Menahan marah barangkali.

Fauzi pantas mengeluarkan telefon pintarnya daripada poket seluar. Dia tersengih apabila telefon tersebut tidak memaparkan apa-apa.

"Err...Sorrylah. Telefon aku habis bateri ," senang sahaja Fauzi menuturkan kata maaf.

Puteri hanya mampu menahan sabarnya dengan kerenah rakannya itu. Hendak dimarah kang nanti timbul pergaduhan pula. Haih!

"Sekarang ni yang menyusahkan kau orang bukan kita orang berempat, tapi tu monyet sebelah kau tu," kata Izzah sambil mengambil satu lagi kepingan pizza. Sudah berapa banyak kepingan yang dia ambil tidak dapat dikira. Terlalu banyak.

Hafiz dan Amriy pantas memandang Fauzi. Fauzi yang merasakan dirinya tidak selamat laju sahaja mengambil tempat duduk di sebelah Izzah. Izzah hanya membiarkan keadaan itu. Malas mahu menghalau.

"Kau ni Fauzi. Menyusahkanlah. Lain kali bawa power bank. Senang sikit," nasihat Amriy yang semangnya tidak suka akan pergaduhan apabila puncanya hanya benda kecil sahaja.

"Hmm. Ok," balas Fauzi ringkas. Mulutnya sudah dipenuhi dengan pizza. Tidak mahu berkata banyak, takut sahaja tersembur nanti apa yang di makannya itu.

Selesai sahaja mereka makan, masing-masing bersetuju untuk pulang. Penat seharian apabila mencari barang keperluan mereka untuk masuk semula ke sekolah tetapi bukan sebagai pelajar arus perdana. Sebagai pelajar tingkatan enam. Mereka bertujuh berpisah di situ.

○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○○

☆ Ini sahaja yang mampu saya siapkan untuk chapter 2
☆ Sorry for typo and ayat yang terbalik macam baru lepas gempa bumi
☆ VOTE AND COMMENT JANGAN LUPA TAU 💕🙆

OUR CLASS LOVE STORY [ H ]Where stories live. Discover now