◇ 3 ◇

41 4 6
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu telah pon tiba. Hari ini merupakan hari kemasukan pelajar Tingkatan 6 di Edward Royale High School. Pendaftaran pelajar bermula pukul 9:30 pagi. Tetapi kelibat empat sekawan itu di sekolah tersebut terlihat seawal pukul 8 pagi. Alasan masing-masing ingin berjumpa dengan guru-guru yang telah mengajar mereka. Rindu kata mereka.

"Ehh. Awalnya kamu berempat sampai. Pendaftaran pelajar kan lambat lagi. Kalau ye pon kamu ni nak cepat daftar kan boleh je datang pukul 9 pagi. Tapi ni kamu dah terpacak kat sini pukul 8 ni nak buat apa ??," tanya Cikgu Azura yang terserempak dengan mereka.

Cikgu Azura merupakan guru yang mengajar Tingkatan 6 dalam aliran keusahawanan. Tidak hairan lagi apabila Cikgu Azura itu mengenali mereka berempat. Puteri, Nadzirah, Aisyah dan Izzah merupakan 'geng kaki jalan' yang paling famous di Edward Royale High School.

"Tak adalah cikgu. Kami ni datang awal sebab nak jumpa cikgu-cikgu lain. Yang pernah ajar kitorang. Dah dua bulan lebih tak datang sini," Nadzirah pantas memberitahu tentang agenda sebenar masing-masing.

"Betul tu cikgu. Lagipun last kitorang berempat datang sini dua bulan lepas. Time hari sukan hari tu," Puteri pula bersuara mengukuhkan lagi sebab mereka hadir awal pada pagi itu.

"Ouh begitu. Kalau macam tu pergilah. Cikgu ada kelas kejap lagi. Cikgu minta diri dululah," Cikgu Azura lekas meminta diri apabila sedar dirinya yang sudah lewat. Nasib sahaja kelasnya tidak jauh.

"Baiklah cikgu. Kami pergi dulu," Izzah pantas meminta izin dan selepas itu bersalam tangan dengan Cikgu Azura diikuti rakan-rakannya yang lain.

Selepas berpisah dengan Cikgu Azura pantas mereka menggerakkan kaki mereka ke arah bilik guru yang berada di Blok D sekolah mereka. Sementara masih ada masa eloklah mereka bertegur sapa dan mengeratkan lagi hubungan mereka sebgai anak murid dan guru.

                           ◇◇◇

"Wei Fakhrul, lama lagi ke kita nak sampai ni ??," Umran sudah tidak sabar mahu menjejakkan kakinya ke Edward Royale High School.

"Sekejap lagi sampai lah kita ni. Cuba kau bawa bersabar sikit," Ibrahim yang duduk di sebelah Umran pantas membuka bicaranya. Geram dengan Umran yang sedari tadi tidak lepas bertanya bila mereka mahu sampai ke destinasi yang di tuju.

"Betul cakap Ib tu Umran. Bawa bersabar sikit. Lagi satu, yang drive kita ni bukan nya Fakhrul ye. Abang Iyean yang hantar kita. So jaga sikit perangai tu," Haqiem bersuara sekali gus mengingatkan tentang insan yang membawa mereka hari itu.

"Ish apa cakap macam gitu Qiem. Abang Iyean tak kisah pon. Lagi pon Abang Iyean free hari ni. Tak ada apa nak buat jadi abang rela hati nak teman," Idiyean menenangkan keadaan yang panas sebentar tadi.

"Lagi pon elok apa Abang Iyean nak hantar kita. Aku baru dapat inform yang parents or penjaga kena ada sekali. Ada cerama apa tah," Carl bersuara menyampaikan maklumat yang baru diterimanya.

Kenapalah awal-awal tidak diberitahu mereka?? Kan sudah tidak fasal abangnya terpaksa menjadi wakil mereka berempat.

Suasana di dalam kereta yang dipandu Idiyean kembali aman tanpa celoteh mereka. Idiyean pantas membelokkan keretanya apabila sampai di simpang Edward Royale High School. Aduyai nama sekolah pon pelik-pelik. Duk beroyale bagai. Dulu zaman dia sekolah nama sekolah dia ambil sempena nama taman je tak nama taman nama kampung.

Idiyean memarkir kan keretanya di bawah sebuah pokok. Tidak mahu keretanya terkena sinaran mentari yang terik. Panas nanti segala benda yang ada dalam kereta itu. Idiyean dan yang lain bergerak masuk bersama-sama ke dalam sekolah yang tersergam indah tersebut.

OUR CLASS LOVE STORY [ H ]Where stories live. Discover now