Tepat jam 4:00 pagi, kedua-dua dorm lelaki dan perempuan kecoh dengan jeritan fasi-fasi yang mengejutkan mereka.
"Aku nak pukul 5 tepat kau orang semua dah ada dekat dewan. Aku tak kira kau orang semua sempat mandi or tak, yang pasti 55 orang pelajar lower 6 perempuan dah ada depan aku!" Terdengar jeritan seorang fasi perempuan daripada dorm perempuan. Masing-masing bangun dalam keterpaksaan.
"Ermm...Ecah bangun. Kejut sekali Ijah dengan Nad. Nanti kita lambat wei. Sementara masih ramai lagi yang terbongkang ni, better kita gerak mandi dulu." Puteri menggerakkan Aisyah yang tidur di katil sebelahnya. Mulutnya ternganga luas menyagap. Sungguh tidak sopan anak dara seorang ini!
"Alaaa...5 minutes more." Balas Aisyah. Suaranya pun dengan tak dengar sahaja oleh Puteri.
"Tak ada. Bangun! Aisyah Huda!!" Puteri mengambil alternatif lain dengan menarik selimut yang digunakan Aisyah. Bukan dia tidak tahu Aisyah tidak boleh tidur tanpa selimut.
"Hish! Yelah! Aku bangun."
Selepas memastikan Aisyah sudah terjaga, Puteri berlalu mengejutkan Izzah dan Nadzirah. Setelah keempat-empat mereka bangun, mereka bergerak ke tandas yang berada di tingkat bawah sekali. Masing-masing membawa baju dan peralatan mandi mereka yang lain.
Setibanya di tandas, hanya mereka sahaja yang sudah tiba. Tiada seorang pon di dalamnya. Aisyah membuka kesemua lampu di dalam tandas tersebut biar terang benderang. Maklumlah mereka berempat memang penakut sikit.
"Guyss...mandi sesama yok?" Aisyah memandang ketiga-tiga wajah sahabatnya itu dengan raut simpati.
"Kau asal gila?? Ajak mandi sama-sama pulak." Nadzirah laju sahaja menyembur Aisyah yang masih dengan wajah simpatinya itu.
"Entah kau asal??" Puteri turut musykil dengan Aisyah ini. Percakapan bukan main dingin tapi hati tisu ajak mandi berteman.
"Alahh...aku takut lah mandi sendiri." Aisyah masih lagi dengan wajah simpatinya itu. Malangnya tiada seorang pun rakannya yang termakan dengan wajahnya itu.
"Fine. Aku mandi sendiri." Aisyah akhirnya mengalah melihat tiada tanda-tanda persetujuan daripada rakan-rakannya.
Puteri, Aisyah, Izzah dan Nadzirah akhirnya berlalu ke tandas yang tersedia. Selesai membersihkan diri, mereka meletakkan baldi peralatan mandi mereka semula di bilik mereka. Rambut masing-masing disikat dan diikat rapi. Aisyah dan Izzah yang rambutnya ikal dan hanya separas bawah bahu membiarkan lepas rambut mereka. Mereka meletakkan sepit rambut berwarna bagi menahan rambut mereka daripada senang berterbangan ditiup angin.
Manakala Puteri menggayakan rambutnya yang lurus dengan gaya messy bun dan dililit bunnya itu dengan reben. Nadzirah pula mengikat rambutnya gaya ekor kuda. Rambut hadapannya pula disepit.
Selesai masing-masing memakai wangian badan, mereka dengan langkah perlahan menuju ke dewan. Jam di tangan yang baru menunjukkan pukul 4:45 pagi membuatkan mereka tenang sedikit. Setibanya di dewan sekolah, terlihat beberapa pelajar lelaki serta fasi mereka yang telah berada di situ.
"Tahniah! Awak semua pelajar perempuan yang pertama tiba di dewan ini. Muka masing-masing pon segar. Bagus komitmen yang awak semua bagi." Naqib Aisy memuji keempat-empat wanita yang berada di hadapannya ketika itu.
"Abang dah kenapa??" Aisya menjulingkan matanya ke atas melihat keletah abangnya itu, Naqib Aisy. Abangnya berada di tingkatan 6 atas Edward Royale High School.
"Alah adik ni. Orang nak manja pon tak boleh." Naqib tersenyum nipis melihat mimik muka adik kesayangannya itu.
"Abang Naqib nak bermesra dengan adik kurang manis abang Naqib ni kat rumah je eh. Jangan kat sini." Izzah berkata dalam nada meluat.
YOU ARE READING
OUR CLASS LOVE STORY [ H ]
Novela Juvenil"Biarlah apa yang dia orang nak kata. Kita lupa kawan ke kita jahat ke kita pengkhianat sekalipun. Biarkan je lah. I'm done. Nanti makin lama makin sakit hati kita. Bukan dia orang." -Puteri Maisarah "Kalau kau sakit aku pon sakit. Janji yang kita...