Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira tepuk tangan"Aisyah! Kuat sikit! Aku tak boleh dengar!" Hafiz menjerit dari jauh.
"Nak kuat mana lagi hah laici?? Anak tekak aku dah nak pecah ni!! Berapa bulan kau tak korek telinga?" Aisyah mengeluh kecil. Sudahlah disuruh menyanyi lagu kanak-kanak yang tak matang ini, ada pula yang tuli tak dengar suaranya.
"Entah kau ni. Akupun tak dengar tahu tak?" Umran yang kedudukannya lagi jauh daripada Aisyah menyuarakan pendapatnya.
Semakin tinggi peratusan ketidakpuasan hati Aisyah ketika ini. Kenapalah fasi ni buat cabaran merepek seperti ini? Seorang ahli kumpulan harus menyanyi lagu kanak-kanak sampailah kesemua ahli kumpulan mendengarnya dan menyalin lagu yang dinyanyikan, merepek bukan? Aisyah menarik nafas sebelum bermula sekali lagi.
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira tepuk tanganKali ini dengan nada yang lebih tinggi, Aisyah nyanyikan lagu tersebut. Dicampur dengan muka tidak puas hatinya membuatkan fasi-fasi di situ mentertawakannya. Tidak dihiraukan gelakan mereka semua, Aisyah teruskan nyanyiannya hingga habis.
Ahli kumpulan Aisyah yang lain diberikan masa satu minit untuk menyalin lagu tersebut. Apabila kesemua lirik yang disalin betul, barulah mereka diberikan klu kepada checkpoint yang terakhir.
"Kau rasa ada tak kumpulan yang dah habis buat semua checkpoint?" Tanya Hafiz kepada Aisyah semasa mereka dalam perjalanan untuk ke destinasi terakhir setelah merungkaikan petunjuk yang diberikan.
"Kau ingat aku ni kerja part time jadi nujum pak belalang ke? Soalan biar bernas sikit ye." Selamba sahaja Aisyah jawab sebelum melajukan pergerakan kakinya meninggalkan Hafiz terpinga-pinga seorang diri.
"Bodoh sangat ke soalan yang aku tanya?" Perlahan sahaja suara Hafiz berkata.
"Adalah sikit bodohnya dekat situ." Umran yang mendengar perbualan Hafiz dan Aisyah sedari tadi tiba-tiba bersuara. Terangkat sedikit bahu Hafiz akibat terkejut.
"Syaiton!! Mana salam kau wahai makhluk yang tak ada adab??" Hafiz mengurut perlahan dadanya. Rasa terkejut tadi masih ada walaupun sedikit.
"Wahai manusia, sedarilah saya ini manusia bukannya makhluk yang direjam itu. Mata saudara buta ke apa??" Dengan nada yang sopan Umran berkata.
"Sukahati kaulah tenuk." Hafiz dengan laju berjalan meninggalkan Umran.
"Hafiz!! Hafiz!! Sekejaplah gila!" Kaki Umran laju sahaja mengejar langkah Hafiz yang semakin jauh. Walaupun baru sahaja mengenali Hafiz sebentar tadi, tapi hubungan mereka seperti sudah bertahun-tahun sahaja kenal. Biasalah lelaki bukan seperti perempuan.
Umran memaut bahu Hafiz sebelum membuat muka comel. Hampir sahaja dia jatuh akibat tolakan kuat Hafiz.
"Kau orang berdua ni apa masalah?? Dari tadi lagi aku dengar kau orang bertekak. Matang sikit please." Aisyah yang sedang duduk di kerusi bersuara apabila melihat pergaduhan kecil yang berlaku antara Hafiz dan Umran. Mereka sudah tiba di checkpoint yang terakhir tapi malangnya tiada fasi yang menjaga disini.
"Halah kau. Tadi siapa yang nyanyi lagu kalau rasa gembira tu? Kau kan? Sekarang ni kau lagi tak matang tahu tak?" Umran bersuara tidak puas hati. Dia memandang Aisyah dengan pandangan tidak puas hati sebelum duduk di sebelah gadis itu.

YOU ARE READING
OUR CLASS LOVE STORY [ H ]
Teen Fiction"Biarlah apa yang dia orang nak kata. Kita lupa kawan ke kita jahat ke kita pengkhianat sekalipun. Biarkan je lah. I'm done. Nanti makin lama makin sakit hati kita. Bukan dia orang." -Puteri Maisarah "Kalau kau sakit aku pon sakit. Janji yang kita...