Delicate

178 16 47
                                    




Dah lama tak update journal ni. Maaf ya kalau ada yang menunggu. Kekangan kerja tidak membolehkan saya menulis secara kreatif (alasan sematakan). Saya sebenarnya kepenatan dan minda tiada boleh berfikir lagi setelah menelaah dokumen di pejabat sehingga larut malam. Hari ini, saya merehatkan minda dan secara santai membuat catatan (sebenarnya mengular ni). Betul seperti yang diperkatakan kebanyakkan penulis, menulis walaupun santai ianya tetap penat tambahan pula dengan sikap tidak puas hati saya, maka penulisan ini sudah berkali kali saya edit. Emmm mungkin kerana tu jugalah kertas kajian belum habis di tulis (di hati masih menidakkan hakikat (in denial).

Hari ini, saya ingin menulis dalam Bahasa Malaysia. Kenapa dan apa yang memberi motivasi untuk menulis dalam Bahasa Malaysia? Harap, tiada yang gelak. Sebenarnya ianya bermula dari dorongan untuk tidak berada di titik selesa dan kerana iri hati dan perasaan tercabar apabila secara santai insan insan tersayang menyatakan keputusan Bahasa Malaysia mereka sewaktu SPM yang nyatanya lebih baik dari saya.

Sejujurnya, kali terakhir menulis dalam Bahasa Malaysia adalah di peringkat sekolah menengah. Itu pun kerana terpaksa apabila dipilih mewakili kelas di dalam penulisan dan seterusnya mendeklamasikan puisi yang ditulis. Memori tersebut sungguh indah. Apa yang menjadi sumber inspirasi di waktu itu? Saya mendapat inspirasi untuk cuba menulis melalui pembacaan karya-karya penulis hebat dan antara karyawan negara yang saya kagum adalah A Samad Said, Khadijah Hashim dan arwah Arena Wati. Kenapa karyawan ini? Saya suka seni penceritaan mereka yang teliti di mana di setiap pembacaan saya dapat menghayati dan menjiwai setiap watak seperti saya berada di setiap plot, menyaksi secara lansung perjalanan sebuah cerita yang sedang dipertontonkan di depan mata.

Pada saya sebagai seorang pembaca yang tegar itulah ciri ciri penulisan kreatif yang tiada tolok bandingnya. Merekalah penglipurlara moden yang menengahkan teladan dan tegahan serta kesilapan di setiap penceritaan. Tiba-tiba, saya tersenyum sendiri, terlintas di fikiran saya persoalaan sama ada pembaca yang membaca tulisan saya mengenali karyawan ini. Pada hemat saya mungkin tidak tapi tidak dinafikan mungkin ada. Yang belum mengenali rajin-rajinkan diri.

Wah, saya dah lari jauh dari topik entri kali ini. Kali ini catatan saya berkisar ceritera hati saya dan kaitannya dengan perkataan "Delicate". Menyebutnya sahaja rumit malahan mungkin sulit.. Dalam kehidupan saya yang paling "Delicate" adalah hati dan perasaan saya. Sesetengah dari kita akan bertanya dengan nada pelik dan hairan "Apa yang begitu "Delicate" dalam hal ini. Hanya hati dan perasaan sahaja". Malahan ada yang akan menambah "Hanya yang selalu beremosi sahaja akan fikir ianya sulit".

Ya, saya mengakui bahawa hati dan perasaan saya yang amat rapuh menjadikan ianya sangat "Delicate" untuk diuruskan. Saya pasti ada di antara pembaca akan turut mengakuinya. Mengapa ianya begitu? Pada saya jawapan kepada persoalan ini berbagai dan bergantung kepada pengalaman hidup yang dilalui. Setiap pengalaman akan mengajar dan membentuk personaliti kita dan ianya akan mempengaruhi sifat hati itu.

Hati saya rapuh dan delicate kerana ianya mengikut sejarah hidup saya yang boleh diperumpamakan bagai menaiki "roller coaster". Setiap liku yang beronak dan berduri telah mengajar diri untuk sentiasa berwaspada dan berhati hati untuk membenarkan sesiapa mendekati dan mengenali diri. Namun, walau bagaimana rapi saya jaga, saya tidak boleh menidakkan ketentuan yang Esa. Beberapa kali tembok besar cina yang di bina runtuh atas dasar kepercayaan kepada dia yang berjanji akan melindungi dan memayungi dari segala cabaran serta memberikan kebahagian. Namun, beberapa kali itu jugalah hati yang rapuh itu dilukai.

A journeyWhere stories live. Discover now