Oleh-Oleh

60 4 8
                                    

Duhai Journal kesayanganku
Rasanya lama sungguh Fin meninggalkan penulisan di dalam diari terbuka ini. Terima kasih kerana masih setia menanti dan sentiasa bersedia mendengar luahan hati Fin. Sebenarnya, telah lama ingin Fin nukilan cerita baru. Cuma Fin kurang sihat dan antara duduk di hospital dan kerja, maka diari ini terabai. Maafkan Fin ya.

Selain itu sebenarnya Fin juga menghadapi kesukaran untuk mencari tajuk yang sesuai sebagai dasar penceritaan. Lebih lebih lagi tajuk perlu bermula dengan perkataan yang bermula dari huruf "O". Kebuntuan terlerai apabila Fin mendapat sirna setelah menerima hadiah istimewa dari Abang. Boleh teka apa dia sirnanya? Nak tahu? Emmm 🤔

Baiklah journal kesayangan ku. Dari tajuk, Fin tahu journey sudah dapat meneka. Ya sayang, Fin dapat cinta dan sayang dari Abang dan itulah antara Oleh oleh (اوليه٢ ) atau hadiah yang amat ternilai buat diri Fin. Kasih dan sayang itu merupakan sirna yang membimbing dan membawa Fin keluar dari kemurungan dan kekecewaan.

Journal kesayangan ku,
Apa! kau tak mengerti kenapa ianya oleh-oleh berharga dan mengapa Fin berkongsi semuanya di sini? Fin semakin meningkat usia dan kekurangan daya ingatan adalah sesuatu yang sering fin khuatirkan. Maka Fin nukilankan di sini agar bila terlupa Fin dapat membaca dan mengingatinya semula. Selain itu, Fin ada menyatakan pada abang andai Fin tiada lagi, jadikan penulisan Fin sebagai bukti kenangan yang Fin juga pernah hadir dan mewarnai perjalanan hidup abang, sebagaimana abang menyinari dan mewarnai hidup Fin.

Journal kesayangan Fin,
Di usia ini, Fin akui Fin telah menjalani kehidupan penuh liku. Namun, bagai peringatan Abang baru baru ini dalam liku tersebutlah jawapan sebuah kehidupan diperolehi. Mengingati kata kata Abang ini Fin akui kebenarannya. Fin ditakdirkan illahi menemukan sirna di balik Setiap kekecewaan dan kejatuhan dan contoh yang terdekat adalah اَللّهُ hadirkan Abang sebagai pembimbing Fin. Abang hadir bila Fin berada di dalam lurah paling dalam. Waktu itu Fin sesungguhnya telah hilang arah. Fin meragui kewibawaan dan harga diri sendiri.

Kehadiran Abang menyedarkan Fin bahawa Yang Esa sentiasa ada bersama kita. "We just need to have faith". Bantuan dan bimbingan akan datang tepat pada masa dan ianya dalam berbagai bentuk, adakala ianya menerusi insan dan adakala ianya melalui cetusan idea atau ilham. Fin akui sebenarnya Fin yang lupa.

Kenapa diam duhai journal kesayangan Fin? Sedih?terharu? Sebenarnya Fin juga sedih dan terharu sebab Fin rasa rugi lewat menyedari pengajaran dari Yang Esa. Tapi Abang selalu mengingatkan Fin dengan berkata "Jangan Bersedih Sayang. Leave it behind. Hakuna Matata". Apa maksudnya? Maksudnya mudah. "No worries For the rest of your days It's our problem-free philosophy" apa tafsirnya, hahaha! Menurut Abang, sesuatu yang menyakitkan itu harus kita tinggalkan agar ianya tidak lagi menyakiti kita lagi. Namun begitu, kita harus ingat pelajaran yang diperolehi agar dia menjadi panduan agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama.
"Hakuna Matata!"

Itulah abang, duhai journal kesayanganku. Nasihatnya berhemah tapi dalam maksudnya. Fin bertuah dan bersyukur pada Yang Esa kerana dengan izinnya Fin telah mempunya seorang yang sentiasa ada di sisi bersama melengkapi, membimbing dan mencintai Fin.

Hahahaha, apa dia Journal kesayangan Fin. Abangkah Oleh oleh kehidupan Fin. Pandai journal Fin ni meneka. Memang pada Fin selain kasih dan bimbingannya, Abang adalah anugerah terindah dalam hidup Fin.

Numun begitu bukan itu yang ingin Fin coretkan. Apa yang ingin Fin coretkan adalah peringatan dan bimbingan yang Abang berikan pada Fin. Hikmah pembelajaran dan bimbingan itulah ilmu abadi yang datang bersama budi yang akan Fin bawa sampai mati.

A journeyWhere stories live. Discover now