Penunggu pokok pisang🍌

3.5K 331 74
                                    

"Jeongin nak cerita dulu!!!" Jeongin mengangkat tangan kanannya.

"Ok jeongin.. Silakan~"

"Ok.. Jeongin nak cerita pasal PENUNGGU POKOK PISANG~" kata jeongin dengan nada yang seram..

"Ehh jeongin.. Kau ni perli aku ke apa?? Tahu lah sekarang ni aku tengah makan pisang.." Kata jisung sambil menyumbat pisang kedalam mulutnya...

"Lah.. Jisung hyung tengah makan pisang rupanya.. Kita Pikir hyung tengah makan taehi.." Sindir jeongin.

"Uhukk!!" Jisung serta merta tersedak pisang.

"Yang jeongin~" bang chan mula menyeru nama jeongin sambil melemparkan senyuman yang penuh dengan aura seram..

"Hehehehe.." Jeongin hanya tersenyum kambing.

"Ok.. Ceritanya cam ni~"

.

.

.♣PENUNGGU POKOK PISANG♣

By- Jeongin the maknae

.

Hari ini kwangsoo menghantar keluarganya pergi ke rumah saudaranya. Anak dari makciknya iaitu sepupunya baru saja bersalin, kwangsoo dan keluarganya kesana untuk melawat. Kwangsoo memandu kereta dengan sangat santai menyusuri jalan yang agak berkelopak dan berlubang. Ayahnya duduk di bahagian depan sudahpun tertidur dengan topi yang menutupi wajahnya sedangkan ibunya pula duduk dibelakang sambil memperhatikan jalan.

Ini bukan pertama kali kwangsoo pergi kesana. perjalanan kwangsoo sekeluarga dihiasi dengan pemandangan hutan yang sangat indah. Beberapa belokkan jalan kadang kala menghadap ke jurang. Nasib cuaca pada saat itu Sangat cerah dan membuat jalan tidak licin dan jalan terasa menyenangkan.

Pada pukul 1 petang,  kwangsoi sekeluarga tiba di sebuah rumah bersrtuktur ala-ala belanda yang kelihatan sangat klasik. Dengan kain jendela bersekat serta halaman depan dan belakang yang luas. Dihiasi pohon pisang, jambu, nangka dan ketika masuk pun barang-barang yang ada memang sangat klasik. Makcik kwangsoo memang suka mengumpulkan barang-barangan antik. Kedatangan Kwangsoo dan keluarganya disambut dengan penuh kemesraan. Pakcik kwangsoo selalu mencium pipi kiri dan kanan kwangsoo sambil bertanya tentang karier kwangsoo.

Kwangsoo agak sedikit malas untuk menjawab pertanyaan dari pakciknya itu lalu dia kembali ke keretanya untuk mengambil beg baju milik ibu bapanya yang merancang untuk bermalam di situ sementara kwangsoo pula mencari kesibukan lain. Kwangsoo tidak akan menginap malam itu, kerana paginya dia ada sesi photoshoot. Akhirnya anak saudaranya pun keluar. Seorang bayi lelaki berumur sekitar 5 bulan yang bernama junki. Rasa lelahnya telah pun hilang ketika melihat junki seorang bayi yang sangat comel. Satu-persatu, anggota keluarganya mendukung dan bermain dengan junki. Kwangsoo menunggu gilirannya dan akhirnya gilirannya telahpun tiba.

Kwangsoo cuba membuat junki ketawa dan astaga!! MerekA semua terkejut apabila junki seorang bayi yang berumur 5 bulan tiba-tiba ketawa mengilai-ngilai . Kwangsoo langsung memberikan junki kepada ibunya dan mereka semua terdiam, pakcik kwangsoo langsung menjerit.

"Jangan ganggun cucu aku!!"

Kwangsoo terdiam kerana terkejut melihat pakciknya dan seketika itu suasana menjadi tidak tenteram. Pakcik kwangsoo terus mengajak seluruh ahli keluarganya pergi ke belakang rumah dimana dibelakangnya ada sebuah pokok pisang yang cukup besar.

[✔] Stray kids Horror storyWhere stories live. Discover now