"Ok.. Memandangkan masing-masing dah habis bercerita.. Changbin~ sila bukak lampu.." Arah bang chan..
"Ok.." Changbin bangkit dari duduknya lalu membuka suis lampu.
"Ehh?? Asal tak boleh bukak ni?" Changbin menekan-nekan suis lampu namun lampu itu masih tidak terbuka..
"Kenapa changbin??" Tanya woojin.
"Lampu ni tak nak bukak.. " jawab changbin.
"Halamakk.. Takkan lah suis lampu rosak kot.. "Kata jisung.
Ketika mereka semua sedang membebel memarahi lampu yang enggan menyala itu, tiba-tiba muncul angin kuat entah dari mana asalnya lalu memadam kesemua lilin yang di pasang oleh stray kids..
"Ohh sh*tt!!! I hate dark!!" Felix mula berang.
"Help~ help me~"
"Sapa tu??" Bang chan menegur suara itu.
"Help me~ help me~"
"Su-suara sapa tu hyung??" Tanya jeongin yang mula ketakutan.
"Oii!! Kau sapa hah??!!! " jerit bang chan.
"Help me~ help me~"
"Oii cipan bin siton!! Kau sapa hah??!! Baik kau pergi sebelum aku tetak kau guna author punya kapak dia yang legend tu!!" Bentak bang chan..
"Help me~ help me~"
Suara itu masih kedengaran malah bertambah kuat.. Oleh kerana keadaan gelap, mereka semua tidak nampak semua benda.. Termasuklah susuk tubuh empunya suara itu.
"Seungmin.. Fon kau ada kat kau kan?" Tanya hyunjin.
"Haah.. Kenapa?"
"Bak sini.."
Seungmin menghulurkan telefonnya kepada hyunjin. Hyunjin sepantas kilat mengambil telefon itu daripada tangan seungmin lalu membuka torch light yang ada di telefon itu.
"Hah.. Ada pun cahaya.." Hyunjin menyuluh ke seluruh ruangan menggunakan torch light telefon milik seungmin.
Sejurus dia menyuluh ke arah jisung.. Riak wajah hyunjin mula berubah secara drastik.
"S-sung.. Be-belakang kau~"
"Belakang aku??" Jisung menoleh ke belakang dan~
"HUARRGGHHHH!!!! HANTUUUUUU!!!" Kesemua ahli stray kids terus lari lintang pukang sejurus melihat seorang wanita berambut panjang yang berada di belakang jisung..
"HIHIHIHIHIHI~" wanita itu mengilai sehingga seluruh rumah stray kids boleh mendengar ngilaiannya..
.
TAMAT..
YOU ARE READING
[✔] Stray kids Horror story
Horrorвiℓα кєsємυα αнℓi sτrαy кi∂s вєrcєriτα кisαн sєrαм мαsiทg-мαsiทg~ . . . . Attention!! -sape yang lemah semangat tidak digalakkan membaca.. kalau nak baca jugak lagi bagus😁