"Giliran sapa lagi kalau bukan giliran Lee know you know~" balas minho sambil memflip rambutnya..
"Euuww.. Kutu bersepah siakk!" Sindir changbin.
"Natang bodoh ni.." Kata minho..
"Minho hyung nak cerita pasal apa??" Tanya jeongin.
"Kali ni hyung nak cerita pasal Hantu menemani pesakit~" balas minho.
"Cam seram jer.. Cer citer sikit.. "Kata bang chan.
"Citer ni bermula apabila~"
.
♠HANTU MENEMANI PESAKIT♠
By- Leeknow You know..
.
Jangjun bertugas di pulau jeju sebagai ahli archiologi. Oleh kerana keluarganya tidak tinggal bersamanya, dia terpaksa berulang alik dari seoul ke pulau jeju untuk bertemu dengan keluarganya. Suatu hari jangjun mendapat tugas untuk pergi ke pyeongchang selama 3 hari atas urusan berkaitan dengan artifak milik negara yang ada di sana . Malam sebelum dia pergi, seperti biasa dia melakukan aktiviti rutin hariannya seperti Membaca, menulis blog, mendengar berita dan sebagainya.
Malam itu jangjun tidak boleh tidur. Hatinya berdebar-debar dan tidak keruan. Dia mengira ada gangguan kesihatan dalam dirinya . Dia mencuba bersemangat dan menghibur dirinya dengan mendengar lagu sambil menari-nari. Setelah puas menari, dia Memejamkan matanya namun fikirannya melayang. Hadap kiri salah, hadap kanan pun salah. Terlentang lagi lah tak selesa.
waktu berlalu begitu sahaja hingga terdengar suara kokokkan ayam dari rumah jirannya. Dia lihat waktu sudah menunjukkan pukul 4 pagi, namun pukul 6 pagi dia harus bersiap kerana dia harus bertolak ke pyeongchang. Masih dia tinggalkan sedikit lagi waktu untuk menenangkan diri. Padahal perutnya semakin sembelit rasanya. Kesakitan di ulu hati hampir tidak tertahankan. Jangjun tidak boleh menolak pekerjaannya. Jangjun bangkit dari pembaringannya dengan tidak nyaman. Setelah berkemas, tepat pukul 6 pagi datanglah rakannya yang datang menjemputnya untuk ke pyeongchang. Dia memasukkan beberapa helai pakaian dan kelengkapan lain ke dalam beg baju bersaiz kecil untuk kebutuhan 3 hari.
Jangjun dan rakannya pun berangkat pergi. Jangjun memberitahu kepada rakan-rakannya tentang keadaannya pada hari itu. Setelah bersarapan di sebuah restoran, dalam perjalanan tiba-tiba Perutnya semakin menjadi-jadi sakitnya. Jangjun terkulai hampir tidak berdaya. Menjelang petang jangjun mendapat izin untuk segera pulang ke rumah, tidak jadi meneruskan tugas yang diberikan pada hari itu. Jangjun dihantar balik ke rumah menjelang petang. Dalam perjalanan, jangjun mengira da tidak sempat melihat keluarganya lagi. Dia berusaha tersenyum menghadapi kenyataan ini. Menjelang masuk perbatasan pulau jeju, jangjun sempat berkata-kata kepada rakannya,..
"tolong hantar aku ke hospital.."
Setelah itu, jangjun terus tidak sedarkan diri.. Ketika dia sedar, dia mendapati bahawa dirinya berada dalam ruangan yang nyaman. Putih bersih dan harum. Samar-samar dia melihat rakannya tadi berusaha tersenyum kepadanya. Seketika dia mulai sedar dan mengingat kisah yang baru dia alami tadi jangjun menjadi malu . Tapi dia melihat kawannya tadi seperti hendak menangis. Setelah makan dan minum ubat, jangjun tertidur. Di ruangan yang ekslusif itu jangjun keseorangan. Tidak ada yang menemaninya di bilik itu. Para doktor dan jururawat spesial hanya sekali-sekali menjenguknya. Tanpa terasa sudah dua malam dia berada di hospital. Malam ke dua ini berlalu dengan sepi dan sunyi. Suatu ketika dia terbangun. Dia sempat melihat jarum jam berada pada angka 3 pagi. Dia melihat botol infus itu seperti masih baru terpasang.
Dia berusaha tidur kembali. Belum lagi matanya terpejam kembali, jangjun di ganggu oleh suara ketukan pintu amat lembut. Dia tidak akan masuk sebelum jangjun mempersilahkan masuk.
"Masuk.."jawab jangjun.
Orang a.k.a seorang lelaki masuk dan menyapa jangjun dengan kalimat maaf (bukan salam) dan langsung membuka perbicaraan
"apakah saya menganggu encik? Jika menganggu saya tak ke sini. Saya cuma nak temankan encik jer.. Saya tengok dah 2 hari tak ada sapa-sapa yang temankan encik ." Ujar lelaki itu.
"Tak apa.." Jangjun berusaha untuk duduk di katilnya namun dia melarang jangjun untuk bangun.
Mulalah dia bercerita tentang berbagai perkara. Jangjun inginkan hanyalah tidur dan terus tidur. Tapi lelaki itu menganggu tidurnya. Ia berpakaian jururawat, mukanya putih agak pucat, Hidungnya mancung dan rambutnya agak ikal. Senyumannya juga baik, hingga jangjun tidak berfikiran negatif sedikitpun. Tiba-tiba dia seperti merenung jangjun. Ketik ini membuat bulu roma jangjun berdiri. Ia terdiam..
"Saya pergi dulu.." katanya lalu pergi meninggalkan jangjun... Dia pun keluar dari pintu tergesa-gesa seperti terdengar agak keras daun pintu itu tertutup. Jangjun pun tidur lagi dengan nyenyak. Hari itu hari ke tiga jangjun berada di hospital. Hari itu rakan-rakannya mula melawatnya bersilih berganti. Ada yang bawa cerita dari pejabat, ada yang buat lawak bodoh dan ada yang geleng-geleng kepala melihat jangjun di rawat di hospital itu. Kemudian, doktor datang dengan ditemani oleh pembantunya. Ia mengatakan bahawa jangjun boleh keluar petang ini. Pihak hospital menawarkan khidmat untuk menghantarkan jangjun ke rumah namun rakan-rakannya juga menawarkan jasanya. Jangjun memilih bantuan rakannya.
Dua jam sebelum discharge, jangjun sempat berbual dengan petugas yang ada di lobi. Dari situlah jangjun baru tahu, ternyata hospital itu kurang mendapat sambutan kerana hospital itu dianggap menyeramkan. Serkng jururawat dan doktor diganggu. Selidik punya selidik ternyata hospital ini menyimpan kisah misteri yang menyeramkan dengan kejadian beberapa pesakit mati secara tiba-tiba dan diganggu.
"Encik tak apa-apa? Encik tak kena ganggukan? Ada orang tanya kenapa encik minta duduk di tingkat 3..?.."
"Ada apa ini? saya tak minta pon.., tiba tiba jer saya sudah ada kat sana,.." jawab jangjun sambil tertawa.
Namun ketika jangjun hendak pulang, dia sempat berbual dengan jururawat yang berjaga malam tadi. Dia bercerita pengalamannya bertemu dengan jururawat yang temui malam tadi kepada jururawat yang bertugar itu. Jururawat itu bingung lalu memanggil pengawal. ia melanjutkan pertanyaan jangjun ke pengawal itu tentang ciri-ciri juturawat lelaki yang jangjun ceritakan tadi.
"Maaf encik.. Kat hospital ni tak ada jururawat lelaki yang ciri-cirinya macam yang encik sebutkan tu. Lagian mana ada jururawat yang ganggu pesakitnya sedang tidur. tidur tu kan ubat yang baik untuk pesakit." Kata pengawal itu.
Jangjun bingung dengan apa yang terjadi namun sebagai seorang lelaki sejati. Dia cuba untuk melupakan hal itu dan meneruskan kehidupannya.
-THE END-
.
"Hahh!! Amacam.. Seram tak cerita ni??" Tanya minho.
"Biasa-biasa jer.. Tak lah seram mana pon.." Kata changbin..
"Ok.. Nampaknya giliran leader bang untuk bercerita.." Ujar jisung..
"Hehehehe.." Bang chan mula kembang ketika namanya diseru..
.
BERSAMBUNG..
YOU ARE READING
[✔] Stray kids Horror story
Hororвiℓα кєsємυα αнℓi sτrαy кi∂s вєrcєriτα кisαн sєrαм мαsiทg-мαsiทg~ . . . . Attention!! -sape yang lemah semangat tidak digalakkan membaca.. kalau nak baca jugak lagi bagus😁