Aplikasi Berhantu

1.9K 244 138
                                    

"Ehh sung.. Kau tak payah nak berlagak handsome ekk.. Dah cepat cerita apa yang kau nak cerita kat kitorang.." Kata minho..

"Haiishh korang ni.. Tak boleh tengok aku senang sikit.. Bila aku kata aku ni handsome, kacak bergaya korang jeles.. Tapi tak apa.. Aku faham yang korang semua ni muka cam jamban.. Aku tau tu.."

"Han jisung A.k.a J.one ku sayang~ adakah tuan hamba ingin beta wangikan rambut tuan hamba seperti mana hamba mewangikan yitu rambut felix??" Tanya bang chan sambil tersenyum jahat..

"Ehh tak nak- tak nak.." Jisung segera menolak.

"Kalau tak nak~ CEPAT LAH CITERRR!!'' Bentak bang chan.

"Ok ok.. Kita citer.." Jisung menggigil ketakutan melihat bang chan bertukar menjadi leader yang garang ak.a vampire chan..

"Jisung hyung nak cerita pasal apa??" Tanya si maknae jeongin.

"Hyung nak cerita pasal kisah perjuangan seekor tupai demi menambat hati sang siput.~" balas jisung sambil matanya memandang seungmin yang sibuk memakan keropok.

"Apa pandang-pandang?? Nak ni??" Seungmin menunjukkan buku limanya tepat di muka jisung.

"Emm.. Tak-tak ada apa."

"Ehh korang.. Tak payah lah kita dengar cerita si tupai Tonggek ni.. Cerita dia semuanya merapu-rapu jer.." Ujar woojin.

"Alah hyung.. Jangan lah cam ni.. Sung gurau jer.. Ok.. Kali ni sung cerita betul-betul.." Pujuk jisung.

"Kau tak cerita betul-betul siap kau!! Hyung bakar semua koleksi-koleksi boxer tupai kau tu.. Termasuk album gambar yang penuh dengan gambar seungmin tu.." Woojin mengugut jisung.

"Ok ok.. Sung janji.."

"Jahanam punya tupai.. Kau curang kat belakang aku ye.. Tak apa- tak apa.. Mulai sekarang aku rasmikan bahawa Minsung couple dah PUPUSSSS!!" kata minho.

"Tidakkkkk!!" Jerit jisung.

"Hahaha.. Padan muka kau jisung!! Tu lah.. Kau rampas siput aku lagi.. Kan dah kena.. Nampaknya seungjin couple yang paling menyerlah kat sini.." Kata hyunjin..

"Sapa cakap seungjin couple yang menyerlah hah?? Changlix couple yang menyerlah cukup!! " changbin tidak mahu mengalah..

"Seungjin!!"

"Changlix!!"

"Seungjin!!"

"Changlix!!"

"Oii jebon-jebon sekalian!! Hang ni nak dengar ke tidak cerita aku ni??" Tanya jisung.

"NAKKK!!"

"Ok.. Hari ni.. Detik ini.. Saat ini.. Aku nak bercerita pasal Aplikasi berhantu~"

"Aplikasi berhantu?? Emm.. Sound interesting.." Ujar bang chan..

"Cerita aplikasi berhantu ni ceritanya cam ni~"

.

APLIKASI BERHANTU

By- Han jisung the handsome squirrel

.

Lucas adalah seorang yang penakut. Tetapi dia amat gemar membaca kisah-kisah horor atau riddle-horor yang membuatkan bulu romanya meremang. Baginya, menakutkan diri sendiri itu menyeronokkan.

Suatu hari, lucas sangat bosan dengan game-game yang dibeli dan di downloadnya. Lucas mengunjungi play store yang ada di iphonenya untuk mengetahui aplikasi atau game terbaru yang mungkin boleh menghilangkan rasa bosannya . Lucas melihat sebuah aplikasi yang menyediakan kisah horor dan riddle horor. Tanpa ragu-ragu, lucas pun mendownloadnya.

Setelah selesai mendownload aplikasi tersebut, lucas membuat akaun dan ia sedikit bingung, kerana buat apa dia mengisi borang yang begitu lengkap untuk membuka aplikasi yang hanya menyediakan cerita seram dan riddle horor.. Akan tetapi rasa ingin tahunya jauh lebih besar berbanding dengan keraguannya. Tanpa membuang masa, lucas terus mengisi borang itu dengan cepat dan membaca cerita-cerita tersebut.

Aplikasi ini benar-benar best dan hebat!!, Lucas terus merinding bulu romanya setiap kali membaca satu persatu cerita tersebut. Setelah dia penat membaca cerita-cerita itu, dia pun menutup aplikasi tersebut. Cerita-cerita tersebut membuat lucas tidak boleh tidur. Lucas memutuskan untuk memadam aplikasi tersebut kerana takut akan imaginasinya yang mula menguasai fikirannya.

Keesokan harinya, lucas mengajak rakan-rakannya untuk membaca cerita horor yang ada di aplikasi itu. Tentu sahaja lucas harus mendownload semula aplikasi tersebut. Setelah pulang sekolahnya, lucas memutuskan untuk memadam lagi aplikasi tersebut kerana takut dengan imaginasinya.

Di hari minggu yang membosankan itu, lucas mendownload kembali aplikasi tersebut. ini adalah kali ketujuh dia mendownload aplikasi itu. Setelah selesai mendownload, lucas mendapat notifikasi bahawa dia harus memberikan aplikasi itu kepada salah satu keluarganya atau dia akan mati.

Lucas berasa takut setengah mati. Namun dia tidak percaya kerana mungkin perkara ini adalah hanya sandiwara si penulisnya untuk menakutkan para pembaca. Tapi semakin dia padam dan mendownload lagi aplikasi itu, aplikasi horor itu semakin menampilkan kisah yang sangat horor dan nyata. Lucas menjadi bingung. Aku lucas pun memadam aplikasi tersebut.

Kemudian, lucas mendownload semula aplikasi tersebut kerana ingin membaca cerita terbarunya. Lucas pun membaca semua cerita dan tinggal satu cerita lagi yang belum ia baca yang bertajul, "Here.." Lucas pun membacanya dengan mata terbeliak apabila terkejut kerana cerita terakhir yang dia baca itu adalah sama dengan cerita kehidupannya dan perkataan terakhir yang tertulis di cerita itu ialah, "Seseorang datang menghampirinya dan membunuhnya.." Lucas pun menoleh ke belakang dan dia baru sedar bahawa ada seorang lelaki bermuka seram sambil memegang kapak di belakangnya.

-THE END-



"Makk aii... Seram siakk.." Kata hyunjin sambil memeluk seungmin.

"Delete!!! delete!!" Jerit bang chan sambil menekan-nekan iphonenya dengan kasar.

"Chan hyung.. Hyung buat apa tu??" Tanya minho.

"Hyung tengah delete semua aplikasi yang berkaitan dengan hantu.. Hyung tak nak jadi cam lucas.. Hyung nak kawin!!!"

"Kawin?? Hyung nak kawin dengan sapa??" Tanya changbin.

"Hyung nak kawin dengan.. Author~" pipi bang chan mula bertukar kemerah merahan..

"Author aku punya lah setan!!"woojin menjeling tajam kearah bang chan.

"Buekkk!!" Bang chan menjelirkan lidahnya kearah woojin..

"Lepas ni turn sapa pulak??" Tanya felix.

"Turn jinnie!!" Hyunjin mengangkat tangan kanannya.

.

.

BERSAMBUNG..

[✔] Stray kids Horror storyWhere stories live. Discover now