"Turn jinnie!!" Hyunjin mengangkat tangan kanannya.
"Jinnie.. Kau nak cerita pasal apa??" Tanya seungmin.
"Kali ni.. Aku nak cerita pasal Penumpang Van Jenazah~"
"Pe-penumpang van jenazah??"
"Yup.. Penumpang van jenazah.."
"Setahu aku lah kan.. Orang yang tumpang van jenazah tu pocong.." Ujar changbin.
"Mak ko ijo!! Jangan kau sebut makhluk bantal peluk tu.." Kata minho sambil memeluk bantal peluk berbentuk panjang.
"Min-minho hyung.. Hyung pe-peluk po-po-pocong ke tu??" Tanya jisung.
"Hah??" Minho memandang kearah bantal yang dipelukknya itu.
"Huarrghhhhh!!!! POCONGGGGG!!!" Minho melemparkan bantal peluknya itu lalu memeluk woojin yang berada di sampingnya..
"Woojin hyung!!! Minho takut~"
"Apa lah minho hyung ni.. Itu pun nak takut.. Tu bantal peluk. Bukannya pocong.. Mana ada pocong warna pink.. Hahahahahaha!!" Jisung ketawa terbahak-bahak.
"Jahanam kau tupai!! Hamek kau!!" Minho mencubit-cubit badan jisung..
"Ampun hyung ampunnnnn!!" Rintih jisung.
"Dah-dah.. Jangan nak bergaduh lagi.. Ok jinnie~ sila cerita.." Ujar bang chan.
"Ok .. Cerita penumpang van jenazah ni bermula cam ni~"
.
♠PENUMPANG VAN JENAZAH♠
By- Jinnie the jinyoung Got7 son
.
Van jenazah yang dipandu bambam menderu laju meninggalkan busan, menghala ke bandar seoul pada jam 3.30 pagi.
Selepas menghantar jenazah ke busan tersebut, bambam mahu segera pulang ke rumahnya yang terletak di bandar seoul.
Perjalanan pulang pagi itu agak sepi. Tidak banyak kenderaan yang melalui jalan di antara busan ke seoul.
Hanya sesekali van jenazah dipandu bambam berselisih dengan kereta atau lori-lori kenderaan berat.
Setengah jam memandu seorang diri dalam keadaan bosan, tiba-tiba bambam dikejutkan dengan deringan telefon. Cepat-cepat dia menjawab panggilan daripada rakannya, yugyeom.
"Bam!! Kau bila nak balik?? Jenazah tu kau dah hantar belum??" Tanya yugyeom.
"Dah hantar jenazah. Ni on the way nak balik." jawab bambam lalu menamatkan perbualan.
Tapi, sebaik telefonnya diletakkan di kerusi sebelah dan melalui sebuah selekoh tajam di kilometer 46.5, tiba-tiba bambam terkejut dan tergamam.
Manakan tidak, Di depannya kelihatan sebuah kenderaan berada di laluan bertentangan selepas hilang kawalan. Kenderaan itu bergerak ke kiri dan ke kanan sebelum berpusing-pusing beberapa kali.
Sepantas kilat kaki bambam menekan brek. Serentak tangannya menyentap stereng ke sebelah kiri, mengelak dari bertembung kenderaan tadi. Bunyi tayar menjerit mencengkam jalan.
SREEETTTTT....
Suasana sunyi sepi. Badan bambam menggeletar. Jantungnya berdegup dengan kencang. Rasa cam nak tercabut pun ada..
YOU ARE READING
[✔] Stray kids Horror story
Horrorвiℓα кєsємυα αнℓi sτrαy кi∂s вєrcєriτα кisαн sєrαм мαsiทg-мαsiทg~ . . . . Attention!! -sape yang lemah semangat tidak digalakkan membaca.. kalau nak baca jugak lagi bagus😁