"Oleh kerana maknae yang start cerita.. Lepas ni giliran seungmin lah cerita.." Balas woojin.
"Yehh!!! Siput story time!!" Jerit jisung.
"Natang bodoh ni.. Aku bukan sipot lah!!" Bentak seungmin..
"Buekkk!!" Jisung menjelirkan lidahnya kearah seungmin..
"Weh!! Cepat lah cerita!! Tak sabar nak dengar ni!!" Rengek Bang chan seperti budak kecik..
"Ok ok.. Min nak cerita lah ni.."
"Minnie.. Minnie nak cerita pasal apa??" Tanya hyunjin dengan manjanya..
"Min nak cerita pasal CERMIN BERHANTU~ " kata seungmin sambil membuat suara seram..
"Gluppp~" bang chan mula berasa tidak sedap hati..
"Cam mana ceritanya min??" Tanya minho.
"Ceritanya cam ni~"
.
.
♠CERMIN BERHANTU♠
By- Seungmin the sipot🐌
.
Hari ini aunty Rose datang. Seperti biasa, aunty Rose membawakan hadiah untuk Jennie. Kali ini hadiahnya adalah sebuah cermin berdesign mewah. Jennie sangat menyukai cermin itu. Kebetulan di bilik tidur jennie terdapat paku kecil lalu jennie langsung memasang cermin itu. Setelah menemani aunty rose berborak, aunty rose pun balik ke rumahnya..
Setelah aunty rose pulang ke rumahnya, jennie bercermin di depan cermin tadi. Nampak sebuah titik di pipinya. Jennie mengira bahawa ianya hanya luka biasa. Jennie tidak mempedulikannya dan langsung pergi. Pada Malam hari ketika jennie hendak tidur, jennie berasa agak perit dan sakit di bahagian kanan pipinya . Jennie segera melihat ke arah cermin. Ternyata luka yang tadinya hanya sebesar titik telah pun sebesar duit syiling 5 sen. Jennie menyapu krim luka lalu tidur.
Keesokkan harinya setelah jennie bangun, dia menyikat rambutnya dengan posisi menghadap ke cermin. Jennie terkejut beruk melihat luka di pipi kanannya itu. Luka itu membesar, menjadi sebesar duit syiling 50 sen lama. Jennie sangat takut. Dia Segera mengambil jarum untuk memecahkannya. Akan Tetaapi begitu sahaja hujung jarum menyentuh luka itu, rasa sakit mula terasa dan menyebabkan jennie tidak tahan. Jennie segera membuang jarum itu. Jennie segera turun, untuk mencari mamanya. Tapi jennie lupa bahawa mama dan papanya pergi ke Singapura kerana urusan kerja.
Pada petang hari, jennie memandang cermin itu lagi. Nampaknya kini luka itu sudah sebesar sebiji telur. Jennie hanya pasrah dan meratapi wajahnya. Tiba-tiba, jennie terdengar suara dari belakangnya,
“buanglah cermin itu!!” Kata suara itu.
Jennie segera menoleh ke belakang. ternyata tidak ada sesiapa pun di belakangnya. Jennie tidak mempedulikan suara itu dan khusyuk membaca komik.
“Buanglah cermin itu!!” Kata suara itu dengan lebih keras.
Jennie terdiam dan memutuskan untuk tidur.
Keesokkan harinya, jennie terbangun dengan keadaan pipi kanannya yang teramat sakit dan perih. Jennie melihat kini lukanya itu sudah sebesar buah mangga. Jennie berasa amat takut . Jennie ingin memecahkan lukanya itu tetapi dia tidak punya cukup banyak keberanian. Akhirnya setelah diam sejenak, dia cepat-cepat menusukan jarum ke luka itu. Tiba-tiba muncul beribu ribu labah-labah dan kala jengking yang keluar dari lukanya itu lalu merayap ke seluruh wajahnya. Jennie pengsan kerana terkejut.
Hari ini banyak orang datang ke rumahnya. Mama dan papanya juga langsung pulang dari singapura. Kelihatan bendera tanda berduka, dipasang di depan rumahnya. Semua hadirin yang datang kelihatan menangis kepergian seseorang. Jennie tahu siapa orang itu kerana dia cukup mengenali orang itu. Kerana orang itu adalah jennie…
.
-THE END-
.
"Mak dia ijo!! Seram siakk.. Kalau cam ni lah jadinya.. Aku tak nak tengok cermin.." Ujar hyunjin..
"Kan~" tambah minho..
"Mirror for myself~"
"OMMA TOLONGGGG!!! ADA HANTU CERMIN KACAU CHRISSSSSS!!!!" jerit bang chan lalu memeluk badan woojin dengan erat kerana takut.
"Apa lah kau ni chan.. Mana ada hantu cermin.." Kata woojin yang cuba untuk meyakinkan bang chan..
"Ada lah!! Hantu cermin tu wujud.. Tadi dia ada cakap mirror for myself~ " bang chan mengajuk kembali apa yang dia dengari tadi.
"Tu suara kita lah.." Kata felix tanpa rasa bersalah.
"Ehh budak felix ni.. Hamek kau!!" Bang chan meletakkan kepala felix di ketiaknya tanpa belas kasihan..
"Mommy!!! Help me!!" Rintih felix.
"Lepas ni confirm kepala kau wangi felix.." Sindir changbin.
"Hahahahahaha!"
"Lepas ni giliran sapa pulak?" Tanya jeongin.
"Lepas ni giliran encik Lee felix si kepala wangi~" sindir jisung..
"Kepala wangi?? Lol!!" Seungmin ketawa terbahak-bahak.
"Hah.. Korang Ketawa lah puas-puas.. Nanti bila korang semua dah mati.. Giliran aku pulak yang ketawakan korang.." Kata felix.
"Ehh.. Budak ni.. Gurau pon tak boleh ke??" Tanya woojin.
"Whatever~"
"Dah-dah.. Cepat lah cerita budak kepala wangi oii!!" Jerit bang chan..
.
.
.
BERSAMBUNG..
YOU ARE READING
[✔] Stray kids Horror story
Horrorвiℓα кєsємυα αнℓi sτrαy кi∂s вєrcєriτα кisαн sєrαм мαsiทg-мαsiทg~ . . . . Attention!! -sape yang lemah semangat tidak digalakkan membaca.. kalau nak baca jugak lagi bagus😁