Pekerja Call Center 24 Jam

1.7K 228 44
                                    

"Ok.. Lepas ni giliran setan mana pulak??" Tanya woojin.

"Me~" changbin mengangkat tangan kanannya sambil membuat muka blur.

"Yeahh!! Baby changbin story time!!" Jerit bang chan..

"Binnie hyung nak cerita pasal apa kali ni??" Tanya felix.

"Kali ni aku nak cerita pasal Pekerja call center 24 jam.." Balas changbin.

"Hahh?? Pekerja call center 24 jam?? " tanya jeongin sambil menggaru-garu kepalanya.

"Haah.. Alah kan kalau kita selalu call polis ke bomba ke.. Kan ada orang yang jawab panggilan kita.. Hah kerja tu lah.." Terang changbin.

"OHHH!!"

"cam mana cerita tu??" Tanya woojin yang mula tertarik.

"Ok.. Ceritanya cam ni.."

.

PEKERJA CALL CENTER 24 JAM

By- Baby Binnie Binnie
changbinie~

.

Doyoung sekarang mempunyai pekerjaan walaupun cuma seorang Call Center tapi setidaknya dia tidak menganggur dirumah. Doyoung kerja di shift malam yang bermula dari pukul 7 petang hingga 7 pagi. Hampir dua minggu dia trainee dan hari itu adalah hari pertama Doyoung bekerja sebagai pekerja tetap.

Doyoung sampai di gedung telekomunikasi di jalan bilal jaebum itu. Bangunan tinggi yang menjulang dengan beberapa pejabat yang tergabung disitu.. Setelah menghadap manager, Doyoung ditunjukan sebuah meja dimana ia akan bekerja sama seperti pekerja yang lainnya. Sebelah kirinya terdapat seorang lelaki yanh berbadan kurus yang sedang sibuk menerima panggilan dan sebelah kanannya pula terdapat seorang perempuan yang sebaya dengannya sedang mengemas mejanya.

Perempuan itu mempunyai rambut yang lurus dan tersenyum ramah. Dia menyapa doyoung dengan ramah sekali. Nampaknya shift perempuan itu sudahpun selesai. Doyoung agak sedikit tidak enak hati dibarisan itu, kerana hanya tinggal dia seorang. Doyoung berdiri dan pura-pura memperkemaskan baju seragamnya, sambil memastikan apakah ada orang lain yang satu shift dengannya.

Doyoung melihat diantara selang beberapa meja darinya, terdapat 5 orang lelaki dan seorang wanita dan hal itu membuatkan doyoung berasa tenang kerana ada orang yang bekerja satu shift dengannya. wanita yang dilihatnya itu cukup aneh dan dia duduk paling hujung. Doyoung segera kembali ke tempat duduknya sejurus dia mendapat tahu bahawa wanita di hujung itu melihatnya.

Doyoung menarik nafas dan dia terkejut dengan suara dering telefon yang baru saja dia pasang ditelinganya.

"Hello, call center 24 jam.. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

waktu dan jam berlalu begitu cepat hari itu, tidak terasa waktu jam sudah menujukan pukul 2 pagi namun doyoung masih sibuk menerima panggilan sehingga dia terkejut. Entah dari mana datangnya seuntas rambut panjang terjuntai didepannya. Doyoung perlahan-lahan melihat ke atas dan,

"Opocot mak ko hantu!! Hishh cik ni.. Buat saya terkejut jer.. Em ada apa ye?"

perempuan yang duduk di hujung itu menghampirinya, wajah cantik dan sikap ramahnya membuatkan doyoung bersikap ramah kepadanya. Dia bertanya adakah doyoung sudah makan dan doyoung menjawab kalau dia sudah pun makan tadi. Perempuan itu pun tetap mengajak doyoung, akhirnya dia meninggalkan meja doyoung bersama lima orang laki-laki yang duduk bersama didepannya. Doyoung duduk kembali melanjutkan pekerjaannya.. Suasana pejabatnya itu cukup sepi dan hanya terdengar bunyi komputer.

Lalu lampu merah didepannya menyala, itu tanda ada seseorang yang sedang membuat panggilan. Doyoung tekan tombol disebelah kiri dan menjawab panggilan itu.

  "Hello, call center 24 jam.. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?? Hello??"

Dihujung panggilan tidak terdengar apa-apa hanya suara seperti air dibilik mandi. Doyoung bertanya sekali lagi namun masih tidak ada jawapan. Akhirnya doyoung memutuskan untuk menamatkan panggilan itu dan lampu merah berkelip-kelio lagi disertakan dengan dering telefon. Doyoung menjawabnya dengan nada yang sangat ramah.

"Hello, call center 24 jam.. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?. Hello?"

Doyoung mula penasaran dengan siapa orang yang menelefon itu. Doyoung membiarkan telefon itu bersambung. Masih senyap dan hanya terdengar bunyi seperti percikkan air lalu sebuah suara lembut muncul ditelefon itu.

"Oppa, boleh saya minta tolong??"

"Ok.. Saya akan bantu cik."

"Tolong saya oppa, tolong~ "

"Hello?? Cik?? Hello!! ."

Tiba-tiba telefon senyap dan telefon itu langsung terputus lalu telefon berbunyi kembali. Kali ini doyoung agak sedikit kesal.. Doyoung mendiamkan saja telegon itu. Doyoung menjawab panggilan itu tapi dia tidak berbicara. tiba-tiba terdengar suatu suara.

"Oppa.. tolong saya~ "

"Cik.. ini call center 24 jam, jadi tolong jangan main-main ya cik.. Kalau cik ada masalah bagi tahu jer lah!!."

Doyoung pun menjawab dengan nada emosi, dan tiba-tiba terdengar suara rintihan tangisan perempuan itu sangat menakutkan lalu doyoung segera menutup telefon itu dan suasana mul menjadi seram. Doyoung sangat ketakutan dan lalu terdengar kembali suara dering telefon.

"Tolong saya oppa, tolong~"

"Hello cik!!  jangan main-main ek. saya tengah kerja ni!!"

"Tolong saya oppa, sakit.. sakit~ tepikan kaki oppa dari kepala saya dibawah meja ni~"

Doyoung terkejut lalu melihat ke arah bawah, di bawah meja dan mendapati kepala perempuan menyeramkan telah terpijak oleh kakinya. Doyoung langsung berdiri mengangkat kakinya, kepala itu tergolek ke arah kakinya. Ternyata didepan sekarang sudah bukan meja kerja lagi, melainkan keranda mayat yang kosong.

Tiba-tiba terdengar sayup namanya disebut, suara perempuan itu membangunkannya. Disebelahku ada mina, perempuan yang tadi petang pulang. ditengah keriuhan orang-orang bertepuk tangan. Doyoung bertanya apa yang telah terjadi. Mina menjelaskan kepada doyoung bahawa dia berjaya menjadi pekerja call center itu kerana berjaya bertahan sendirian di pejabat.

Doyoung terkejut dengan ucapan mina bahawa dari petang semalam semua pekerja sudah balik ke rumah masing-masing kecuali doyoung.. Doyoung tertanya-tanya siapa 5 orang lelaki dan perempuan yang bekerja dengannya malam. .


-THE END-

.

"Fuhh!! Seram dohh citer ni.." Ujar bang chan..

"Kesian doyoung.. Tak sangka dia satu pejabat dengan hantu.."kata seungmin.

"Ok.. Lepas ni giliran sapa??" Tanya bang chan.

"Giliran sapa lagi kalau bukan giliran Lee know you know~" balas minho sambil memflip rambutnya..

"Euuww.. Kutu bersepah siakk!" Sindir changbin.

"Natang bodoh ni.." Kata minho..

.

BERSAMBUNG..

[✔] Stray kids Horror storyWhere stories live. Discover now