Misteri Kematian Ibu

1.9K 266 43
                                    

"Felix hyung!! Cepat lah cerita!!" Jeongin mula merengek..

"Ok fine.. Tapi sebelum tu.. Bagi aku minum dulu." Felix mengambil susu kotak berperisa epal hijau lalu meminumnya..

"Ok.. Kali ni lix nak cerita pasal Misteri kematian Ibu~ "

"Wow!! Sejak bila Lee felix pandai cerita pasal cerita-cerita hantu ni??" Kata changbin.

"Sejak anda menjadi buah hati saya.. Cia cia cia!!" Felix mula bercia cia..

"Nak muntah pisang aku.." Ujar jisung.

"Chan.. Kuat betul penangan bau ketiak kau ekk sampaikan otak si felix ni jadi bengong.." Kata woojin.

"Hehhehehe.." Bang chan tersenyum kambing.

"Ok guys.. Cerita tu cam ni~"

.

MISTERI KEMATIAN IBU

By- Aussie boy Felix

.

Hari ini adalah tangg 13 Jun, hari yang paling bersejarah bagi hidup Jae. Mungkin orang lain akan menghiraukan tarikh ini namun ia tidak bagi jae. Tarikh 13 jun adalah tarikh dimana ommanya meninggal kerana dibunuh. Omma jae orangnya baik tetapi tidak tahu mengapa ada orang yang sangat membenci ommanya sehingga sanggup membunuh ommanya.

Jae selalu tertanya-tanya siapa yang sanggup membunuh ommanya dan kenapa ommanya harus meninggal dengan cara yang tragis seperti itu. Adakah ommanya mempunyai kesalahan yang begitu besar sehingga pembunuh itu sanggup membunuh ommanya. Tarikh 13 jun, jae selalu termenung seperti hari ini.. Ketika jae sedang termenung jauh, tiba-tiba ada yang memanggil namanya dari bilik dimana ommanya mati dibunuh.. Jae langsung pergi dan melihat bilik itu.

Sejurus dia sampai ke bilik itu, jae terkejut melihat susuk tubuh mahluk mirip ommanya yang telah meninggal sedang berdiri memakai baju putih di dalam bilik itu.. Makhluk itu pun berbicara.

"Jae anakku kemarilah sayang.. Ini omma~ " ucapnya itu.

"Siapa kau? kenapa kau ada kat sini..??" Jerit jae pada makhluk itu.

"Ini omma sayang.." Jawab makhluk itu dengan suara yang lembut sama seperti suara ommanya.

"Omma aku dah mati!! Kau sapa hah?!!.." Jerit jae pada makhluk itu.

"Ini omma sayang.., memang omma dah mati tapi roh omma masih tidak tenang kerana orang yang membunuh omma belum diketahui oleh keluarga kita.." ucap makhluk itu sambil  menangis.

"Jadi sapa yang bunuh omma..??" tanya jae sambil menangis dan menghampiri makhluk itu.

Tiba-tiba, bilik itu berubah menjadi seperti bilik ommanya yang dulu dan susuk badan ommanya tadi menghilang dan jae pun menjadi tembus pandang (*jae boleh tengok apa yang  berlaku.. Tapi tak boleh sentuh.. Paham² jer lah ye..)

Tidak beberapa lama kemudian, datang ommanya yang masih hidup dan ahnjummanya dari luar bilik memasuki bilik itu dan jae masih terdiam. Tapi di dalam bilik itu sepertinya terjadi pertengkaran yang hebat diantara ommanya dan ahnjummanya tetapi jae tidak dapat mendengar jelas apa yang meraka katakan. Tiba-tiba ahnjummanya mengambil rantai pemberian appa untuk ommanya sehingga membuat ommanya marah dan menampar ahnjummanya. Ahnjummanya kelihatanya sangat marah dan menolak ommanya sehingga ommanya terpelanting jauh lalu kepala ommanya terkena bucu almari sehingga kepala ommanya mengeluarkan darah.

Jae segera menghampiri ommanya tetapi apakan daya jae tidak boleh berbuat apa-apa untuk menolong ommanya. Akan Tetapi ahnjummanya ketawa sinis sambil mengambil pisau buah lalu menikam ommanya bertubi-tubi...

"TIDAKKKKK.." Jerit jae sambil menangis teresak-esak.

Ahnjummanya pergi seperti tidak mempunyai kesalahan mahupun dosa. Setelah itu jae tidak ingat apa-apa kerana jae tiba-tiba saja pengsan. Setelah jae bangun semuanya kembali normal. Tapi jae terus ingat kejadian tadi dan jae segera bergegas ke balai polis. Di balai, jae menceritakan semuanya kepada pihak polis. Pihak polis dan jae pergi ke kediaman ahnjummanya.

Sejurus saja tiba di rumah ahnjummanya, pihak polis meminta izin untuk menggeledah rumah itu. Ahnjummanya mengizinkan pihak polis menggeledah rumahnya kerana ketakutan.. Tanpa membuang masa, pihak polis pun langsung menggeledah rumah ahnjummanya. Tidak beberapa lama kemudian, pihak polis pun menemukan rantai yang jae ceritakan lalu segera menangkap ahnjummanya..

Ahnjumma jae telah di tahan dan di hukum penjara selama 15 tahun atas tuduhan membunuh.

.

-THE END-

.

"Sedih siakk cerita kau felix.." Kata changbin sambil menghembuskan hingusnya ke tisu..

"Huhuhu.. Aku rindu omma aku.. Huarrghhhh!!" Minho menangis teresak-esak..

"Omma~" semua ahli stray kids menangis teresak-esak kerana mengingati omma mereka..

"Jahat betul ahnjumma tu.. Sampai hati dia bunuh omma jae.. Kalau aku jadi omma jae.. Aku cekik jer betina tu sampai mampus!!" Kata jisung dengan penuh emosi.

"Rileks sung relaks.. Benda tu dah lama settle.. Lagipon Ahnjumma jahanam tu pon dah lama mampus.." Ujar felix.

"Cam mana kau tahu betina tu dah mampus??" Tanya seungmin.

"Sebenarnya.. Jae tu abang sedara omma aku.. Dan omma jae tu sebenarnya halmeoni sedara aku.. Hihihihi.."balas felix..

"Ohh~"

"So lepas ni giliran sapa pulak yang bercerita??" Tanya woojin..

"Hyung ni.. Dah tahu bertanya pula.." Ujar jisung sambil membetul-betulkan bajunya..

"Jujur aku cakap.. Aku memang tak tahu lepas ni giliran sapa.. " kata woojin yang sedang blur..

"Ok ok.. Lepas ni giliran kita.. Ni.. Han jisung A.K.A Tupai osem dan handsome!!" Ujar jisung sambil membangga-banggakan dirinya..

"Cehh.. Handsome lah sangat.. Muka cam biawak tonggek.. " sindir hyunjin..

.

.

BERSAMBUNG..

[✔] Stray kids Horror storyWhere stories live. Discover now