Dan untuk
Sesuatu yang paling pasti,
Jiwa-jiwa mereka tergantung kukuh pada tembok-tembok hati
..
Biar awan jadi saksi,
Akan aku yang cuba melebarkan senyum tatkala hati makin lebur.
Hanya kerana,
Jiwa-jiwa mereka.
Mungkin hujan juga perhati,
Akan tangis yang tidak mampu aku seka dan mengalir seiring dengan tetes-tetesnya.
Juga kerana,
Jiwa-jiwa mereka.
Udara pasti merasai,
Akan lelah yang membuat aku rebah setelah usai menanduskan daya.
Tentu kerana,
Jiwa-jiwa mereka.
Dan demi jiwa-jiwa mereka ini.
Jiwa aku lagi gering,
tenat dan hampir mati.
...
Dan jiwa-jiwa mereka jugalah
Satu-satunya harta yang aku ada.
ANDA SEDANG MEMBACA
di Sebalik Orked
PoetryRealiti yang bersangkut dengan aku; Rusak. Orked-- Mahluk indah yang di depan mata aku dan membelakangi realiti-realiti itu. Langsung menjadi realiti baru.
