Malam ini,
Aku bersemuka dengan aku yang di dalam aku.
Dia bilang,
Dia sudah bosan, lelah, mual dengan Kitaran kekusutan yang sama.
"Kita ini tiada apa-apa,
Enteng pula kita dipandang mereka.
Maruah pun seakan-akan tiada.
Dimana hujungnya?
Sampai bila mahu tetap begini saja?
Bukan hanya mereka saja yang memandang sedemikian rupa,
Kita sendiri merasakan soal yang sama.
Bukannya kita tidak punya usaha.
Aku bosan! Lelah! Mual!"
Aku ludah muka dia seikhlas hati. Lalu berkata begini.
"Soal ini yang telah buat kau mati.
Sekaligus aku pun sama-sama mati.
Tenang, hiduplah kembali.
Ini semua terminologi untuk usaha menuju ke hari besar kita nanti
Tenang.
Ayuh sama-sama usaha dengan aku lagi."
Syukur,
Dia mengerti dan bernafas kembali.
ANDA SEDANG MEMBACA
di Sebalik Orked
PoesíaRealiti yang bersangkut dengan aku; Rusak. Orked-- Mahluk indah yang di depan mata aku dan membelakangi realiti-realiti itu. Langsung menjadi realiti baru.
