Udara

9 1 0
                                    

Untuk kekal bernafas
Untuk perut terus penuh
Untuk tidur yang lena
Untuk senyum yang sempurna;

Kita perlu memerah semampu daya. Demi lumrah peranjakan masa, di mana manusia memanfaatkan manusia, walau dengan apa jua cara.

Aku percaya; perebutan kuasa sesama manusia bermula dari situ. Untuk kelangsungan hidup. Untuk bisa hidup selesa dan lebih selesa.

...

pembentukan sistem hidup kita membuat aku lupa tentang tenang yang sama sekali tidak berbayar. Keberadaannya bersifat percuma. Di kongsi pula dengan sama rata.

Ia tidak terlihat dek mata, namun nilainya menjangkaui semua harga.

...

Mungkin kerana fitrah manusia sememangnya tamak, jadi tuhan takdirkan ia wujud tidak terlihat.

Mahu di lihat pun tidak mampu, inikan pula mahu di rebut.

...

Udara sebagai perantara.
Buat aku dan alam bersatu.

di Sebalik OrkedWhere stories live. Discover now