Kesan Pakcik semi waras

10 2 0
                                    

Tadi siang yang sudah hampir beralih sore. Ada seorang pakcik datang ke sarang alat-alat bunyi di tengah bandar, tempat aku cari rezeki. Dia tinggalkan sesuatu yang membuatkan pedoman hidup aku jadi samar-samar.

Pakcik ini sudah lama jadi penghuni di setiap inci kaki lima yang ada di sekitar tengah bandar itu. Gelandangan. Dan mungkin juga semi waras.

Sesuatu yang membezakan dia dengan gelandangan yang lain adalah, dia cinta sama alat  bermain bunyi. Bila aku terlihat kelibat lelaki tua yang mengusung sebuah gitar yang diikat dengan tali kasut untuk di gantung pada bahu, sebelah tangan lagi menggenggam seruling bambu yang tertempel pita pelekat hitam pada bahagian-bahagian yang retak,  dan keyboard kecil yang terbunjul keluar melebihi ruang beg galasnya;  hanya dia saja yang kelihatan begitu di tengah-tengah bandar ini.

Tempat aku cari rezeki ini, sarat dengan alat-alat bermain bunyi. Orang-orang macam kami tidak akan bisa tenang jika hanya menikmati keayuan instrument-instrument itu dari jauh. Aku faham tentang perasaan itu. Ruang bekerja aku ini juga telah menjadi titik persinggahan dia sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Jadi,
Kali itu aku biarkan lagi ruang ini jadi santapan matanya. Raut wajah yang langsung ceria kerana bertemu cinta itu juga antara santapan mata paling indah buat aku.

Lalu dia bertanya pada aku tentang harga sebuah buku. Buku ilmu tekan-tekan buat piano. Dan aku utarakan jua padanya harga buku tersebut walaupun berat hati mahu aku sebut. Sebab aku pun rasa buku tu mahal hanat!

"Buku ni Rm120 lebih pakcik."

"Alaa. Tak boleh kurang ke. Tolong lah sikit orang melayu. Aku ada ni je." 3 keping not satu ringgit, 2 keping syiling dua puluh sen dan 1 keping syiling lima sen.

Dalam sayu aku kuatkan diri untuk berkata apa yang perlu. Sebab ini pekerjaan aku. Amanah aku. Aku mahu bantu kalau aku mampu tapi rezeki aku hanya cukup-cukup buat aku dan tanggungan aku.

"Saya minta maaf, pakcik. Saya tak boleh bantu. Harga buku ni macam ni. X cukup kalau duit cuma banyak ni."

"Engkau ni rosak.
Muka macam kau ni tak boleh tolong orang melayu. Rosak!" Sah! Dia semi waras. Pakcik semi waras membedil das kata-kata panas.

...

Ya, usia seperti aku ini sinonimnya dengan budak baru kenal struggle dunia. Tetapi, selama aku bernafas aku cuma berasa benar apabila aku peduli tentang mereka-mereka yang hidupnya terhubung dengan aku.

Tetapi sering juga aku berasa salah setelah mereka tidak memulangkan nilai yang sama.

Pakcik itu, semi waras. Jadi, tiada yang salah dengan perlakuannya. Tiada sebab untuk aku terkesan dengan kata-katanya.

Mereka pula, fully waras. Sama perlakuannya dengan yang semi waras. Cuma yang lain hanya pada bentuk argumentasinya sahaja.

Aku rasa kecewa.
Pada diri sendiri kah?
Atau pada mereka?
Itu kesan yang aku rasa.

di Sebalik OrkedWhere stories live. Discover now