Buat masa ini,
Aku cuma terfikir tentang
Dua perkataan di dalam satu ayat.'Aku' dan 'Dia'.
Lalu aku tulis di hamparan di antara helaian-helaian yang sarat dengan rahsia-rahsia yang telah bikin hati mati atau hidup kembali beribu kali.
Sempurna.
Cukup sekadar hanya aku yang rasa.Kerana sebelum akal aku datang membawa perkataan itu bersama, jika garis masa itu bisa di lihat dengan mata, pasti terlihat tanda-tanda luka di sepanjang perjalanannya.
Dan sempurna.
Cukup sekadar hanya aku yang rasa. Perkataan itu menjadi ayat indah yang menghuni jiwa.
YOU ARE READING
di Sebalik Orked
ŞiirRealiti yang bersangkut dengan aku; Rusak. Orked-- Mahluk indah yang di depan mata aku dan membelakangi realiti-realiti itu. Langsung menjadi realiti baru.