Di antara kita,
Engkau yang paling cerah.
Aku ini sering saja mahu terus hanyut di dalam deras arus kata-kata mu yang penuh warna.Pernah ada suatu masa,
aku mengatakan yang dunia itu kecil.Di setiap malam pula,
Kembara di kota ceritera mu itu sudah cukup bikin seru. Dan aku selesa untuk berterusan keliru di situ.Dan kini sedia ku akui bahawa yang kecil itu bukan dunia. Tetapi aku.
YOU ARE READING
di Sebalik Orked
PoetryRealiti yang bersangkut dengan aku; Rusak. Orked-- Mahluk indah yang di depan mata aku dan membelakangi realiti-realiti itu. Langsung menjadi realiti baru.