Sebiasa kata kita;
Mengajak kepada permulaan itu
Bermula dari titik yang sifatnya sempurna dan bahagia.....
Terkisahnya,
Ada satu kelompok yang tertakdir wujud dua sifat yg tidak bisa tergabung, bergabung, di gabung dan menyatu, lalu terbentuk satu garisan yang mengantara, membahagi lalu memisah.Sebelah sana, tidak ada yang salah.
Sebelah situ, tidak juga bersalah.
- dan penghujungnya mahu di letak pada peryataan itu.....
Pisahkan,
2 dari 10 seerti dengan memisahkan 8 dari 10.Yang sana, dimaknakan sebagai toxic setelah berlaku jujur terhadap hati yang kian terhakis dan makin tipis.
Yang situ, Yakin bertingkah selaku antidote seusai menghakis nilai yang tidak mencukupkan angka. Ya antidote yg menghakis.
....
Jika aku itu 8 dan fitrah aku ialah toxic,
Kamu antidote yang nilainya hanya 2.Aku adalah toxic tetapi fitrah kamu sudah membuatkan aku gelisah terganggu. Jadi kamu itu toxic untuk fitrah aku. Tapi tidak masalah, kerana aku masih 8 yg tidak boleh digoyah dengan hanya sekecil 2. Dan bila kamu berani membentak tentang kelakuan aku yg menghakis kamu itu, jangan pernah lupa
Yang nilai kamu tidak sebesar aku, menyingkirkan kamu bisa jadi mudah.Kerana, kamu
adalah toxic buat fitrah aku.....
"Sebelah sana, tidak ada yang salah.
Sebelah situ, tidak juga bersalah."Kabur lalu terselindung. Namun tetap wujud.
YOU ARE READING
di Sebalik Orked
PoetryRealiti yang bersangkut dengan aku; Rusak. Orked-- Mahluk indah yang di depan mata aku dan membelakangi realiti-realiti itu. Langsung menjadi realiti baru.