Sayang,
Kau maafkan aku
Kerana aku hanya sekadar aku.
Maafkan aku
Yang masih belum mampu
Bersenandung semerdu ekspektasi manusia-manusia serona kamu.
Sayang,
Cukup sekadar kau tahu
Yang aku ini, cuma Aku.
Seorang Aku
Yang masih mendaki tangga
Dan aku di bawah sini, kalian sudah jauh di atas sana.
Dan tanpa perlu berkira-kira
Engkau berlalu dan menerima hakikat yang Aku sekadar aku, Aku ini cuma aku. Bukan siapa-siapa.
Sayang,
Kau maafkan aku,
Cukup sekadar kau tahu;
Itu semua hanya di mata kamu dan selebihnya cuma aku saja tahu.
ANDA SEDANG MEMBACA
di Sebalik Orked
PoetryRealiti yang bersangkut dengan aku; Rusak. Orked-- Mahluk indah yang di depan mata aku dan membelakangi realiti-realiti itu. Langsung menjadi realiti baru.
