Aku sibuk dalam kotak pemikiran aku, tapi....
Kau telah memperkecil-kecilkan aku,
Di ibarat kan seperti; sekecil-kecil kuman itu, kecil lagi maruah aku kau perlakukan.
Aku, yang kau rasa selalu berapungan dalam dunia sendiri ini, kini pilih untuk jujur dengan rasa dan membela maruah diri:
Lantas kau bilang aku itu Manusia Toxic.
Jika kau bilang aku seperti itu,
Maknanya kau mahu aku terlihat seperti itu,
Baiklah, aku pilih untuk jadi manusia toxic itu,
Dan mangsa pertama, tiada yang lain selain kamu.
ANDA SEDANG MEMBACA
di Sebalik Orked
PoesiaRealiti yang bersangkut dengan aku; Rusak. Orked-- Mahluk indah yang di depan mata aku dan membelakangi realiti-realiti itu. Langsung menjadi realiti baru.
