teaser 6

1K 66 13
                                    


“Jom, Rose bawa abang masuk bilik.“ Mengangkat punggung, Rosemiya menghampiri Jazil. Jemari kasar itu diraih lalu disangkutkan ke belakang batang lehernya. Ingin membantu si suami bangkit dari duduk.

“No, it's okay. Saya boleh bangun sendiri.” Tidak selesa, Jazil lantas merungkai lilitan dua lengan Rosemiya di abdomennya. Dia segan beraksi intim di hadapan ahli keluarga lain. Tambahan pula Rosemiya seolah ‘orang baru’ baginya. Bersentuhan dengan wanita itu menjadikan jantungnya bekerja lebih keras. Sudahlah kepala masih terasa pedih. Ditambah pula dengan jantung yang menggila. 

Rosemiya terundur ke belakang. Air mukanya berubah. Terasa kulit muka menghangat. Lebih-lebih lagi terkesan senyum sinis di hujung bibir Kak Ngah. Apa lagi kalau bukan mengejek layanan Jazil terhadapnya.

“Jazil nak rehat. Tak nak ada sesiapa ganggu.”

Perlahan sahaja tetapi pesannya persis amaran keras terutama di telinga si isteri. Buat seketika, dia mahu berehat. Cukuplah dengan segala kejutan yang diterima. Tak perlu ditambah tekanan yang ada.

Plastik ubat-ubatan Jazil diambil. Sementara lelaki itu mampu berdikari ke bilik, Rosemiya mendapatkan minuman untuk si suami yang perlu menelan ubat.

Masuk ke kamar, Jazil sedang berbaring sambil memicit kepala di atas katil. Rosemiya mendekat lalu bertenggek di sebelah si suami. Menghulurkan gelas dan ubat.

“Rose tak nak buat abang stress. Tapi abang perlu tahu sesuatu. “

Menyambut minuman dan ubat, Jazil memusat perhatian pada seraut wajah indah di sebelah. Dahinya berkerut sedikit. Tertanya-tanya perkara yang bakal diperdengarkan.

Senyum hambar, Rosemiya membalas renungan si suami. Awalnya dia mahu diamkan sahaja. Namun memikirkan kebaikan untuk diri sendiri, Rosemiya nekad memecah khabar.

Selamba sebelah tangan Jazil diambil lalu dilekapkan ke perutnya.

“Abang mungkin tak ingat Rose tapi abang perlu tahu. Dalam ni ada anak abang.“

Jazil kaku. Setiap bicara Rosemiya mengirim sejuta rasa terutama di baris yang terakhir.

Sweet Rose [TERBIT]Where stories live. Discover now