Teaser 9

997 68 7
                                    

"Macam mana abang boleh kenal Rose?" Rosemiya tersenyum-senyum mengulang pertanyaan Jazil. Setia lengan lelaki itu dipeluk lalu ditarik menuju ke arah deretan gantungan buaian.

Jazil yang tergemap hanya mengikut. Bahagian lembut tubuh Rosemiya yang menempel-nempel lengannya menjadikan desah nafasnya turun naik laju. Tanpa sedar menghidupkan keinginan yang terpendam.

"Tadaa!" Melepaskan lengan Jazil, beria-ia Rosemiya menghalakan kedua-dua tangan ke hadapan. Lebar senyumannya menanti reaksi si suami.

Diam, Jazil membuang pandang ke arah buaian sebelum beralih pula pada si isteri. Mengangkat kening, dia melontar pertanyaan.

"Buai?"

Ukir bibir Rosemiya melebar. Bersahaja, dia duduk di salah satu buaian lalu berayun perlahan. Dibiarkan kakinya melanggar Jazil yang memerhati sambil mengelap peluh. Berjoging dua pusingan, cukup membuatkan tubuh lelaki itu lencun dengan peluh.

"Memalukan tapi kelakar."

Jazil setia tegak di hadapan si isteri yang enak berayun. Dikerling juga rantai yang diskru pada besi. Takut kalau-kalau tidak cukup kukuh menampung wanita mengandung itu.

"Dua tahun lepas, abang jogging kat sini. Kebetulan Rose ada. Malangnya waktu abang lalu, buai yang Rose naik putus. Abang tahu apa reaksi abang?"

Jazil menggeleng. Memang dia tidak ingat!

Menghentikan buai, Rose melepas pandang ke muka Jazil yang menanti jawapan. Membayangkan peristiwa yang memalukan itu, kulit muka terasa panas.

"Abang stop, abang tengok then abang gelak!"

Kali ini Jazil gagal menahan tawa. Terletus jua walaupun perlahan sahaja. Benarkah dia sekejam itu?

"Tapi nasib baik abang tolong walaupun Rose tak perlu ditolong. Agaknya abang kesian dengan Rose, abang bagi your phone number. You asked me to contact you first." 

Sweet Rose [TERBIT]Where stories live. Discover now