Teaser 5

1K 53 1
                                    

*undur belakang kejap. sebelum Jazil accident

***

"Baju ni lulus ISO abang ke?" Jazil sibuk memusing stereng tanpa memandang si isteri.

Pandangan jatuh pada baju kebaya moden yang membaluti tubuh. Keningnya bertaut. Apa yang salah? Apa yang tidak kena? Kainnya bukan jenis yang terbelah hingga menampakkan betis. Ketat? Ukurannya sedang elok sahaja. Tidak terlalu longgar tetapi tidak juga sendat. Jarang? Dia sendiri pun tak lalu nak pakai baju dri jenis kain begitu.

Melihat Rosemiya terpinga-pinga, tangan kiri Jazil berpindah ke hujung baju si isteri lalu disentak-sentak ke bawah.

"Singkat! Nak tayang bontot kat siapa?"

Menggigit bibir, Rosemiya diterjah rasa bersalah. Nah, kan dah kena atas kepala. Memang dari awal Jazil tidak berkenan jika dia mengenakan kebaya moden. Dia sahaja yang degil dek suka mengikuti perkembangan terkini.

"Kalau nak tunjuk sangat, tunjuk kat abang. Tak payah tunjuk kat orang lain."

Serba salah, tangan kiri Jazil diraih lalu diletakkan di atas riba. Jemari kasar suami dilurut-lurut lembut dengan harapan rasa yang menjentik Jazil segera bubar.

"Abang nak ke mana? Kenapa bawa beg?" Rosemiya mengambil kesempatan mengalih topik. Namun dalam hati, dia cuba menanam azam untuk tidak mengulang kesilapan hari ini. Perkara sekecil ini adakala boleh mengubah hala mood berdua.

"Kita ke Cameron Highlands. Abang bawa baju Rose sekali."

Kening Rosemiya ternaik. Terkejut bercampur teruja. Betapa tidak, dia baru balik dari sekolah. Jazil pula mengajaknya bercuti. Mana sempat dia membuat persiapan. Lagipun, entah baju apa yang dibawa si suami. Citarasanya dengan lelaki itu terang-terangan ketara.

Tidak hairanlah kenapa lelaki itu beria-ia mahu menjemputnya pulang. Malah sanggup memintanya menangguhkan makan tengah hari semata-mata mahu mengisi masa berdua.

Namun segala rasa terbejat dilintasi satu perkara.

"Abang Jamal dengan Kak Ngah datang ya?"

Diam, Jazil mengambil masa untuk menjawab. Cuba mencari alasan yang boleh menyelindungkan sebab sebenar dia mengambil keputusan drastik membawa Rosemiya 'lari'. Hubungan si isteri dengan kakak iparnya bukanlah seperti yang diharapkan.

"Abang memang dah cadang nak bawa Rose honeymoon. Tak tahu pulak Abang Jamal nak datang. Dia tinggalkan Kak Ngah kat rumah umi sebab kena ikut bos ke Johor. Tapi elok juga. At least, ada orang tengok-tengokkan umi dan abah sementara kita bercuti."

Sweet Rose [TERBIT]Where stories live. Discover now