Teaser 8

939 66 4
                                    

"Awak makan aiskrim pukul tiga pagi?"

Hampir terpelanting sudu di tangan dek terkejut disergah dari belakang. Cepat-cepat Rosemiya mengintai kalau-kalau ada tompokan coklat di atas bentangan kertas-kertas peperiksaan yang sedang ditanda.

Berpusing, wajah berkerut Jazil menyapa pandang. Mencarik senyuman, bekas aiskrim coklat bergaul kacang badam disua pada suami yang menanti balasan. Namun bekas diletakkan di atas meja semula setelah Jazil menggeleng.

"Tekak mengidam. But it's okay. Untuk anak abang, Rose sanggup buat apa saja. Lagi pun, tak adalah mengantuk buat kerja." Di hujung bicara, Rosemiya menghadiahkan senyuman paling manis khas untuk lelaki yang tegak di sebelah kerusinya.

Jazil menggeleng melihat timbunan kertas ujian di atas meja kerja Rosemiya. Beberapa hari ini tiada kerja lain yang dilakukan wanita itu melainkan duduk bertapa di dalam bilik, menanda kertas ujian pelajarnya. Malah sampai dia yang buntu hendak menegur ditekan rasa bersalah mahu mengganggu kerja si isteri.

"Minggu ni saya tengok awak busy sangat sampai lupa keadaan awak tengah mengandung. Umi risaukan awak."

Meletakkan pen di atas meja, Rosemiya memanggung kepala. Berdiri, Jazil dirapati.

"Umi aje yang risaukan Rose? Abang?" Menyentuh lengan Jazil yang berurat, kulit hangat lelaki itu diusap perlahan.

Menelan liur, Jazil menahan nafas. Terkesan dengan sentuhan si isteri. Walaupun dia terpaksa mengenali Rosemiya semula, namun hatinya tidak mampu ditipu. Wanita itu memang bijak memporak-perandakan perasaannya dalam bermacam cara.

Risaukan Rosemiya? Mestilah! Zuriat yang dikandung itu adalah anaknya. Rosemiya pula isterinya. Tetapi hendak menyatakan, dia tidak tahu. Dia bukan lelaki yang menzahirkan rasa. Dia sendiri masih tidak percaya bagaimana dia boleh menawan Rosemiya

"Jangan pressure diri sangat. Take good care of yourself." Jazil berundur hendak kembali ke katil. Tetapi langkahnya terhenti apabila dua lengan Rosemiya menyelit di antara dua lengannya lalu menggari abdomennya ketat!

"Rose tahu abang risau. Thanks."

Jazil pegun. Aura wanita inibenar-benar mengacaubilaukan ketenangannya.     

Sweet Rose [TERBIT]Where stories live. Discover now