“Eh, rajin menantu kesayangan umi masuk dapur! Biasanya ada aje plan nak ke mana-mana. ”
Rosemiya yang sedang mengacau kari di dalam periuk membeku. Tidak perlu berpaling, dia tahu siapa yang menapak ke ruang dapur.
Hajah Ziha senyap. Tangan yang lincah mengelap pinggan tergendala.
“Tak salah rasanya kalau Miya tolong umi masak. Betullah, sebelum ni asyik ada kerja aje. Hari ni Miya rajinkan diri masuk dapur. Tak tolong nanti, orang mengata. “ Rosemiya enggan tinggal diam. Cukup pantang kalau dirinya disindir-sindir terutama di hadapan umi. Dia sedar, dalam gurauan yang dibuat-buat itu, Naura menyingkap kelemahannya.
“Hisy, akak tak cakap salah. Alah, takkan nak bergurau dengan biras pun tak boleh!” Naura bijak membalas. Agak geram apabila Rosemiya bukan jenis manusia pendiam. Ada sahaja akalnya membidas.
Selamba, Naura mengambil tempat di sebelah Hajah Ziha. Pinggan-pinggan yang siap dilap diatur kemas.
“Bagus juga kalau anak menantu masuk dapur. At least, kita boleh tengok dan tegur kalau ada yang tak kena. Betul tak umi? "
Memindahkan soalan kepada Hajah Ziha, Naura sengaja mengheret wanita itu sama.
“Betul. Tapi umi tak kisah. Janji anak menantu boleh uruskan rumah tangga masing-masing, tu dah cukup. “
Naura angguk menelan kata-kata emak mertua seraya mengerling Rosemiya yang masih teguh berdiri di tepi dapur.
“Bukan apa umi. Sekarang ada macam-macam kes. Isteri ‘cemarkan' makanan suami. Nak suami tunduk segala kehendak isteri. "
Rosemiya yang menelinga semakin panas punggung. Mulut hendak membidas tetapi keinginannya melumpuh sebaik terpandangkan Jazil di muka pintu dapur.
YOU ARE READING
Sweet Rose [TERBIT]
Romanceuntuk tujuan publish, farah terpaksa padam ceritanya. So, farah tampal teaser aje ya.